expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

19 November 2009

Cikgu owh.. Cikgu..


Dugaan tak pernah berhenti. Ana baru je nak menarik lafaz lega selepas permohonan rayuan ana kali kedua untuk Ijazah sarjana Muda Perguruan ke BPG telah dibawa masuk mesyuarat pada Jumaat lepas. Tapi tengahari tadi tadi….

Sayup-sayup kedengaran suara azan diiringi rintik-rintik hujan yang tak berhenti sejak dari pagi tadi. Ana memandang ke langit melalui tingkap bilik. Hm.. aman nye.. mate ngantuk jugak nie. Solat tak lagi.. Huhuh… “ ring…ring..ring…”(sebenarnye bukan bunyi camni).. hp mak ana berdering buat ana tersedar dari lamunan atau mengelamun. Ana pegi la angkat phone tue sebab mak kat dapur dan jauh nak naik atas nak angkat call. Eh, sape plak ni..

Ayah chu : Hello assalamualaiku…

Ana : Waalaikummusalam.. ye?

Ayah chu : Ika ye? Ayah chu nie.. abah ade? Nak cakap dengan abah jap



Ana pun pegi la panggil abah yang berada kat luar rumah mase tue. Tengah prepare untuk buat laksa. Ana cube menangkap butir-butir percakapan antar pak cik ana dengan abah. Air mata mengalir tanpa disuruh. Semuanya sebab gara-gara pak cik ana dapat surat yang menyatakan dia perlu membayar RM10,000 sebagai ganti rugi sebab ana dibuang maktab dan telah melanggar perjanjian dengan bahagian tajaan. Ana tak terkata ape dan tersu menangis dan menangis lagi. Ana masuk bilik, tutup muka dan layan perasaan sorang diri. Satu persatu wajah orang-orang yang ada kaitan dengan masalah ana ni menerjah ke kepala. Dalam hati ni bermonolog. “Sape suruh bpg buang aku? Ape salah aku? Aku tak tahu menahu pun result sebenar aku.. Sape punye angkara yang buat aku jadi macam ni?.. Kesian mama dan abah… malu dengan ayah chu… aku dah belajar betul2.. kenape orang tindas aku macam ni?” Semuanya bermain diminda yang kusut nie. Air mata menitis lagi. Mak pula cakap ana ni tahu menangis je. Jalan penyelesaian tak jumpe jugak. Rase nak pecah dada nie bile dimarahi disaat fikiran sedang kusut, tension, marah. Semuanya berselirat macam wayar dalam CPU. Biarlah ana menangis untuk tenangkan hati ana nie. Kecewa sangat dan hanya ana yang tahu peritnye. Ana tak endahkan kata-kata mak yang sedang nasihat ana tue. Ana pandang langit dan cuba kuatkan hati. Semuanya dari Allah dan jika ana teraniaya maka Allah yang akan membalasnya. Ana sapu air mata yang masih bergenang dan bingkas bangun untuk solat zuhur. Kucing ana macam tahu-tahu je ana tengah sedih. Diikutnye kaki ana ni melangkah dan ajak ana bergurau dengan die. Kucing walaupun haiwan, tapi kadang2 kite tak tahu Allah hadirkan die untuk tenangkan hati dan gembirakan hati yang tengah sedih tu. Waktu ana amek wudu’ ditunggunye ana kat depan pintu bilik air. Kemuadian kucing ana main-main lagi kat kaki ana. (memang jenis suke kejar kaki). Ana angkat kucing ana dan letak atas katil. Tak lame kemudian dia tidur. Selepas solat, ana doa agar Allah kuatkan hati dan tunjukkan jalan untuk ana. Ya Allah jika benar aku dianiaya, maka tunjukkanlah siapa dan jika tidak, Kau permudahkanlah urusanku..


Kucing memang buat kite gumbira..

Selepas menunaikan solat, ana keluar dari bilik dan setlekan masalah ganti rugi tue dengan abah. Surat bagi pihak ana dan abah dah sampai tadi. Surat mengenai tuntutan ganti rugi sebab dibuang kolej(tak suke ayat nie sebab macam ana wat silap disiplin je. Huh).Kena jelaskan dalam tempoh 60 hari. Abah call bahagian tajaan dan abah cite la yang kami dah buat rayuan ke bpg dan keputusan tak tahu lagi. Pihak tajaan cakap mereka tak diberitahu tentang itu dan hanya menerima arahan dari pihak atasan yang menyatakan ana gagal( gagal untuk level ovc je bukan Malaysia) dan dibuang kolej( padahal ana dah gi bpg and bahagian dasar cakap takkan buang student kecuali masalah disiplin. Huh). Itulah masalah birokrasi. Terima arahan dan pihak lain plak tak inform jabatan lain. Biru haru jadinye. Tapi mungkin tu cara dorang bekerja dan kite pun tak tahu melainkan kite kerja kat BPG tue kan. Tapi kalau rayuan ana untuk sambung berjaya, maka tak perlu la bayar. Ok. Setle yang tue. Abah call bahagian HEP plak tanye pasal rayuan ana. Rayuan dah dibawa masuk ke dalam meeting dan keputusan seterusnye akan diambil oleh pihak unit Pengambilan dan penempatan pelajar. Adus!!.. banyak nye unit. Pening kami semua. Abah ana try call unit pengambilan. 2,3 kali call semuanya number busy.. Huhu.. jadi ana masih tergantung-gantung kat sini. Tak tahu keputusan ana macam mane. Just wait aje lah disamping doa yang tak putus-putus. Sebenarnye dah agak fed up ngan masalah ana nie. Dah down sangat2 dah. Tapi disebabkan tuntutan tue, ana memang kena tuntut hak ana yang sewajarnya.


