expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 November 2009

Ana dulu dan sekarang....T_T


Selesai solat isya’, ana termenung panjang sambil memandang ke sejadah dengan pandangan kosong. ‘Hm… ape yang ana rase hilang dari diri ana ni…’ Disaat itu ana terkenang zaman sekolah ana. Satu persatu kenangan menerjah masuk ke ruang minda. ‘ kenape rase macam sekarang ni ana lagi taruk berbanding dahulu…? Sekali lagi soalan menerjah ke benak fikiran. Hm… ana dulu sangat berbeza berbanding sekarang dan jiwa ana sendiri lebih merindui keadaan ana yang dahulu. Keadaan ana di dalam suasana tarbiah dan terjaga. Di sekolah agama ana diajar mengenai ikhtilat dan didikan itu benar-benar telah membuatkan ana jatuh cinta untuk mengekalkan identiti sebagai pelajar sekolah agama. Namun bukan itu yang ana inginkan, tetapi lebih kepada ana jatuh hati dengan islam yang mengajar umatnya untuk memelihara diri. Sekarang? Ana bagaimana? Pergaulan ana bagaimana? Ihktilat ana bagaimana? Semuanya buat ana sedih dan bimbang jika ana menjadi seorang yang celaka jika harai2 sebelum ini lebih baik dari hari2 selepasnya. Batin ana menjerit untuk lari daripada berhadapan dengan realiti dunia yang sebenar yang segalanya perlu dikawal oleh manusia itu sendiri. Tiada peraturan sedangkan dengan peraturan-peraturan itu lah ana selesa untuk meneruskan kehidupan ana. Tiada gangguan dan ana tak perlu memaksa diri untuk cube bersosial dengan makhluk bernama lelaki. Sememangnya dibolehkan untuk berurusan dengan lelaki tetapi dengan batas-batas yang tertentu. Tetapi, keadaan diluar menuntut ana untuk berinteraksi lebih dari sekadar urusan yang penting. Dari diri ana yang tidak pernah bergelak ketawa dengan lelaki, ana sudah biasa dengan situasi itu. Tiada rasa dosa dalam diri, tiada rasa takut dalam hati…. Kemana identity diriku yang dahulu?

Ana di zaman persekolahan.

Di zaman persekolahan dahulu, ana sememangnya seorang yang sangat takut untuk berurusan dengan insane yang bergelar lelaki. Untuk berbincang tentang urusan yang penting tidak mengapa tetapi jika disapa dengan sengaja oleh pelajar muslimin, secara automatic ana sangat takut dan melarikan diri. Tetapi jika pelajar muslimin itu sengaja mengacau tak tentu pasal, lebih-lebih lagi pelajar yang nakal, dengan beraninya ana merenung tajam(astaghfirullah.. tapi dah geram sangat kat budak2 macam tue). Sukar sekali untuk melihat ana berbual kosong dengan pelajar-pelajar lain. Ana lebih suka jika diri ana tidak dikenali kerana tidak mahu diganggu. Ada juga yang mencuba tetapi semuanya tidak member I kesan kepada ana. Seolah-olah ana ini ber “HATI BATU” Tidak berperasaan. Serius memanjang dan tidak berminat untuk membuang masa ana dengan berbual kosong. Ana peduli ape orang nak cakap ana ber hati batu yang penting duniaku jangan kacau!! Pernah sekali ana terpaksa buat satu task sejarah. Hmm.. subjek Sejarah memang subjek favorite ana. Ana terpaksa berkumpulan dengan muslimin. Hmm.. nak dijadikan cerite ana tulis essay dengan menundukan kepala tanpa melihat muslimin yang ada di depan mata. Ana tak tahu lah nak kata itu sesi perbincangan atau sesi memandang meja. Tapi ana sangat takut dan malu yang amat. Itu je yang ada dalam hati. Sampaikan pelajar muslimin cube untuk berbincang dengan ana pun ana buat tak tahu tetapi bertambah panas telinga ini dirasakan. Kadangkala jika ana perlu berbincang dengan muslimin, ana akan tutup separuh muka dengan buku. (apasal la ana ni). Tetapi selalunya ana buat muke cool je walaupun ana malu campur takut. Di KISAS memang tempat yang sangat sesuai untuk gadis seperti ana dan ana sangat gembira dengan biah solehah yang diamalkan disitu. Maka makin bertambah-tambah selesa lah ana untuk meneruskan kehidupan ana tanpa gangguan dan perlu berikhtilat dengan lelaki. Semuanya dapat dielakkan. (seronok)Pernah suatu ketika buku ana tertinggal dikelas. Ana ingin mengambilnya kembali, tetapi kelas telah digunakan untuk muslimin prep. Ana plak pada masa tue terpakai bedak wangi sebab ingatkan tak berselisih dengan muslimin sebab memang begitu la peraturan di KISAS. Kelas prep dipisahkan antara muslimin dan muslimat. Berbalik kepada citer tadi,ana pergi ke kelas berseorangan dengan perasaan takut dan bimbang. “tok..tok.. pintu diketuk..” Ana memanggil ketua kelas ana.. “Ye atikah, enti nak ape?” Dengan perasaan takut tapi muke yang cool ana menjawab “ Boleh tak antum semua keluar dari kelas jap? Ana nak ambil barang”.. Huhu… suke-suke aje ana ni bagi arahan kat ketua kelas. Tapi Alhamdulillah, semua muslimin dalam kelas ana sanggup keluar. Ana pun masuk ke kelas dengan pantas dan mengambil buku yang tertinggal. Begitulah keadaan ana waktu disekolah dahulu. Ana bukan jadi macam tu hanya sekadar mengikut peraturan, tapi ana memang dilahirkan Allah dengan perasaan macm tue. Hm.. hanya kerana sebiji buku, semua muslimin terpaksa keluar dari kelas. Tak pe la…

Ana selepas sekolah..

Hmm.. keadaan sekarang jauh berbeza dengan dahulu dan ana pun tak tahu nak cite macam mane. Bukan lah ana bertepuk tampar dengan lelaki tetapi ana merasakan batasan ana sudah langgar dari segi ikhtilat dan perbicaraan ana sendiri. Ana tak suke keadaan macam tue dan terasa amat rindu untuk kembali hidup dalam biah yang dulu yakni biah solehah. Ana akui iman ana tak cukup mantap untuk menjadi benteng buat ana bagi berhadapan dengan dunia luar. Adakalanya ana terlencong dari batasan diri. Sukarnya untuk menjadi diri sendiri. Bila ana menjaga diri, dikata kera sumbang kerana tidak bersosial dengan classmate. Argh… semua tu ideology je… kalau tak bersosial dengan budak lelaki pun, boleh Berjaya jugak la. Huh… Suke hati ana la kalau tak nak bergaul dengan budak lelaki kalau takde urusan. Tapi ader plak yang menguji. Katenye ana senyap sangat. Huh.. pengalaman yang ana takkan lupe sampai bile2. Ana menjaga pergaualan dikatakan ana pelik. Huh.. kamu yang pelik bile berpegang tangan dengan bukan mahrammu.. huh.. dan kadangkala ana turut terpengaruh dengan ideology ini. Bergurau tanpa batasan, ketawa bersama-sama. Dimana malumu sebagai wanita? Benci betul dunia luar yang buat ana jadi macm tue. Tapi semua tu sebenarnya mengajar ana jugak yang memang takde confident untuk berhadapan dengan muslimin. Tapi takkan la nak buid confident sampai tak kisah kalau bergelak dengan lelaki?! Pernah juga ana ketawa dan ada muslimin yang menegur cute bile ana ketawa. Astaghfirullahalazim!! Teruknye ana… sape suruh ketawa depan lelaki lagi? Hati bukan jadi berbunga dibuatnya, tetapi jadi terkejut dan serba salah dibuatnya.. huh.. dah la… tidak mahu diungkit lagi peristiwa itu. Benci dengan keadaan ana yang macam tue.

Terlajak perahu masih boleh diundur..

Hm.. selepas ini ana akan betul2 menjaga adab ana sebagai muslimah biarpun dimana ana berada. Islam telah mendidik muslimat agar menjaga maruahnya dan ana akan berusaha untuk menjaganya. Sesungguhnya ana hanya ingin menjadi hambaNya yang terbaik. Ana tidak mengharapkan pandangan manusia tetapi mengharapkan Dia sentiasa memandang, menjaga, dan mengasihi ana setiap masa… insyaAllah… Ya Allah ampunkan diriku yang lemah…


P/s : Rindu nak belajar dalam suasana yang islamik...

4 comments:

pencaricintailahi said...

salam...sy suka entry ukhti...sy rasa sy pun sdg mengalami prkara yg sama...x dpt dinafikn tarbiah tu sgt penting...moga2 iman kita sentiasa dipelihara olh Allah.Amin...

Mai said...

slm..nurul nk berkenaan lbh rapat lg bleh?ana Maisarah dr um klu dpt msg ni sila hubungi ana(mayra_sarah@yahoo.com.my

ehsanhalim said...

salam.

malu itu sebahagian dari iman.

apa pula pendapat enti wanita yg mendedahkan gambar mereka di facebook utk menjadi tatapan umum?

ada kemungkinan tak org lelaki cakap:

"..wah, cantiknya muka dia"

ataupun,

"wah slimnya badan dia"

Nurul Atika Rosli said...

To ehsanhalim..

salam..

Untuk pertanyaan akh tue tak dinafikan ana pun ada letak pic di facebook. tapi ana dah delete sebab merasakan FB tidak memberi manfaat pada ana.

Bagi ana, ada kemungkinan/memang akan timbul di hati mereka kata-kata yang akh sebut tu dan sekaligus boleh menyebabkan timbul masalah hati bagi lelaki tersebut.

Pada pendapat ana, tak perlulah meletakkan gambar sendiri bagi muslimat di Fb tue dan mungkin juga di blog.(ana pun buat...hai)melainkan gambar tue mungkin gambar beramain-ramai dan tidak menimbulkan fitnah. Contohnya gambar sedang berprogram ke, gambar kelas ke dan hendaklah menutup aurat.

Sesungguhnya wanita itu dijadikan cantik pada pandangan lelaki. Jadikan kepada muslimat, diminta untuk memelihara diri antunna semua agar tidak membuka pintu kelalaian hati kaum Adam.

wallahua'lam...

P/S sekadar pendapat dari diri ana yang lemah..