expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

26 October 2011

Sabar Menanti

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab paper Siyasah Syar'iyyah tadi. Lenguh juga tangan ni menulis tadi ditambah pula dengan kesejukkan dewan. Bila keluar dari dewan terasa kepala agak berat. Mungkin disebabkan terlalu berat semasa menjawab soalan-soalan tadi. Balik sahaja ke bilik, ana menuju ke laptop dan mengadap blog tersayang. Terasa begitu banyak perkara mahu dikongsikan tetapi tidak semua perkara yang dapat diluahkan. Mungkin diri ini terlalu berahsia. Berahsia di depan umum tapi kadangkala mudah meluahkan di hadapan sahabat terapat. Mahu tidak mahu terluah juga perasaan hati. Namun satu perkara saja yang tidak mampu untuk ana singkapkan buat semua. Hati. Hati yang menanti dengan penuh sabar insyaAllah dan masih cuba bermujahadah untuk sabar.

Kadangkala hati ana ini berbisik untuk terjah sahaja daripada menanti begini. Lakukan sahaja apa yang kamu suka wahai hati. Namun ana kembali berfikir, adakah kamu mahu menjadi seorang yang melampaui batas? Adakah kamu suka jika perkara pahit dan silam berlaku lagi kepada dirimu. Bangunlah wahai diri, wahai jiwa, wahai hati. Allah sedang mengetuk pintu hatimu untuk kembali kepada ketenangan yang pernah kau kecapi sebelum ini. Bangunlah wahai diri dan sedarlah bahawanya Dia sedang memberi peluang buatmu untuk memperbaiki diri. Menjadi dirimu sepertimana sebelum ini. Memang benar mujahadah itu sukar, memang benar melawan perasaan itu payah, namun di saat kekuatan ini sedang diberi, mengapa perlu aku berpatah balik untuk menghadapi kisah lama?? Yang lepas tu telah menjadi sejarah buatmu dan binalah sejarah baru untuk kehidupan yang baru.

Penantian itu memang menyakitkan tetapi sebenarnya manis apabila telah selesai diriNya menguji. Kenapa perlu mengeluh dengan sedikit ujian yang diberikan sedangkan diri bakal menerima segunung nikmat bahkan lebih daripada yang dijangkakan. Ya.. memang diri ini merindu, memang diri ini mengasihi. Namun biarkan ianya dalam pengetahuanMu ya Rabbi.. Dalam rahmatMu ya Ilahi...

1 comment:

Petunjuk Ketenangan said...

bersabar ya! terus bersemangat menentang nafsu!