expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

29 August 2009

Salam Ramdhan....

Assalamualaikum semua!! J… Sudah agak lame ana tak update blog ana nie dengan entry-entry yang terbaru. Bukan tak nak update, tetapi disebabkan ketiadaan idea yang best and mungkin jugak disebabkan fikiran ana yang agak terganggu sejak akhir-akhir nie. L. Kadangkala sampai tak boleh buat kerja juge dan ana nak memohon seribu kemaafan buat sahabat-sahabat seperjuangan ana sebab ana dah lame tak mengirim khabar berita buat kalian. Bukan bermaksud sudah melupakan kalian, tetapi ana perlukan masa untuk menyendiri sementara waktu. Ana pohon sahabat-sahabat semua doakan ana agar sabar selalu menempun dugaan ini, insyaAllah. Tanpa khabar berita bukan bermakna ana menjauhkan diri ye. J..



Okey la. Sekarang kite beralih kepada topik utama kita ye. Ana rase masih belum terlewat untuk ana ucapkan salam ramadhan buat semua pembaca blog ana yang tak seberapa ini. Macam mane dengan minggu pertama sepanjang ramadhan kali ini? Minggu pertama kali ini agak terganggu sedikit untuk mencapai kekhusyukkan hati dalam beribadah. Huhu.. ana agak terganggu sedikit emosinya kerana masalah yang ana hadapi. Ya Allah semoga ana diberikan kesabaran yang tinggi olehMu. Hmm.. kadangkala ana isi dengan perkara yang tak berfaedah pun. Tengok televisyen yang semakin hari semakin merosakkan jiwa ana. Astaghfirullahalazim… InsyaAllah ana akan cuba cari kekuatan ana kembali dengan ibadah-ibadah yang boleh memberikan ketenangan hati. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang insyaAllah. Bulan Ramadhan yang tiba ini perlulah kita isi dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kerana kita tak tahu sama ada kita akan berjumpa dengan bulan yang mulia ini bagi tahun yang berikutnya. Di sini ana ingin mengucapkan takziah buat Allahyarham Asri Bin Ibrahim yang telah kembali ke sisiNya. Al Fatihah. Hidup ini bukan selamanya dan apabila kita pergi, kita tidak akan kembali lagi. Jadi marilah kita sama-sama upgrade diri dan gunakan masa yang ada dengan ibadah kepadaNya. Ayuh kita renovate hati kita yang telah lama berkulat dan rosak dek maksiat yang semakin hari semakin merosakkan jiwa dan hati kita.




Akhir kata, ana ingin ucapkan sekali lagi salam ramdahan al mubarak buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga bulan ibadah kita ini dapat menjadikan diri kita semua hamba yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t. InsyaAllah.



Salam kalam maya buat sahabat..

Salam kerinduan buat RasulNya..

Salam kecintaan buatMu Ya Habibi..

J J J

03 August 2009

Ape citer blogger aka Nurul Islam


Assalamualaikum sahabat maya semua.. Ape khabar semua? Harap sihat2 semuanya, insyaAllah.. Hmm.. entry kali ini adalah “Ape citer blogger?” Blogger tue ana lah.. Blog ana nie dah lame berhabuk tak di update dengan citer2 baru dan best bagi ana.(sebab ana tak tahu best ke tak bagi pengunjung blogku ini). Actually sekarang tengah cuti and jadi penganggur terhormat di rumah ana yang indah lagi permai. Tapi, lame2 berada di rumah agak melemahkan ana juga sebab dah biase dengan dunia kampus and belajar2 nie. So, agak canggung juga duduk rumah sahaja tanpa menjalankan rutin sebagai student seperti biaser.


Dan sebenarnye, ana hadapi pelbagai ujian sepanjang ana habis foundation nie.. First, ana tak dapat meneruskan pengajian di luar negara. Sedih jugak, tapi itu adalah ketetapan dari Allah SWT ke atas ana. Alhamdulillah ana dapat terima dan rezeki ku hanya di “Malayshia”(gayak orang indoneshia berbicara) Nggak papa lah.. Syukur sahaja kerana emangnya aku shendiri mahu belajar di tanah airku shendiri.(udah la speaking indon tue). Ana tak rasa ini satu kegagalan buat ana kerana ana telah berusaha sehabis baik untuk ke sana, tapi perancangan Allah is the best . So, jangan ar nak kondem plak(ganaz nye bahase.. huhu).. tapi betul la kan? Mr Newton kite tu pun banyak kali gagal nak buat mentol tapi die tak cakap pun die gagal. Die dah berjaya temui pelbagai cara untuk mendapatkan satu cara untuk create mentol yang kite duk gune sekarang nieh.. So do I, rite? Ana dapat pengalaman ini sebagai satu wasilah untuk ana capai kejayaan yang lagi baik.


