expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

29 August 2009

Salam Ramdhan....

Assalamualaikum semua!! J… Sudah agak lame ana tak update blog ana nie dengan entry-entry yang terbaru. Bukan tak nak update, tetapi disebabkan ketiadaan idea yang best and mungkin jugak disebabkan fikiran ana yang agak terganggu sejak akhir-akhir nie. L. Kadangkala sampai tak boleh buat kerja juge dan ana nak memohon seribu kemaafan buat sahabat-sahabat seperjuangan ana sebab ana dah lame tak mengirim khabar berita buat kalian. Bukan bermaksud sudah melupakan kalian, tetapi ana perlukan masa untuk menyendiri sementara waktu. Ana pohon sahabat-sahabat semua doakan ana agar sabar selalu menempun dugaan ini, insyaAllah. Tanpa khabar berita bukan bermakna ana menjauhkan diri ye. J..



Okey la. Sekarang kite beralih kepada topik utama kita ye. Ana rase masih belum terlewat untuk ana ucapkan salam ramadhan buat semua pembaca blog ana yang tak seberapa ini. Macam mane dengan minggu pertama sepanjang ramadhan kali ini? Minggu pertama kali ini agak terganggu sedikit untuk mencapai kekhusyukkan hati dalam beribadah. Huhu.. ana agak terganggu sedikit emosinya kerana masalah yang ana hadapi. Ya Allah semoga ana diberikan kesabaran yang tinggi olehMu. Hmm.. kadangkala ana isi dengan perkara yang tak berfaedah pun. Tengok televisyen yang semakin hari semakin merosakkan jiwa ana. Astaghfirullahalazim… InsyaAllah ana akan cuba cari kekuatan ana kembali dengan ibadah-ibadah yang boleh memberikan ketenangan hati. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang insyaAllah. Bulan Ramadhan yang tiba ini perlulah kita isi dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kerana kita tak tahu sama ada kita akan berjumpa dengan bulan yang mulia ini bagi tahun yang berikutnya. Di sini ana ingin mengucapkan takziah buat Allahyarham Asri Bin Ibrahim yang telah kembali ke sisiNya. Al Fatihah. Hidup ini bukan selamanya dan apabila kita pergi, kita tidak akan kembali lagi. Jadi marilah kita sama-sama upgrade diri dan gunakan masa yang ada dengan ibadah kepadaNya. Ayuh kita renovate hati kita yang telah lama berkulat dan rosak dek maksiat yang semakin hari semakin merosakkan jiwa dan hati kita.




Akhir kata, ana ingin ucapkan sekali lagi salam ramdahan al mubarak buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga bulan ibadah kita ini dapat menjadikan diri kita semua hamba yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t. InsyaAllah.



Salam kalam maya buat sahabat..

Salam kerinduan buat RasulNya..

Salam kecintaan buatMu Ya Habibi..

J J J

No comments: