expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

16 September 2013

Ceritera Bumi Pembukitan

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak post di blog berkusam ini dan pagi ini terasa mahu update sesuatu...

Alhamdulillah sudah hampir masuk minggu ketiga berada di bumi pembukitan aka UKM.. Sepanjang dua minggu berada di sini, pelbagai ceritera yang berlaku yang membuka lembaran kehidupan satu persatu...

Hakikatnya keberadaanku di sini penuh dengan pancaroba.. hampir setiap hari juga air mata menitis di pipi dan kemuncaknya adalah semalam.. tarikh keramat.. tarikh perpisahan abadi seorang yang sering menemani jalan hidupku dengan seorang insan yang menjadi tempat dia bermanja yakni ibunya yang di panggil mak.. Aku terkedu...

Baru minggu lepas aku mendengar akan suara ibunya.. Sempat aku meminta maaf kepada ibunya atas khilafku.. Ibunya menegurku dan menasihatiku yang lemah ini.. Dan suara ibunya sememangnya terngiang-ngiang di telingaku saban hari.. Namun semalam, buatku terkedu.. Terkejut dengan berita di subuh hari..

"Enti.. mak ana dah meninggal.."

Aku hanya sempat membalas "Ha??" seolah-olah tidak percaya.. sahabat menenangkanku dan menyuruhku laksana tugasku sebagai hamba.. Solat subuh.. Aku masih tertanya-tanya tentang pesanan ringkas itu.. Selepas solat, aku capai telefon dan membuat panggilan..

"Assalamualaikum.. betul ke berita yang ana dapat ni?"

"ye.. enti.. mak ana dah xde.. ana kejut subuh tapi mak tak bangun".. suaranya sebak.. 

Aku menangis.. sahabat menenangkanku.. kami cuba menghubungi sahabat yang boleh menghantar kami untuk menziarah.. Sempat aku memberitahu kedua ibu bapaku yang juga terkejut dengan berita tersebut.. di fikiranku hanya bimbang perasaan temanku..


Aku sempat melihat arwah di kafankan hingga di kebumikan.. seolah-olah mimpi yang sedang berlaku.. Aku hanya memandang sahabatku yang cuba untuk tabah.. adik2nya yang juga kedukaan.. dan ayahnya yang paling sedih dan sebak kehilangan kekasih hati, permata dalam keluarga.. Aku lihat ketabahan temanku.. air matanya berkolam di mata.. saat hampir jatuh, dia terus menyeka.. Mungkin cuba untuk kuat demi adik2 dan ayahnya..

Buat temanku.. hanya doa yang mampu ku titipkan.. moga Allah berikan kekuatan.. Kehilangan akan berganti insyaAllah...

Mak cuma tidak bersama dengan kita di dunia tetapi sebenarnya bersama kita.. hanya alam yang membezakan.. Mak berpisah dengan kita untuk sementara waktu... 

Aku cuba untuk menjadi penguat semangatmu sepertimana kamu menjadi penguat semangatku di kala aku diuji...

Ya Allah rahmatilah ibu kepada temanku.. tempatkan beliau bersama bidadari-bidadari syurga dan bersama orang-orang yang beriman.. ameen...