Assalamualaikum...
Kaifa halukum sahabat-sahabat semua.. Semoga sihat semuanya dalam lindungan Allah swt. Siapakah yang selalu mengalirkan air mata? Diriku yang selalu mengalirkan air mata dengan kejutan demi kejutan yang Allah berikan. Tak kira nikmat atau ujian yang menyakitkan. Ana menangis bukan beerti ana kememe atau mengada-ngada. Tapi hakikat kejadian diri ini yang sangat mudah menangis. Masalah demi masalah datang bertalu-talu dan kadang-kadang ana merasakan otak ini sudah tidak mampu untuk berfikir sendirian lagi. Terfikir mengenai orang-orang yang hebat dalam berjuang, bagaimana mereka dapat menghadapi seribu satu masalah dan menyelesaikannya satu persatu. Tapi diriku ini punya kelemahan makhluk dan kemampuan yang Allah berikan itu berbeza-beza.
Alhamdulillah satu bebanan amanah bakal dilepaskan mulai 21 Disember ini dan ana mula mencari langkah untuk kembali kepada gerak kerja asal dan tanggungjawab yang lebih mencabar disini. Di saat itu juga datang pula ujian lain yang melanda yang membuatkan satu persatu adik-adik ana mungkin ada yang tidak tahu nak berbuat apa-apa. Ada juga yang tetap berdiri teguh mempertahankan apa yang haq dan ada juga yang gugur dek kelalaian dunia. Allah.. bagaimana mahu disatu semua ini? Salah diriku kah? lalu ana menangis lagi.. Melepaskan segala cas negatif dalam diri. Datang pula persoalan mengenai kehidupan yang bakal dibina. Allah, bagaimana pula mahu menyelesaikan permasalahan ini. Satu demi satu wahai diri.
Ana pujuk diri. Ya Allah, ana bersandar segalanya padaMu. Jika apa yang terjadi buat kami ini terbaik untuk kami demi meneruskan rantai dakwah ini, maka kami rela diuji, disisihkan dan dibiarkan. Yang penting semuanya ikhlaskan niat dalam berjuang. Allah sedang menapis siapa yang akan berkerja untuknya. Maka semua perlu thabat dalam jalan dakwah ini biarpun kita punya pelbagai rintangan. Dan tentang masalah yang lagi satu itu, Ya Allah ana hanya berusaha dan keputusannya adalah ditanganMu. Engkau yang berhak mengatur segala agenda dalam kehidupanku dunia dan akhirat dan ampunkan segala kesalahan dan kejahilanku.
Dalam tangis itu ada penyesalan, dalam tangis juga ada penyelesaian. Ana berjalan dan memujuk diri bahawa Allah sedang memerhatikan ana untuk menempuhi kehidupan ini dan kelak Dia akan berjumpa dengan ana untuk memberikan pemarkahan yang telah dinilai sepanjang ana hidup di dunia. Jika ditanya pada diri, mahu sahaja ana melakukan perubahan di dunia ini. Jika ana ada kuasa, pasti akan ku gubah semuanya mengikut apa yang Dia mahukan. Tapi sesungguhnya ana insan kerdil yang dalamnya bukan biasa-biasa tetapi mahu dilihat seorang yang sederhana. Dalam hati ini hanya Dia yang mengetahui segalanya. Dosa, kebaikan, iman, nafsu. Semuanya dinilai oleh Dia.
Ya Allah semoga Engkau redha hidupku dan matiku serta akhiratku.. ameen...
Sesungguhnya hidup ini sentiasa diuji...
No comments:
Post a Comment