expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 December 2011

Fasa Baru

Jangan patah semangat...
Assalamualaikum..

Semua orang akan melalui satu fasa baru dalam kehidupan dan setiap orang akan mengalaminya dalam keadaan yang berbeza mengikut aturan Allah swt. Kadangkala fasa yang berlaku itu sesuatu kejutan yang tidak terjangka oleh kita sendiri. dan kejutan demi kejutan itulah yang sepatutnya seseorang itu semakin tunduk dan patuh dengan perintah Allah swt sebagai tanda syukur atas nikmat dan ujian yang diberi kerana ianya semuanya adalah demi untuk meningkatkan keimanan manusia itu sendiri.

satu fasa yang baru bakal menjemput diri ini yang masih ragu-ragu dan bimbang untuk melangkah ke fasa baru. Layakkah aku? Mampukah aku? Bagaimana aku bakal menghadapinya? Semuanya bermain di fikiran sehingga timbul perasaan takut untuk menempuhi jalan itu. Fasa itu sememangnya impian di jiwa yang setiap hari di doa. Namun apabila jalan kemudahan satu persatu terpampang di depan mata, hati mula gundah gulana. Terkejut. Begitu cepat Allah mudahkannya sedangkan diri ini pernah merungut betapa panjangnya ujian Allah yang melanda jiwa. Namun tatkala nikmatnya datang, terus lupa kesakitan yang lama itu. Subhanallah. 

Kini, satu jalan telah terbuka walaupun yang 50% daripadanya. Masih menanti keputusan yang terbaik dari Allah swt buat diri ini. Moga kalam yang keluar dari bibir ini adalah kalam yang lahir dari hidayah Allah yang telah ditentukan qada' dan qadarnya. Semoga setiap apa yang berlaku kepada diri ini adalah berada di dalam kehendakNya yang telah ditentukan di luh mahfuz. Ya.. perkara itu sememang sesuatu keajaiban, namun inilah indahnya aturan Allah..

Moga setiap yang berlaku dalam hidupku ini adalah yang Allah redha dan dapat aku terima dengan sabar dan taat.. wallahualam..

No comments: