Kenapa Allah tidak pernah kabulkan permintaanku? Kenapa ku lihat orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan? Mengapa Allah menyiksa batinku begini? Mengapa dan mengapa??
Assalamualaikum sahabat semua…
Manusia seringkali tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan selalu menyoalkan sesuatu yang dipinta lambat dikabulkan. Sukar sekali muhasabah diri bahawa ada hikmah kenapa Allah tidak memenuhi permintaan dengan segera. Itulah manusia yang kurang sabar, kurang bertenang, cemas dan selalu tidak tenang hatinya. Memintanya banyak sekali tetapi member itu kurang sekali dan hanya tahu bahawa kehidupannya perlu mudah semuanya. Apabila diuji dengan kesusahan diambil jalan singkat. “Aku tidak mahu hidup lagi.. daripada hidup susah begini lebih baik aku tinggalkan dunia ini” Jalan singkat diambil dan jalan singkat juga terus ke neraka. Nauzubillahiminzalik.. Itulah manusia secara majoritinya dan sangat kurang yang bersyukur dengan ujian yang Allah berikan. Sangat sukar juga bertindak rasional walaupun telah diberikan akal yang mampu mencipta sesuatu yang mengejutkan dunia.
Benar.. kadangkala kita sebagai manusia merasakan ujian yang ditimpa kepada kita terasa amat berat sekali dan menggoyah iman kita. Kita mahu terselamat daripada hanyut dengan hasutan dunia tetapi payah sekali untuk menolak. Lalu kita jadi lesu dan menangis sepanjang hari kerana tidak mampu dan lemah menghadapi dugaan ilahi. Kadang-kadang juga diuji untuk melakukan kemaksiatan dan bukan kita tidak tahu itu adalah salah tetapi nafsu itu sangat sukar sekali dibendung. Apabila telah melakukan maksiat kita menangis dan memohon ampun di atas kelemahan kita. Kemudian datang lagi ujian yang menggoda kita lalu kita kalah sekali lagi. Siksa bukan hidup begitu kerana sukar sekali istiqamah dengan taubat yang kita lakukan. Mungkin ada silapnya pada diri dan hati kita sendiri. Hati yang telah melakukan maksiat ibarat bekas tusukan paku karat yang sukar sekali dihilangkan karatnya. Namun kita boleh bermujahadah hingga ke akhirnya. Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Ujian yang diberikan setimpal dengan kemampuan kita bukan??
Dan benar juga kita ada sifat cemburu seandainya orang lain dapat melakukan ibadah dengan mudah sekali manakala kita begitu payah sekali untuk melakukan ibadah. Bukan malas tetapi tidak berkemampuan untuk melaksanakan. Sabar… Be patient kerana Allah menilai kesabaran itu kerana kita ingin melakukan sesuatu yang disukaiNya. Sahabat-sahabat nabi juga cemburu melihat betapa bagusnya amal ibadah sahabat yang lain dan mereka berlumba-lumba kepada kebaikan.(Fastabiqul khairat). Namun yang dinilai Allah bukan kuantiti amal ibadah itu tetapi bagaimana keikhlasan, istiqamah dan penghayatan kita kepada ibadah itu dan itu hanya selayaknya dinilai oleh Allah swt. Anugerah Allah ini tidak boleh dianalisa dan dikira atau ditotalkan dengan pandangan fizikal, mental atau spiritual manusia kerana apa yang ada di dalam hati itu hanya Allah sahaja yang boleh mengesannya. Bukan steskop, mikroskop mahupun serkup(tarbus) buatan manusia dan jauh sekali skop production.
The conclusion is be patient kerana….
SABAR ITU CANTIK
ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG BERIMAN
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN
SABAR ITU DI AKHIRNYA ADA HIKMAH