Assalamualaikum
waktu pagi yang hening, dengan ditemani siulan burung dan juga nasyid yang
berkemumandang dari laptop yang sudah berkhidmat hampir 4 tahun kepada
pemiliknya
.
Sejak
semalam lagi ana menyelami jiwa dan diri sendiri. Sebenarnya, apa yang aku nak
dalam hidup ini? Kenapa aku rasa diri aku ni bukan diri aku yang sebenarnya?
Ana mula mengimbau kembali saat-saat kemanisan hidup sebagai pejuang di awal
–awal diri ana mula mengenali apa itu perjuangan demi islam. Bagaimana ana
mendapat tarbiyyah dahulu serta semangat ana dalam jalan dakwah. Menyoroti
hasil tulisan ana di kamar maya ini membuatkan ana bertanya kepada diri
sendiri. “Ya Allah, kemana hilangnya diriku yang dahulu? Ya Allah jangan Engkau
angkat kembali kefahamanku, semangatku, tarbiyyahku di dalam jalan salafussoleh
ini. Serius!! Ana di dalam ketakutan dan kebimbangan. Rasa mahu sahaja ana
pulang ke tempat asal ana ditarbiyyah. Ditarbiyyah kembali.
pagi di KIPSAS |
Adakah
kerana perbezaan situasi menyebabkan ana tenggelam dan hampir hilang identiti
sendiri? Adakah kerana terlalu membuka ruang untuk dakwah itu diterima telah
menjerat diri sendiri? Ya Allah, bukan diri ana mahu memudahkan sesuatu yang
telah Engkau mudahkan. Bukan niatku dengan kelembutanku mengingatkan mereka
tentang tarbiyyah ruhiyyah membuatkan mereka juga hanyut hingga lupa
kepentingan kepergantungan kepadaMu. Berdosanya diri ini ya Allah.
“Gerak kerja Islam tanpa meletakkan Allah dihadapan adalah sia-sia!”
Hafazan
ayat-ayat cintaku semakin berkurangan. As-saf, As-Sajadah, dan yang lain-lain.
Kemana perginya sedangkan ana berada di dalam iklim dinni itu sendiri?
“Keselesaan itu
pembunuh bagi pejuang yang ikhlas berjuang di jalan Allah”
Sebenarnya
lagi susah untuk berjuang di tempat yang penuh dengan keselesaan kerana
kadangkala kita tertipu dengan pandangan fatamorgana syaitan yang halus. Kita
lihat suasana yang soleh sedangkan ada penyakit yang kronik yang perlu
diperbaiki. Penyakit jiwa, yang sukar
dilihat. Apabila sudah belajar tentang agama, mahu pula berbicara tentang
perkara-perkara agama. Semua mahu dibahas dari akar pokok hingga ke cabangnya
sedangkan ilmu itu baru sahaja seketul zarah di dalam jiwa. Dikala Imam Hasan
Al Banna menekankan tentang aspek Al-Fahmu di dalam bukunya yakni Risalah
Ta’lim, manusia yang baru belajar agama ini pula mula membuat kefahaman sendiri
tentang tasawur islam itu mengikut pandangannya sendiri tanpa berta’lim dengan
guru yang faqeh itu sendiri. Siapa anda? Perlu tanam dalam diri agar ilmu yang
dipelajari tidak membuatkan diri kita menjadi orang yang memahami islam secara
ideologi.
laptop yang telah lama berkhidmat |
“ Salah satu
muwassafat tarbiyyah adalah akidah yang sahih”
“Muwassafat
Tarbiyyah”. Adakah hanya menjadi hafalanku semata-mata tanpa mendalami dan
meletakkan kesemua muwassafat tarbiyyah itu ke dalam jiwa yang bernama Nurul
Atika Binti Rosli ini? Kegagalan diri ana dahulu telah melupuskan kesemua
tarbiyyah dalam diri ke?
“ Perlu cari jalan
untuk kembali pada jalan dan rantai-rantai perjuangan itu”
Sesak
nafas di dada bila memikirkan perkara-perkara ini. kadangkala juga ana sengaja
menghiburkan diri untuk lari dari kenyataan yang sebenar. Hakikatnya begitu
banyak yang perlu diperbaiki. Tapi, otak ana ini hanya satu. Tidak mampu untuk
memikirkan tentang semua perkara. Tanggungjawab sebagai pelajar, aktivis
dakwah, sahabat, anak, kakak. Banyak perkara yang hendak difikirkan hingga
kadangkala ana sendiri mencari ruang diri sendiri untuk melepaskan satu demi
satu bebanan di dalam kepala. Tapi kaki ini tetap melangkah untuk mencari jalan
penyelesaian.
Bertambah
sukar apabila ibu bapa begitu mengharapkan anaknya ini berjaya di sini. Pointer
perlu dijaga. Tak boleh jatuh daripada pointer dekan sebab mahukan anaknya ini
menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Bagaikan tersepit sedikit dengan
syarat yang ditetapkan. Bukanlah ana membezakan
akademik dengan jalan dakwah ini. Tetapi prasyarat itu yang membuatkan diri ini
agak terbeban untuk memikirkan dua perkara yang memerlukan komitmen yang besar. Agaknya
ana perlu berhenti sebentar dan berfikir.
“menuntut ilmu itu
kerana apa? Dakwah itu nombor satu tetapi belajar bukan nombor dua!”
Perlu
dihadamkan sejelas-jelasnya tentang kata-kata di atas. Baru keduanya seiring
dan sejalan. Kan??
Sebenarnya
masih banyak yang mahu diri ana luahkan disini yang sukar untuk diluahkan
kepada manusia. Menulis adalah sesuatu perkara yang mampu membuatkan ana
meluahkan perkara yang ada di dalam hati yang sukar sekali untuk diluahkan.
Yang penting, ana mohon agar Allah swt ampunkan dosa-dosa hambaNya yang hina
ini dan tetapkan pendirian ana di dalam jalan dakwah ini.
-Mulia
diriku kerana Islam-
1 comment:
salam ziarah ika =)
selamat berjunag sahabiah
doakan kami di sini
salam sayang :)
Post a Comment