expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

10 July 2009

Kerinduan yang datang dengan tiba-tiba~~~


Assalamualaikum... Sudah beminggu-minggu ana tidak mengupdate blog ni selepas di serang virus beberapa minggu lepas. Tak pe la.. Tajuk entry kali ni, ana rindu sangat-sangat kat 'dia'. Dia lah yang ana nak tatap selalu, jumpa selalu and kalau boleh tak nak berpisah langsung. Dialah yang ana jumpe sejak dari awal sekolah menengah dahulu. Jatuh cinta kali pertama dan untuk selama-lamanya.. Tapi mungkin takdirNya, kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu dan ana akan cari dia nanti insyaAllah jika diberi peluang.

Ana rindu nak belajar ilmu syariah, Fiqh, dan semua yang berkaitan dengan ilmu agama. Kerinduan yang amat mendalam dan merupakan impian ana. Bukan sijil sarjana yang ana cari, bukan anugerah dekan yang ana impi, tapi kepuasan menatap kitab-kitab lama, bertalaqi dengan sheikh-sheikh yang luas ilmu agamanya. Ya Allah, aku rindu kepada semua itu. Cintaku pada ilmu agama kadangkala membuatku merintih kerana tidak berpeluang untuk mempelajarinya sekarang secara konsisten. Ana hanya belajar secara surface sahaja dan ana tidak berpuas hati dengan itu. Hati kadang-kadang memberontak kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan pendidikan sekular yang memisahkan antara agama dengan pengisiannya. Semuanya kosong bagi ana bila ilmu tidak dihayati dan dibincang mengikut pandangan agama. Segalanya kristeinisasi dan orientalis. Sekular!!.. Ana benci kalian yang telah merosakkan peradaban ilmu!!


Melihat sahabat-sahabat tenang menghafaz hadis, menatap kitab dan bertalaqi dengan sheikh terkenal membuat hati dijentik cemburu. Cemburu yang amat dalam kerana ana ingin bersama mereka. Jiwaku ingin menuntut ilmu-ilmu itu. Ya, benar ilmu yang dipolopori barat pada masa kini juga ilmu Allah, tetapi kerana hilangnya roh islam di dalam ilmu itu yang membuat hati ini jauh hati, rajuk hati yang tertanggung. Tatkala membaca buku karangana Ustaz Hasrizal tentang Rindu Bau Pohon Tin membuat hati ana sayu, meronta-ronta ingin ke bumi anbia dan mempelajari khazanah ilmu disana. Membuat hati semakin dekat kepada Pencipta.. Subhanallah...


Diri sering menangis kerana memikirkan diri yang semakin jauh dengan majlis ilmu, hati yang sering gembira kerana hanyut dengan dunia, hati yang selalu memberatkan perkara dunia daripada perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan. Jika ana diberi peluang untuk bertemu dengan impian ana, sanggup ana tinggalkan semua demi mencari kepuasan menatap ilmu yang menghampirkan diri ini pada Pencipta...


Aku tidak berbangga dengan ketinggian ilmu padaku andai diriku tidak bertaqwa... dan aku harap kalian juga begitu.. Ilmu tanpa iman dan taqwa, HINA. Ilmu yang diiringin iman dan taqwa itulah seorang yang MULIA disisi Allah..

3 comments:

farieha said...

tika..ieha pon rindu nk blaja smua tu lagi..tapi dok kat negara org barat pon x bermakna kite x leh blaja smua tu, malah menguatkan keinginan kita untuk tahu semua2 tu..

Noor Asyila said...

atiqa,meh dtg mesir meh time korg cuti.time winter break ke summer break ke.

u r welcome! ahlan wasahlan ke bumi anbiya'~

Nurul Atika Rosli said...

To asyila

hmm.. tak ahu la tue.. huhu..
tak tahu comfm lagi ke tak dapat sambung ke uk.. huhuh..
redho2