Pada 17 January 1989 telah lahir seorang puteri di sebuah hospital di Pahang pada detik 9.48 a.m. Dan sekarang, puteri itu telah pun berusia 21 tahun. Pelbagai kisah suka dan duka yang telah ditempuh dalam kehidupan di dunia ini. Siapa puteri tu? Ana lah… huhuh… Ya Allah, sudah 21 tahun hamba menumpang di duniaMu, menghirup udaraMu dan diberi nikmat Islam olehMu. Tanpa ana sedari semakin hampir ana kepada kematian. Semakin bertambah umur, semakin hampir kematian dan pertemuan ana dengan malaikat maut.
Semalam, di tengah malam ana keseorangan didalam bilik. Tiba-tiba rasa sesak nafas dan itu adalah perkara biasa bagi ana yang selalu jugak ditindih oleh “makhluk”. Hai tidur tak amek wudu’, memang lah senang kena.Dalam sesak nafas tu, ana teringat pada kematian dan dalam hati ni hanya Allah sahaja yang disebut. Allahuakbar… Itu sahaja yang ana sebut dalam hati. Terasa seperti seseorang yang berjubah hitam datang menemui ana. Allah, umur ana hanya sehingga 21 ini sahaja kah? Ya Allah, amalku sedikit. Ya Allah, aku belum bersedia.. Ya Allah, aku penuh dosa. Mata ana menjeling ke arah pintu bilik. Ana tidak mampu bergerak dan perasaan sangat bimbang dan berdebar-debar. Siapa yang akan datang? Ana teringat-ingat video2 mengenai sakaratulmaut. Saat itu rasa macam nak menangis. Terasa ada yang memegang ubun-ubun. Ya Allah, adakah rohku akan bercerai dari badan pada saat ini??? Ana terdengar bunyi yang silih berganti. Dalam dengar dan tidak. Bunyinya seperti orang melibas sesuatu atau mungkin bunyi kipas tapi kenapa sekejap berbunyi sekejap tidak?.. Ana hanya menyebut nama Allah. Disaat itu ana tidak pasti sama ada ana membuka mata atau tidak.
Beberapa minit kemudian, ana tersedar dan berada di dunia nyata kembali. Semua itu bukan mimpi dan ana mengalaminya. Ana takut untuk menutup mata dan tidur selepas itu. Tapi, selang beberapa minit, ana tertidur juga.
Suatu pengalaman yang buat ana sedar diri ana ni bila-bila sahaja akan pergi meninggalkan dunia ini. Ya Allah… Tetapi kita ini manusia, dan sentiasa lupa dan terleka dengan keseronokkan dunia. Kenapalah ana sering lupa akan diriMu Ya Allah. Ana pohon agar Allah sentiasa meredhoi kehidupan hambaNya yang kerdil ini.
Buat sahabat-sahabat sekalian, kita sering menyambut hari ulangtahun kelahiran kita dengan penuh kegembiraan, tetapi jangan kita lupa bahawa, umur itu bertambah dan kita semakin hampir kepada detik kematian. Bersediakah kita untuk menjadi bakal mayat? Tepuk dada Tanya iman antum…
Setakat ini dahulu dari ana… Wallahua’alam
P/S : Syukur masih diberi nikmat kehidupan ini untuk bertaubat kepadaNya. Subhanallah…
2 comments:
hidup dan mati itu di tangan Allah
tika sayang, happy belated besday..sorry lambat wish sama kamu..
Post a Comment