Oleh kerana ana nie banyak berfikir dan ana tak mencatat ape yang ana fikirkan tue membuatkan segala fail-fail dalam memori ana nie dah tak tersusun. Ana pun tak tahu nak mulekan dari mane untuk di ‘present’ kan dalam blog nie. Antara fail-fail yang masih boleh dikenal pasti adalah tentang “Perkahwinan zaman sekarang, Dugaan sebagai pemuda Islam”.. hmm.. banyak lagi la sampai tak sempat nak rename balik folder tue kat dalam memori ana. Kalau dah name pun minat dengan teknologi and dunia IT nie, semua benda nak gune laras bahasa teknologi. Ape daa…Tapi itulah ana. Untuk entry kali nie, laras bahasa yang ana gunakan mungkin berbeza la sket kot sebab ana cume nak ceritakan tentang diri ana. Jadi bahasa pun agak sempoi je lah sepertimana diri ana sendiri yang jenis selamber aje buat masa sekarang. Mood seseorang boleh mempengaruhi penulisan seseorang. Betul tak? Sape setuju, please put up your hand!.. sape tak setuju, ikut suka lah sebab ini sekadar opinion ana yang bergelar manusia. Tapi kalau ana membincangkan sesuatu yang serius, maka serius lah bahasa yang digunakan. Bukan lah serius ape sangat just bahasa yang digunakan itu lebih kepada akademik la kan. Hm2.. ana boleh la jadi juru komen penulisan lepas nie ye? Hehe..
Jadi, berbalik kepada matlamat entry ana ditulis nie ok. Sebenarnye sekarang nie ana masih menunggu keputusan daripada Bahagian Pendidikan Guru mengenai rayuan kali kedua untuk teruskan pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). Kenape kali kedua? Sebab yang kali pertama tue ditolak atas alasan ana gagal dalam pepriksaan ulangan. Sedih la kan sebab kite dah buat foundation 2 tahun. Nak masuk universiti pun dah tak boleh dah. Nak masuk kolej swasta tue boleh la. Jadinye ana ma’a abi wa ummi pun pergi la putrajaya jumpe dengan Timbalan Pengarah BPG tue kan. Mule-mule nak jumpe dengan orang bawahannye aje tapi mereka ader meeting. Last2 abah ana suggest untuk terus jumpe pegawai yang jaga bahagian Dasar and beliau yang conduct program ana sebelum nie. Puan tue pun macam terkejut jugak sebab ana diberhentikan terus dari BPG sebab katanye student hanya akan diberhentikan atas alasan masalah disiplin. Terkedu ana nie tapi ana kan cool. Hehe.. mak ana macam dah nangis dah waktu discuss problem ana nie dengan puan tue. Tapi, ana tetap stay cool and tetap meminta hak ana untuk dapatkan penjelasan. Puan tue, panggil la semua unit yang uruskan tentang masalah ana nie. Ana tak buat masalah disiplin pun and rekod bersih je sepanjang tempoh foundation. Result ana tue plak just gagal di peringkat universiti luar negara tue, bukan dalam negara. Ana pun tak tahu keputusan yang sebenar-benarnya sebab just diberitahu secara lisan sahaja tentang result tue. Result rasmi tak tahu. Betapa Allah uji hambaNya yang kerdil nie. Huhu.. Lastly, ana kena buat rayuan kali kedua dengan alasan yang lebih kukuh. Kali nie, memang ana tulis semua lah alasan untuk rayuan tue dan sekarang sedang menunggu keputusan je. Mungkin akhir bulan November nie tahu la tue. Kemane lah ana akan ditempatkan pulak selepas ini. Yang pasti, ana tahu itu semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah swt ke atas ana sejak azali lagi. Rezeki ana, ajal ana, jodoh ana.. semuanya telah ditetapkan tapi kite kena berusaha jugak kan. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mahu berubah. Jodoh pun kena cari juga walaupun dah ditetapkan. Cume mati je memang tak kan dilambatkan atau dilewatkan walau sesaat. Kite tak boleh nak ubah ketentuan tue. Kan?
Dalam masa yang sama jugak ana dah dapat tawaran untuk masuk Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) untuk School of Law and Syariah untuk program diploma selama 3 tahun. Memang ana minat sangat la tawaran nie and gembira sangat dapat course yang ditawarkan. Tapi, pembelanjaan tue memang tinggi la sebab nie kolej swasta. Syukurlah mak ayah ana just tanggung ana and adik ana di KISAS je sekarang nie. Jadi, tak lah membebankan sangat harapnye. Yang best nye tentang KIPSAS nie, dekat dengan umah ana. (heheh.. boleh balik selalu), dekat dengan umah pak cik, course yang ana minat, biah atau suasana yang islamik yang memang ana suke sangat walaupun ader la jugak student2 yang mungkin tak hayati islam dengan baik sebab just belajar je tapi hati kosong, dan ana dapat singkatkan masa untuk jadi pensyarah. Heheh.. itu yang best sebab memang impian ana pun nak jadi pensyarah untuk pengajian syariah dan undang2 nie. Memang la ana mungkin lewat untuk ambil diploma lagi 3 tahun, kemudian ijazah 4 tahun. Umur 27 baru dapat grad kan. Tapi ana boleh amek phd just for another one year and boleh jadi pensyarah di usia 28. Muda lagi dah jadi pensyarah and masa pun dapat dijimatkan. Huhu.. Hati nie memang nak pergi KIPSAS, tapi nak jugak masuk maktab. Hai, kenape lah kita tak dapat buat dua2 nye sekali. Sebab tue lah ana buat title entry nie sensei vs ustazah walaupun due2 tanggungjawabnye mengajar, menyampaikan ilmu dan yang seumpama dengannya. Cume yang bezanya adalah content. Tak pe lah, yang penting ana redha dengan ape yang Allah takdirkan untuk ana dan itu adalah yang terbaik. Tapi kalau dapat dua2 sekali, ana kena betul2 serah pada Allah keputusan yang terbaik untuk diri ana yang kerdil nie. Ya Allah, hambaMu yang bernama Nurul Atika binti Rosli ini mohon pertunjuk dariMu dan hanya Engkau yang berhak menentukan kehidupanku yang terbaik. Amin.. Buat sahabat sume, nantikanlah keputusan yang bakal dibuat oleh ana nanti k. Sama ada blog ini akan tetap remain as NURUL ISLAM SENSEI or USTAZAH NURUL ISLAM atau pun NURUL ISLAM sahaja. Yang pasti NURUL ISLAM tue tetap remain abadan abada insyaAllah..
Takde gambar Kipsas, amek bener je..
Buat sahabat-sahabat ana yang sekarang nie tengah exam week seperti Aini(USIM) dan Shafiqe(USM) serta sahabat-sahabat yang bakal exam kat maktab ipoh seperti kak noraku, imaku, lailaku, kak diku, Kak mizahku, akh ehsan, akh zhafran, nizam, firdaus, Didi, lili and sume la yang ade kat maktab tu sebab ramai sangat, SELAMAT MENGHADAPI EXAM DENGAN BAIK DAN SEMOGA DIBERIKAN KETENANGAN HATI OLEH ALLAH SWT DAN AKHIRNYA BEROLEH KEJAYAAN. MA’ATTAUFIQ WANNAJAH. Tak lupe juga wat sahabat-sahabat kat maktab tunku bainun, Rahman, Ana and the geng serta Kak su and the geng. BITTAUFIQ WANNAJAH!!!
Heheh.. dah macam bagi dedikasi ucapan kat radio plak. Tapi sebab tak sempat nak wish, kite wish kat sini je la ye.. okeys.. Salam kemaafan atas salah silap dalam penulisan . Assalamualaikum….
No comments:
Post a Comment