expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 January 2012

Why become a blogger??


Assalamualaikum…




First entry untuk tahun 2012. Dah hampir empat tahun ana menulis di sini. Pelbagai cerita, luahan, pandangan dan macam-macam lagi. Namun begitu diakui dunia blog makin dipinggirkan selepas facebook menjadi pilihan buat para pelayar internet untuk sharing sometings atau meluahkan perasaan. Dah boleh post note panjang lebar macam kat blog ni. Sekarang ni dah ade pulak timeline dan ana pun turut sama terpengaruh dengan perkara yang sama. So, blogging sudah bertukar menjadi faceboking. Sampai diri sendiri pun dah malas nak menjenguk blog sendiri. Dasyat juga penangan facebook ni ye.




Sambil menikmati nesvita 3in1 dan melayan angin sepoi-sepoi bahasa, ana cuba juga type something untuk kepuasan diri. Jadi? Adakah ana menulis semata-mata untuk kepuasan diri? Emmmmmnope!! Sometimes, when I feel sad, I will write something even in short phrase. Hanya untuk melepaskan kesedihan walaupun tak boleh meluahkan apa yang disedihkan itu. Yelah.. privasi kena jaga juga kan. Tak boleh nak luah semua benda pada public. Just for certain things yang ana rasa boleh dijadikan pengajaran untuk semua orang, so I will share.



Sometimes, I will write something when I am soooooooooooo happy with my life. Hm2.. Manusia ini terlalu complex dan unpredictable. Sekejap sedih, sekejap gembira. Dah macam Iguana plak rasenye bila boleh berubah-ubah perasaan ni berdasarkan situasi sekeliling. Hati manusia juga Allah takdirkan sebagai hati yang berbolak balik. Maka kita perlu sentiasa berdoa “ Ya Allah.. Thabit qulubana ‘ala dinnik…” Ya Allah.. tetapkan aku di dalam agamaMu. Jadi, bila ana gembira, ana akan bercerita pada orang dan buat orang lain gembira juga atau mungkin kadang-kadang nampak macam annoying. Hehe.. Just sharing.. Tak lebih daripada itu..



Kadang-kadang, ana menulis sebab nak menyampaikan suatu pandangan berdasarkan apa yang ana  lihat disekeliling ana. That’s why sometime tu ada sahabat-sahabat tegur  “ Asal renung orang macam nak makan?” Hehe.. Ana sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu bahan ujikaji dan membuat analisa. Observing. Takpe la kan? Cumanya jangan buat macam ana, sebab nanti orang fikir kamu ni merenung tajam sebab marah plak kan. Dan diri ana plak patutnya kena kawal la penelitian terhadap orang tu. Ana bukan judge orang macam judge book by its cover. Cuma melihat mereka sebagai satu objek ujikaji  dalam kehidupan. Hehe..  Dengan cara itu juga ana belajar tentang psikologi manusia walaupun tanpa tauliah. Hm2..




Kadang-kadang tu ana menulis sebab nak share tentang ilmu yang ana dah dapat. Mungkin dari tazkirah sahabat-sahabat, kuliah ustaz-ustaz dan juga bahan sekunder seperti buku-buku yang ana baca. Rasulullah saw bersabda “ Ballighu ‘anni walau ayah”. Nabi Muhammad suruh kita menyampaikan walaupun sepotong ayat. Bukan menyampaikan berita palsu atau fitnah ye. Tapi sampaikan ilmu atau perkara yang bermanfaat kepada orang lain.


Hm2.. jadinye mungkin  empat perkara ni sahaja yang menyebabkan ana ingin menulis. So, sekarang ni ana menulis sebab ape ye? Hurm… Actually tengah feel sad dan cuba nak cheer up kan diri sendiri dengan menulis something yang biase2 aje kat sini. Waaaaa… actually stiil sad.. tapi dah kuranglah kadar kesedihannya itu.. huhu..  Why I’m  always being sad person.. huh.. be strong!!.. okai.. stop here dulu yek.. saranghe.. assalamualaikum.. pen off.

No comments: