Assalamualaikum…
Alhamdulillah hari ni hari yang
agak tenang sikit berbanding hari-hari yang lain.. Sebab hari ni hari Jumaat
yang barakah.. Tapi sepatutnya bila hari Jumaat mestilah hari yang
sangat-sangat menenangkan bukan? Tapi pagi-pagi lagi mood agak terganggu dek
sikap-sikap orang yang tak sepatutnya berlaku..
As pelajar tahun akhir yang dah
tamat pengajina dan pemegang biasiswa JPA, maka kami semua diwajibkan untuk
melapor diri secara online melalui satu portal interaktif buat under JPA ni.
But, maklumat untuk saya punya pengajian dan keputusan setiap peperiksaan dalam
laman web tu ada yang silap. Puas sudah di email, di call tapi dah hampir
sebulan masih belum mendapat sebarang balasan dan pembetulan yang telah dibuat.
Sebab dah pernah alami problem berkaitan dengan perjanjian dengan kerajaan,
buat diri ini sangat particular bab-bab kesilapan dalam maklumat ni. So, nak
tak nak terpaksa la tangguh dulu untuk lapor diri. Tapi menungu dan menunggu
still taka de perubahan. Takkan nak tunggu sampai diri sendiri kena denda sebab
tak lapor diri? Nauzubillah..
So.. pagi tadi mintak suami
temankan bawak ke JPA untuk selesaikan masalah ni. Dah email tak berjawab, call
tak dapat, kita jumpa terus je la senang kan.. Sebab kalau kena denda yang kena
bayarnya empunya diri ini. Bukan mereka pun. Huhu. Dan minta maaf juga buat
suami sebab terpaksa susahkan sikit pagi ni walaupun dia busy sangat sampai
tadi asyik duk jawab call dan balas wassup tak henti-henti masuk. Macam tu la
kerja jadi jurutera macam suami saya. Saya nak citer pun tak pandai. Kata orang
jadi Jurutera ni gaji bosar. Hehe.. itu expection orang.. kalau company bosar
tu maybe la… tapi kerja dorang pun tak kurang stress juga.. suami saya hanya
insan biasa yang juga perlu berhutang membayar loan kereta serta membayar cukai
GST saban hari.. So, berbalik kepada kisahnya saya ke JPA tadi, saya dan suami
pun menunggu di ruangan kaunter pertanyaan yang utama di Blok C. Orang tak
ramai pun. Then bila giliran saya, saya pun menceritakan masalah saya. Saya
beritahu yang saya dah email dan call but no respond. End up.. pegawai tu just
jawab.. “Dah email tak pe lah” Saya masa tu rasa macam nak marah jugak la..
Kami datang untuk minta bantuan dari pihak anda, tapi anda hanya jawab begitu
tanpa apa-apa tindakan lanjut. Siap tak pandang pun orang yang bertanya ni.
Manner.. saya bagi 0 bintang.
Saya jelaskan lagi, if saya tak
lapor diri lagi disebabkan hal ni, tak pe ke? Sebab bukan ke akan didenda kalau
tak lapor diri dalam masa yang ditetapkan? Then dia dan seorang lagi hanya
menjawab.. “Tak kena pun..” Hm2.. Saya memang dah malas nak layan, terus
panggil suami dan lepas ucap terima kasih, terus berlalu pergi.. Saya pelik..
senang betul kerja anda ya.. kalau orang sampai datang jumpa anda di pejabat,
maksudnya dia betul-betul perlukan pertolongan anda. Tapi anda hanya jawab
dengan acuh tak acuh dan langsung tak memandang. Saya tak tahu lah betapa
stressnya kerja anda tu. Masuk jam 8, keluar jam 5.. gaji tetap jalan .. tak
pernah kena potong.. setiap tahun ada kenaikan dan lain-lain.. nak banding
dengan penjawat swasta macam suami saya yang kadang-kadang tak tentu masa
kerja.. malam pun kadang-kadang balik lewat.. kenaikan pun belum tentu dapat..
but at the end, mereka still bagi service yang terbaik pada customer..
Ini hanya saya harapkan.. why not
bila saya jumpa anda, anda cuba untuk selesaikan setakat yang anda mampu..
mungkin ambil maklumat saya ke.. atau cuba cek dengan unit teknikal ke.. tak
pun sekurang-kurangnya bagitahu dengan ayat yang lebih baik.. “ Ok puan..
takpe.. kalau puan dah hantar email tu, maksudnya nanti pihak kami akan
betulkan.. dan puan tidak akan dikenakan sebarang denda jika terlewat lapor
diri..” It’s easy kan? Daripada awak mengadap computer awak dengan memasamkan
muka dan xpandang pun customer ni.. dan terus cakap dengan nada yang
menyakitkan hati.. perlu diingatkan bahawa anda bekerja untuk memberi servis
kepada rakyat..
Saya tak tahu ini semua mentaliti
pekerja kerajaan atau apa.. Sebab acap kali juga bertemu dengan kakitangan
kerajaan sedemikian rupa sikapnya. Saya tahu tidak semua begitu.. but please..
ubah la.. Satu hari nanti, awak pun perlukan pertolongan orang lain juga..
Bukan ke dapat pahala? Bahkan gaji yang awak dapat pun berkat.. Hm2..
Buat semua pekerja di luar sana,
tak kira swasta atau kerajaan, jagalag adab anda.. kadang-kadang tu orang yang
minta tolong dengan anda adalah orang yang betul-betul perlukan pertolongan.
Dunia ni ibarat roda. Semua orang sibuk but please.. jangan sampai orang tak
suka dan rasa sedih sebab diperlakukan macam sampah je oleh anda semua..
kadang-kadang yang datang jumpa tu entah-entah datang dari jauh semata-mata nak
tanya tentang masalah dia.. dah.. call pun tak berangkat.. terpaksa la datang..
so.. hormatilah mereka juga.. dan anda juga akan dihormati.. Budi bahasa budaya
kita..