Assalamualaikum... sekian lama membiarkan blog sunyi tanpa apa-apa perkhabaran.. Kali terakhir menulis di sini pada tahun lepas bulan Disember.. Agak sibuk dengan tanggungjawab lain.. sehingga tidak lagi menyempat untuk mencoret ape-ape.. Dan mungkin juga blog kini tidak menjadi trend untuk di baca.. kerana facebook telah menjadi tempat favourite semua orang berkongsi cetusan rasa.. Bagus juga.. maka dari situ akan ku lihat aku menulis kerana mahu di baca atau ape.. kan??
Alhamdulillah umurku telah menjangkau ke usia 25 tahun.. satu umur yang mana kalau di UKM ini, aku masih tidak ketemui mereka yang umurnya lebih dari itu melainkan pelajar-pelajar master atau mungkin dari fakulti yang lain.. Aku tetap 17 tahun dari sudut kematanganku.. ku kira begitu.. adus.. ayatnya sunggu sastera..
Alhamdulillah juga.. berkat kesabaran yang sangat lama.. dan mungkin orang lain lebih lama lagi.. tahun ini menjadi tahun perubahan tanggungjawab buat diriku.. menghadapi fasa baru kehidupan.. moga Allah pelihara dan permudahkan segalanya.. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. Kadangkala bukan kerana Allah berikan rezeki itu dalam bentuk material.. tetapi dari sudut kelapangan.. harta yang sedikit dirasakan cukup.. duit yang sedikit, dirasakan banyak.. begitulah.. alhamdulillah.. moga Allah ampun dosaku dan aku beryukur atas nikmat ini...
Banyak berita yang mengembirakan buatku untuk tahun ini.. Mama dan abah bakal berangkat mengerjakan umrah bersama wan dan ayah ngah hujung bulan ini...Aku mendapat biasiswa daripada JPA.. alhamdulillah.. Hujung bulan ini ada majlis besar untuk diriku.. dan selepas raya ini insyaAllah majlis yang lagi besar juga buatku.. majlis besar tak bermakna besar-besaran.. tetapi hari aku menerima tanggungjawab yang baru... Alhamdulillah di atas kesemua nikmat yang Allah berikan buatku... moga aku menjadi insan yang bersyukur dan sentiasa perbaiki diriku.. Biarpun aku tahu, aku sering juga terleka..
Semoga Allah merahmati kedua ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku.. dan semua yang mengenali dirku.. wallahualam..