expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

09 November 2009

Anda Berfikir secara waras atau tidak????


Jadi? Adakah anda berfikir secara waras wahai sahabatku sekelian? Ana tertarik untuk menulis tentang perkara ini sebab ana sendiri pun kadang-kadang tak berfikir dengan waras. Bukan lah maksud ana tak waras itu seperti orang gila yang tak tahu nak berfikir dengan baik. Tapi ape yang ana maksudkan adalah kite berfikir dan membuat keputusan dengan hati yang bernafsu dan bukan hati yang beriman. Contohnye kita berfikir dan membuat keputusan disaat kita sedang marah atau di saat kite gembira sangat pun tak boleh jugak.Biarlah kita berfikir dengan hati yang tenang dan berpandukan iman.




Bagaimana ingin mendapatkan kewarasan akal nie ye? Pada pendapat ana yang mungkin lah boleh diguna pakai walaupun ana tak dapat pentauliahan untuk bagi pendapat yang spesifik, tapi ape yang ana sendiri kaji, untuk mendapatkan kewarasan fikiran ini kite kena perbetulkan ibadah kita dan ibadah yang paling utama ialah? Solat. Solat itu tiang agama dan solat juga merupakan talian yang menghubungkan manusia dengan Pencipta kita sendiri. Solat juga dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang keji dan munkar TETAPI solat yang bagaimana? Solat yang tatkala seseorang itu mendirikan solat, hatinya, fikirannya dan segalanya ditumpukan kepada Allah swt dan inilah yang dikatakan solat yang khusyu’ dan penuh tawadu’. Jika kita solat dengan khusyuk, secara automatik nye insyaAllah hati kita akan sentiasa tenang kerana kita sentiasa mengingati Allah. “ ‘Ala bizikrillah tatmail qulub” iaitu dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Berzikir itu bukan lah semata-mata kita hanya menyebut-nyebut nama Allah dengan wirid dan tahmid tetapi solat itu juga zikir kerana zikir itu adalah mengingati. Kalau tak silap ana za ka ra itu maknanye ingat. Tapi kalau salah harap diperbetulkan.



Berbalik kepada kewarasan akal tadi, kita sendiri pun disuruh kalau kita dalam keadaan marah, berwudu’ la untuk meredakan marah tue. Sifat marah dalam hati tue hanyalah godaan syaitan semata-mata. Bila dah marah, semua orang kita nak marah dan hati jadi macam panas je. Nafsu pun mula lah mainkan peranan termasuk la syaitan2 sekali bermaharajalela. Jadi fikiran kita pun tak lah berpandukan iman sebab kita sedang marah. Jadi tak rasional lah kan maksudnye. Salah kita sendiri tapi sebab nafsu, kita cakap salah orang lain. Tersepak batu, dimarahnye batu. Aduyai.. kite macam tue ke? Renung2kanlah ye. Kalau seronok sangat pun boleh buat kite jadi gelojoh jugak kan? Masuk shopping center lepas tue ader plak jualan gudang 100%. Berpusu-pusu orang ramai yang majorotinye perempuan membeli dan membelah semua barang2 yang dijual macam tak siuman aje sume. Sekali beli sampai berates-ratus ringgit and siap nak tidur hotel lagi sebab tak sempat nak membeli. Hm. Wahai kaum sejenisku, janganlah begitu sampai rambang mata. Huhu.. ana tahu kok yang kite semua nie memang nafsu membeli itu tinggi. Tetapi biarlah kita jadi pembeli yang bijak dong. Huhu.. Ini pengalaman sendiri la nie waktu teman mak pergi kat pasaraya tue. Yang suami-suami plak berderet kat tepi pasaraya jaga anak kecil sebab mak-mak nak cari and beli barang. Gembira sakan sume membeli. Jangan begitu ye.. sesiapa yang membazir itu sahabat syaitan. Nikmat dunia nie tak kemane. Jadi gunelah akal dan iman sewaktu berfikir tue ye…



Okey lah. Itu aje yang ana nak coretkan kat sini. Penulis dah kembali aktif menulis dan harap ader lagi entry yang seterusnye selepas ini. Semoga kita dapat manfaat bersama daripada hasil cetusan ana nie. Jazakallah.. Assalammualaikum….

No comments: