expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

24 January 2010

Mencari potensi diri melalui pengalaman baru..


Salam semua. Kaifa halukum wa kaifa imanukum? InsyaAllah semua baik-baik sahaja kan. Kali ini ana ingin menceritakan pengalaman pertama ana yang mengujakan diri ana dan ana pun tak sangka dengan pengalaman pertama ana ini, ana dapat kejayaan dengannya. Pengalaman apa ya? Hm… pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Heheh.. Ketua pembangkang? Nak masuk politik plak ke ana ni? Tak de lah… Semalam pada 23 Januari 2010, bertenpat di bilik tutorial 2 KIPSAS berlangsungnya pertandingan Bahas Ala Parlimen bagi pemilihan pelajar untuk menjadi pembahas KIPSAS. So, ana ni mulenya tak nak pun masuk sebab banyak kerja dan malas nak involve. Huhuhu.. Tapi entah kenape lah kan, tibe2 rase macam nak masuk je. So, ana ajak la adik2 ana dalam Jabatan Syariah dan Undang-Undang untuk masuk. Kami bertiga pun bersepakat untuk join. Tak sangka plak ada budak muslimin kelas kami pun masuk jugak. Wah, ini sudah baik. Mungkinkah kami akan berhadapan dengan mereka?? Hheheh..


Selepas sesi undian di buat, kami terpilih untuk menjadi pihak barisan pembangkang. Heheh.. suke aje ana kalau jadi pembangkang nih. Sahabat kami yang muslimin tu pun di barisan pembangkang, jadi mereka takkan berhadapan dengan pasukan kami. Mereka beetanding untuk team A dan kami team B. Usul bagi perbahasan pada hari tersebut ialah,

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA BERPUNCA DARIPADA KEPINCANGAN KELUARGA.

Hm… tajuk ni Nampak macam biase je, tapi ana ni tidur sampai jam 5 pagi duk wat teks. Huhu… Cari bahan, cari format perbahasan and teks perbahasan. Yelah, mane pernah join bahas. Hanya pengalaman dari adik sahaja yang ana ambil sebagai rujukan. Dari segi gaya nada, cara semua tu ana belajar dari adik ana yang berkaliber mengalahkan Yang Berhormat. Huhu.. Lepas tu, ana bukak youtube untuk melihat cara-cara perbahasan di peringkat IPT. Need a lot of effort for doing this. Huhu.. lebih2 lagi buat ana yang memang tak tahu ape2 tentang bahas ala parlimen ni.


So, dipendekkan cerita, kami mendapat kemenangan pada hari tu selepas berentap dengan para senior kami yang salah seorang daripada mereka memang budak bahas.(tak aci betul), Senior kami yang muda dari ana sebenarnye dapat pembahas terbaik dan ana pun tak kisah sebab he deserve to get it. Tak pe lah yang penting usul ditolak dan pengalaman yang ana dapat dengan menceburi perbahasan ana ni. Semua orang boleh jika mereka berkehendak dan buktikanlah. Seorang yang pendiam macam ana waktu sekolah dulu, dah boleh cari keyakinan diri untuk berhadapan dengan semua orang. Alhamdulillah dan semua ini adalah kekuatan yang Allah bagi buat ana. Yang pastinya dengan cara ini ana dapat menambahkan keyakinan diri ana. Ana masuk bukan nak nama, nak menang atau nak test market bak kate segolongan pelajar kelas ana. Tapi ana nak dapatkan ilmu. Sepanjang ana hidup dibumi Allah ini, ana harap ana akan sentiasa mencari ilmunya dan berjuang demi agamaNya walaupun saat diri ini dah tak larat sekali pun.



Barisan pembangkang... ana hujung sekali.. khusyuk mendengar hujah lawan


Diri ana bahagia tatkala diri ini sibuk kerana mencari ilmu, dan sibuk untuk agama Allahi yakni Islam. Diri ini tenang pabila bersama sahabat-sahabat yang bersama-sama ingin perjuangkan islam. Diri ini sangat menyayangi perjuangan islam dan mati untuk menegakkannya walau apa cara sekalipun kerana matlamat diri ini hanya satu yakni redha Allah. Jika kita hidup di bumi ini tanpa redha Allah, maka celakalah kita. Nauzubillah. Usah dipedulikan kata-kata orang yang mencerca, usah dipedulikan perkara-perkara yang membawa kita berpaling dari agamaNya. Bangkit walaupun diri kita rebah berkali-kali.


Hm.. nampaknya ana out off topic ni. Heheh.. tak pe lah. Same-same la kita mencari potensi diri untuk member manfaat kepada islam itu sendiri. insyaAllah.. ok.. sampai sini dulu ye.. Salam ukhwah fillah, salam jihad, salam perdebatan… =)

7 comments:

pencaricintailahi said...

Salam...ukhti, boleh kongsikan sedikit isi bahas tu? Boleh saya gunakan utk pembentangan unit saya nanti... :-)

Nurul Atika Rosli said...

salam..
untuk kongsikan isi itu boleh je.. tapi tak lah terlalu banyak. Dalam bahas ana tu pun kami just keluarkan 4 hujah je.. masalah kerunthan akhlak remaja adalah berpunca daripada pengaruh teknologi, diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan sebaya, peranan masyarakat dan tak dinafikan keluarga juga merupakn faktornya. Cume dalam bahas biase la kite nak bangkang. jadi kena buatkan ususl lawan tu tak diterima..

pencaricintailahi said...

Syukran utk isinya..Doakn sya dan kwn2 dpt bt yg terbaik ye.. :-)

Sidratul Muntaha said...

assalamualaikum.tika dah kat kipsas ke skang?kos apa?

Nurul Atika Rosli said...

to sidratul muntaha...

Salam fatin.. tika kat kipsas dah sekarang. amek diploma syariah dan undang-undang. Doakan tika eik

Sidratul Muntaha said...

Ohw..yeke..Inya Allah.Yang terbaik untuk Tika.Semoga menjadi peguam Islam yang berkaliber once day.ameen... :)

Nurul Atika Rosli said...

syukran fatin agungguk.. heheh.. betul ke ni eja?? huhuh