expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

23 February 2016

REZEKI ITU HAK MILIK ALLAH

Mana milik kita..
Tidak ada milik kita..
Semua yang ada Allah yang punya..

Tergelak kecil bilamana suami melantunkan bait-bait ini dengan melodi yang salah. Ya.. aku seorang yang sensitif bila terdengar lirik atau melodi yang aku hafal dinyanyikan dengan cara yang salah (muka senyum..muka senyum). Dan suami pula seorang yang selalu fail dalam bab ni. (hehe). 

Berbalik kepada lirik lagu nyanyia ustaz asri Rabbani ini, sememang ia amat mendalam untuk difahami. Rezeki kita di tangan Allah swt dan hanya Dia yang memilikinya. Hari ini aku ingin kongsikan soal rezeki.

Orang kata cabaran di awal usia rumah tangga ni memang banyak. Indeed. Salah satunya ujian kewangan pluss di zaman ekonomi negara kita sekarang ni. Tambahan lagi hanya suami yang bekerja dan isteri ini masih sibuk di nabasiti (Ustaz Azhar Idrus oyak). Kadang-kadang di hujung bulan hanya cukup-cukup sahaja. Entah berapa kali usaha untuk menyimpan tidak menjadi-jadi. (hehe). Biasalah. Tapi aku percaya pada konsep rezeki. Allah akan beri rezeki yang kita perlu dan InsyaAllah cukup. Siapa sangka kadang RM100 itu tak cukup untuk belanja kau sorang untuk seminggu itu cukup untuk sepasang suami dan isteri selama seminggu. Itu bukan mimpi ya tapi realiti. Macam mana boleh cukup? Itu kau tanya Allah swt yang memberi berkah terhadap rezeki buat sepasang suami dan isteri. 

Itulah rahsia keberkatan rezeki yang Allah kurniakan. Bukan aku nak cakap mereka yang bujang ni hidupnya tak barakah. Cuma mungkin lack of responsibility sikit kot sebab kalau duit tak cukup, PAMA ada. (Haha.. jangan tipu sebab diriku pun pernah bujang).


Dapat pointer yang bagus juga rezeki. Bukan mahu menjaja cerita tapi ini realitinya. Hidup sebagai seorang isteri dan dalam masa yang sama seorang pelajar nabasiti banyak cabarannya. Aku pernah cerita kot dalam makalah sebelum ini. Di kampus kau pelajar, tapi di rumah kau ada tanggungjawab untuk dilaksana. Biarpun suami seorang yang memahami dan menyokong, tapi sanggup kah biarkan suami sendirian dan kau hanya sibuk dengan urusan belajar sahaja. Dan itu menyebabkan  kau akan cuba untuk bahagi masa. Agar bisa menjadi Qurratul Ain buat suami tercinta. Masa studymu limit dan kau perlu cepat catch up apa yang patut di dalam kelas. Belum lagi kalau dah punyai anak. Tapi ini bukan keluhan tapi kebahagiaan seorang pelajar bergelar isteri. ^^. Dan aku syukur atas rezeki Allah taala dengan keputusan yang aku sendiri tidak jangka. Bukan sebab aku bijak(bijak la sangat) tapi doa suami dan mereka-mereka yang lain. Berkahnya lain macam. =). Semua dari Allah Taala. 

Alhamdullillah setelah beberapa kali keluar masuk dunia dropship dan online bisnes, aku berjaya juga istiqamah dengan jualan pakaian yang menutup aurat. Mungkin sebab aku suka dengan gaya muamalah islami itu dan pakaiannya. Niatku hanya mahu seramai yang boleh memakai pakaian wanita muslim dengan sempurna walaupun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah hasilnya mampu membantu suami biarpun hanya baru bermula. Kadang-kadang aku sendiri tak menyangka customer datang bertubi-tubi sedangkan aku baru bermula. Sejuk tanganku handle satu-satu. Bimbang tersilap di mana-mana. Dan aku anggap ini semua rezeki Allah swt. Dia berkemampuan untuk ambilnya kembali. Hanya aku harap keredhaan Allah semata-mata dalam usahaku untuk masyarakat mulai menutup aurat.

Apa-apa pun semuanya adalah milik Allah. Rezeki milik Allah. Jangan abaikan konsep keberkatan dalam rezeki walaupun sekelumit pun. Jujurlah dalam mencari rezeki kerana setiap yang kau dapat itu bakal jadi darah dagingmu sendiri. Itu sahaja perkongsianku di petang ini. Wallahualam.

p/s: panjang juga entry ni. Kalau menulis latihan ilmiah laju macam ni kan bagus. Huhu.

Tengah pening dan asyik rasa mahu muntah sejak pagi. Andai itu tandanya,
mohon doa ya. =)