expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

03 October 2011

Pencarian gadis solehah


Assalamualaikum..

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”


Hm2… Perhiasan ye… Kalau kita mempunyai perhiasan, biasanya kita letak dimana ye? Pastinya kita jaga betul-betul kan? Letak dalam almari dan kita tak la nak pamerkan diluar rumah semua… Tapi… Macam mana pula mempamerkan wanita tu dikhalayak ramai? Dalam program televisyen lagi tu… Dengan memperdengarkan suara yang merdu lagi… Maafkan penulis kerana diri ini hanya memberikan pendapat peribadi berkaitan dengan pencarian Muslimah Solehah yang baru sahaja diadakan untuk tahun ini di siaran Al-Hijrah…


Sewaktu interview pencarian Muslimah Solehah itu dilakukan di kampus penulis belajar, sedikit terkilan juga kerana penulis sendiri dicalonkan untuk menyertainya bersama sahabat-sahabat yang lain.. Ya Allah… kenapa mahu dipamerkan pula muslimat-muslimat ni.. Muslimat ni mahal harganya..


Ana bersetuju program itu dijalankan kerana ianya dapat mendidik para wanita ini lebih berkeyakinann dan faham bahawa wanita itu juga berfungsi sebagai sayap kiri dalam menyampaikan risalah Nabi Muhammad saw… mencontohi Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dalam menyampaikan dakwah.. sangat bagus sekali.. namun kenapa perlu dipublishkan program tersebut di television ? Atas tujuan apa? Ask ourself balik.. Kenapa perlunya kita buat satu program yang baik tetapi tidak menjaga syariat yang Allah tetapkan.. Sesungguhnya wanita itu fitnah paling besar di dunia ini.. Apabila seorang wanita itu keluar, maka syaitan akan menghiasinya… Jika benar-benar mahu mencontohi serikandi dahulu, maka contohi juga cara mereka menjaga izzahnya seorang wanita itu… Bagaimana mereka berdakwah? Jika dahulu pun para sahabat bertanya tentang sesuatu perkara kepada isteri-isteri di balik tabir, mengapa kita menggunakan hawa nafsu kita sendiri untuk mempamerkan wanita itu secara berlebih-lebihan di kaca television dimana ianya akan mempersoanakan mata-mata yang memandang… Kemudian timbullah mimpi-mimpi dan angan-angan sang lelaki yang semakin galak syahwatnya dibangkitkan oleh syaitan tanpa kita sedari..


Ya.. benar program tersebut adalah bertujuan yang baik demi untuk membentuk para pendakwah muda dikalangan muslimat.. Tapi ingatlah, tipu daya syaitan itu sangat halus sehingga kita tidak menyedarinya langsung dan dikala itu kita merasakan bahawa kita sudah menjaga aurat dan menjaga imej islam dengan sebaik mungkin. Tapi kita tidak menyedari bahawa rupa-rupanya kita sudah membantu syaitan memainkan peranannya. Peranan sebagai apa? Menjadikan wanita ini sebagai senjata mereka.. Menjadkan masyarakat memperdagangkan wanita sewenang-wenangnya.. Syaitan tidak lagi menjadikan wanita yang sedia ada tidak menjaga aurat dan sebagainya sebagai senjata lkerana itu sesuatu yang sangat jelas. Tetapi menggunakan tipu daya yang sangat halus dan mengaburi mata-mata kita sebagai umat Islam supaya kita mengikut jejak langkah mereka.


Jika kita melihat antara cirri-ciri Islam yang sempurna itu sendiri yakni antaranya ialah inqilabiah. Apakah itu inqilabiah? Ia bermaksud Islam itu tidak boleh ditempel-tempelkan sepertimana kita menampal kebocoran pada atap. Islam itu perlu diamalkan secara menyeluruh dengan mengikut syariat Allah yang sememangnya sesuai dengan fitrah kejadian dunia ini serta isinya. Walaupun kita melihat imej Islam dan dari segi pemakaian para peserta di dalam program ini menutup auratnya, tetapi mengapa perlu bertabarruj? Adakah itu Islam anjurkan? Adakah dengan menyanyi dengan suara yang lunak dan merdu di khalayak itu sesuatu yang Islam anjurkan? Ini adalah pendapat peribadi daripada penulis sendiri yang ingin menjadikan syariat Islam itu ditegakkan.


Begitu banyak perkara dan kejahilan moden yang berlaku di akhir zaman ini tanpa kita sendiri menyedari bagaiman ia terjadi dan tidak terjangka bahawa ianya rupa-rupanya tindakan daripada kita sendiri yang merasakan kita adalah yang terbaik di dunia ini.. Buat wanita diluar sana, ingatlah bahawa Islam datang dan telah memuliakan diri kita, meletakkan harga diri kita dengan harga yang tinggi dan tidak boleh dibayar dengan berapa dinar sekalipun. Mengapa kita pula yang mahu menjual maruah dan menonjolkan diri kita sendiri . Jagalah wanita, lindungilah wanita.. Itu pesan Nabi Muhammad di saat baginda menghadapi sakaratulmaut.. Dan wanita sendiri, peliharalah hiasan yang ada padamu.. peliharalah maruahmu.. Allah begitu menyayangi wanita ini sehingga menjadikan wanita itu dengan adanya rahim dimana Allah swt juga bersifat Ar-Rahim.. yang mengasihi.. dan Dia juga kasih kepada wanita.. Tidak sayangkah diri kita kepada diri kita sendiri sedangkan Allah dan Rasul sangat menyayangi diri kita.. Ingatlah wahai wanita, jaga diri kerana dirimu begitu berharga.. Wallahualam..

No comments: