Assalamualaikum…
Bila kita sakit,
kita perlukan ubat untuk sembuhkan penyakit kita dan bila dah makan ubat.
Dengan izin Allah kita akan dapat balik kesihatan fizikal kita. Begitu juga
dengan syariat yang Allah turunkan kepada umat manusia sebagai hambaNya. Semua
syariat yang Allah turunkan adalah bagi menjaga “Maqasid Syar”iyyah” yakni
jiwa, nyawa, harta, keturunan dan juga agama. Untuk menjaga jiwa Allah swt
mengharamkan arak yang merupakan ibu segala kemaksiatan. Untuk menjaga nyawa,
Allah swt mensyariatkan hukuman Qisas yakni balasan bunuh balik bagi seorang
pembunuh yang membunuh dengan sengaja dan skop perbahasan tentang hukuman Qisas
itu sangat panjang lebar untuk diterangkan. Untuk menjaga harta, Allah swt
mengharamkan riba dan dikenakan hukuman hudud potong tangan bagi si pencuri
yang disabitkan bersalah mengikut syarat-syarat yang tertentu. Bukan semua
kesalahan mencuri itu disabitkan dengan hukuman potong tangan dan ada
perbahasan mengenainya. Sengaja ana jelaskan disini kerana bimbang para pembaca
salah faham tentang hukuman Allah swt ini. Mereka yang mempelajari Syariah
Islamiah insyaAllah akan mengetahui tentangnya apabila membicarakan mengenai
bab Jenayah Islam. Dan bagi menjaga
keturunan, Allah swt mensyariatkan perkahwinan bagi menjaga nasab dan
mengharamkan perbuatan zina yang mana ada juga hukuman hudud yang had daripada
Allah yang dikenakan ke atas penzina. Bagi menjaga agama pula Allah swt
menghukumkan hukuman bunuh bagi mereka yang murtad bagi memelihara kesucian
Islam dan itupun terdapat perbahasan mengenainya yang perlu dikupas bagaimana
sampai kepada hukuman bunuh oleh pemerintah itu.
Sebenarnya ana tidak
mahu membicarakan tentang hukuman hudud disini walaupun ianya merupakan subjek
yang hangat diperkatakan sekarang. Ilmu masih belum cukup di dada untuk
membahaskannya namun tidak pernah menggoyahkan hati ini untuk yakin dengan
perintah Allah taala ini. Ana mahu membicarakan penyakit yang mungkin menimpa
anda, anda dan juga mungkin penulis ini sendiri. Penyakit yang ingin ana fokuskan
disini adalah berupa penyakit hati yang hanya individu itu sendiri perlu
merawatnya dengan bantuan dari Allah swt. Penyakit hati atau maksiat hati ini
bukan kita tidak perasan berlaku di dalam hati kita. Kadang-kadang tu kita tahu
ubatnya dan berusaha untuk dapatkan ubatnya namun Allah swt masih menghalang
atau menyekat kita daripada mengambil ubat itu. Kenapa ye? Allah swt Maha
Mengetahui segala setiap perkara yang berlaku pada hambaNya. Bersangka baik
lah. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat segala-galanya untuk ubati sakit
kita tu. Mujahadah kita, Ibadah kita, amalan kita tapi kenapa still penyakit
itu masih ada? Dan kita mula mengeluh, Ya Allah aku bukan wali untuk menahan
segala gejolak hati dan godaan syaitan durjana. Aku hanya manusia biasa yang
banyak kelemahannya. Berhentilah daripada mengeluh dan berfikiran positif.
Mungkin masih ada jalan yang kita belum lalui dan mungkin juga kita tahu jalan
itu merupakan ubat pada kita tapi kita takut, bimbang dan tidak mahu menghadapi
jalan itu sebab kita tahu ianya menyakitkan diri kita. Tapi di dunia ni memang
pun tempat untuk kita berpenat lelah dan bersakit-sakit untuk dapatkan
kebahagiaan hakiki.
Sesungguhnya apabila
Allah nak tingkatkan martabat seseorang hambaNya, maka pasti akan diuji
hambaNya itu. Jadi kita diuji untuk diberikan hadiah dariNya. Ya.. memang sakit
diuji, bermain dengan emosi, menangis dan kadangkala kita sendiri kemurungan.
Melihat orang lain gembira dan mudah sahaja jalan yang mereka lalui. Mana kita
tahu? Mungkin dia sudah mendapat habuannya setelah diuji Allah swt. Tetapi
Allah mahu tarbiyyah kita lagi. Maka bersabarlah, bilang pada hati supaya
bersabar dan cuba untuk mujahadah yang sungguh-sungguh. InsyaAllah akan ketemu
dengan jalanNya dan cintaNya. Yang menghalang dan memudahkan itu Allah, jadi
kenapa perlu dirisaukan wahai sahabat dan juga pesan buat diri. Semuanya datang
dari Allah dan pinta pada Allah. Jangan bersangka buruk padaNya.. Allah sayang
hambaNya..
Maka, cheer up my
dear friends. Don’t be sad and rasa susah untuk hadapi jalan yang telah terbuka
luas untuk kita petik tiket ke syurga.. Terima dengan hati terbuka.. InsyaAllah
Dia maha mendengar… Smile..
No comments:
Post a Comment