Tak dapat call BPG, try no nie 24434.. Direct mesti dapat..

Ya Allah, bantulah diri ana yang kerdil ini. Ana tak berdaya melainkan meyerahkan hidupku dan matiku hanya padaMu. Ujian yang Kau berikan, mencabar diriku namun syukur kerna Kau masih memberikan ana kekuatan untuk senyum. Sesunggunya segala-gala yang berlaku ke atas diri ana ini telah Allah aturkan sejak azali lagi dan ana perlu redha. Tetapi tak bermakna ana hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak ingin berubah. Jika ana dizalimi, hanya Engkau yang layak untuk membalasnya. Amin…

Sahabat-sahabat ana sekelian, ana mintak antum semua dapat doakan agar rayuan ana Berjaya dan ana dapat teruskan perjuangan ana sehingga ke akhirnya… InsyaAllah…

Allah berfirman : Berdoalah padaKu, nescaya akan Aku kabulkan…

wallahua’alam… la tahzan innallaha ma ana…

9 comments:

Anonymous said...

salam tiqa dear,

moga KUAT ye
azie respect cz tiqa kuat nak hadapi sume ni
moga jadi kafarah dosa, n ditambah pahala
sabar skit je lagi dear
Allah nak bg bende best tu.insyaAllah
~kemenangan itu adalah dengan sabarnya sesaat~

wallahualam
azie

Abe Yu said...

salam..sabarlah wahai saudaraku..sesungguh nya para nabi dan rasul mu telah pun di uji seperti kamu dengan tidak mendapat haq nya..kalau lah kamu dizalimi..maka Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan

farahismail said...

sabaq banyak2...
Allah xpnah hampakan hambaNya yang sentiasa mengharap padaNya...
cekalkan hati..
jangan cdey2..
farahin tau ika tabah...
Allah Maha Adil...
Bersyukurlah menjadi orang yang dipilih olehNya..

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran, 139:
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman".

~surat cinta Allah dapat buat kita tersenyum semula biarpun dalam duka~

kerana Allah ada jawapan buat setiap ujian dan pertanyaan...

sayang ika kerana Allah...

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Assalamualaikum ika sayang..

Ya Allah, ujian Allah itu macam2 bentuk kan..indahnya tarbiyyah, beruntungnya kita lahir dalam iman..manisnya kasih Allah..Makin diuji, bermakna makin Dia sayang pada kita kan..

memang mudah utk ema berkata2 sedemikian, namun itulah kebenaran..Tika, betul kan, Allah takkan uji hambaNya melainkan Dia tahu hamba itu mampu keatasnya..

Semoga Allah jua yang mempermudahkan segala urusan tika, urusan mak ayah..inshaAllah, memohonlah dgn sabar, solat dan doa..InshAllah, ramai yang juga sedang mendoakan tika dari jauh..

Amin ya Allah, kabulkan segala pemohonan, hajat dan permintaan sahabatku ini..

Tika, tabah ya! ;)

abdulfattah said...

salam ukht, ana doakan agar rayuan enti u menymbung pengajian di IPG akn terima dan Allah beri ketabahan dan kekuatan untuk enti untuk meneruskan hidup & perjuangan ini...amin

abdulfattah (PISMP Sains F5 IPG Ipoh)

soldier_of_Allah said...

salam ika .. ucapan ini khas u ika yg qilah sayangi .. sabar ye ika.. Allah sebaik2 perancang....

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan , kadang-kadang kita minta cerdik masalah pula yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pulak…Dugaan ini menjadikan mental kita kuat, m...asalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. Hebat tak Allah? Semua ada hikmah…kalaulah manusia tahu hadis ini “ telah berkata Jibril wahai tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah menjawab , “ Biarkanlah hamba itu, kerana aku mencintai suaranya..

Allah pilih ika kerana Allah tahu kemampuan ika untuk hadapi semua ini.

Al- Baqarah ayat 286 : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

ini adalah ujian untuk ika. Allah pilih cara ini untuk uji ika . dan orang lain turut di uji.. tapi berbeza2 mengikut tahap kemampuannya.

kami mendoakan ika diberikan jalan keluar.. malah semoga mendapat sesuatu yang terbaik uktuk ika.. insyaAllah lebih baik dari sekarang.

salam persahabatan dari jauh...

Aqilah

Anonymous said...

salam ika miu2 ku,
Allah tahu kau boleh tempuh ni sume.. dun worry dear, betul kata azie tu, ko kne sabar sket lagi je. ader something waiting for u di penghujung. sabar ye, jgn pernah putus asa. doa ktorang sentiasa mengiringi kau., insyaAllah sampai masa, Allah akan makbulkan...

luv u,
~(^_^)~..

Nurul Atika Rosli said...

Terima kasih semua...
nak tanye, yang anonymous yang atas nie sape ye?

nur aimi mokhtar said...

salam..

ya Allah, Kau bantulah adikku ini dalam urusannya untuk menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi.. kau lapangkanlah urusannya spy ianya menjadi sebaik mungkin.. Engkau yg Maha Mengetahui sehala sesuatu yg tidak aku ketahui.. amin..