Begitulah perancangan Allah sebenarnya. Jangan ingat, kalau anda semua sentiasa capai apa yang anda dapat dan anda akan dapat juga apa yang anda inginkan. Allah knows better then you. Please la kalau sape2 yang rase die akan berjaya sebab die deserve untuk dapat ape yang die nak. Jangan kata kamu beriman selagimana kamu tidak diuji. Ada faham?? Ini nasihat untuk kawan2 ana diluar sana sebab ana sendiri pernah rasa ana akan dapat apa yang ana nak(Huh.. sombong nyer..) “Jangan sombong!! Allah sedang berbicara dengan kamu Fahri”.. nie dialog yang ana quote dari filem Ayat-Ayat Cinta. Actually baru perasan bile baca buku “BERCINTA HINGGA KE SYURGA” dari ustaz kesayangan orang ramai. Sape lagi kalau bukan ustaz hasrizal kite. Kredit untuk ustaz saifulislam.com. Syukran jazilan atas penghasilan buku ini yang telah menyedarkan diriku ini.

Dalam ayat kat atas nie, kite tahu kan dalam cite nie Fahri is very good person but then die diuji dengan fitnah Nourah tue. Mesti cam tak sangka kan, sebab orang yang baik camtu takkan la kena uji sampai macam tu sekali. Tapi ingat… Allah itu mampu untuk rancang segala-galanya. Macam tue jugak la dengan kes ana nie.


Selama nie, ape yang ana nak, ana dapat je. Nak pergi KISAS, ana dapat. Nak dapat course LAW kat UIA pun ana dapat jugak. Then tibe2 dapat plak course TESL untuk oversea. Lagi tak sangke sebab tak pernah mimpi pun nak lanjutkan pelajaran ke negara orang futeh. Yang terbayang hanya lah di dalam negara sahaja. Tapi akhirnya ana ditakdirkan begini. It’s ok my dear.(pujuk la diri sendiri kan..) Tapi ana gembira dengan takdir Allah ini sebab perkara macam nie buat ana faham dan mengerti bahawa hidup kita nie bukan senang sahaja jalannya. Baru terasa yang ana berhadapan dengan realiti kehidupan yang sebenarnya yang buat ana lagi matang dan kuat untuk tempuhi semua nie. Terasa kehidupan yang berwarna-warni nie. Ada gelap, ada cerah. Biasenye kita hidup dalam dunia kita sendir aje. Hidup macam happy sahaja and ape yang berlaku kat sekeliling kite, kite rase macam nothing la. Tak mungkin akan berlaku pada kita, terasa macam perkara macam tue akan berlaku pada orang2 yang dah lame menyelusuri hidup nie. Kite ni tak layak lagi. Huhuhu.. (ini pemikiran ana dulu tau.. jangan ikut). Dan semua yang berlaku pada ana memang betul2 mengajar ana sendiri dan ana nak antum semua jadikan pengajaran.


Last but not least coz I’m gonna writes more and more after this and please do not change your site k. Heheh.. ok, akhirnya untuk entry nie, kite kena bersangka baik dengan Allah dan teruskan langkah biarpun rebah dalam perjalanan hidup ni. Keep it up guys!! Allah always with us, so don’t cry and sad. Carilah ketenangan dengan berbicara dengan Allah dan ini juga nasihat buat diri ana yang taip entry nieh. Ana nak bagi kate2 yang agak pedas tapi boleh sedarkan kite as human yang kadangkala rase dah comfortable dengan hidup nie.


“Jangan ingat diri itu hanya diuji dengan perkara yang kamu jangka sahaja kerana ujian Allah itu tak terjangka hebatnye..”


So sedar la sket antum wahai manusia yang hanya menumpang didunia ini!! Fikirlah sendiri!!
Pesan blogger : Asif, ma’alish, afan. Maaf. Sorry, sumimasen kalau ayat agak kurang enak bahasanya. Huhuhu..


Blogger tengah tunggu tawaran untuk continue study dari BPG. Doakan ana ye…(^_^)