expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

07 May 2011

let's get updated..=)

blogger-emoticon.blogspot.com

Assalamualaikum wahai blog yang membiru lagi kegelapan dan ditambah pula dengan kesuraman daripada entry baru.. Kasihan ya kamu wahai blog sudah berminggu-minggu tidak berupdate.. Actually penulisnya yang mungkin bertambah-tambah vitamin M dalam badan dan juga fokus terhadap kerja rumah yang pelbagai (ye ke??) That’s my problem.. bila dah fokus sesuatu perkara dah payah nak buat benda yang lain.. Kadang-kadang boleh jugak buat banyak kerja dalam satu masa tapi mungkin if satu-satu kerja tu menggunakan medium yang sama.. sebagai contoh, buat assignment sambil berFB(assignment 20% dan FB 80%) atau buat assignment samba tulis blog (50-50)..

Currently di rumah dan insyaAllah esok ana akan bermulalah sesi pembelajaran ana untuk buat lessen kereta.. Moga dipermudahkan semuanya InsyaAllah.. Duduk dirumah ni kadang-kadang agak membekukan kepala sekiranya kita tak pandai manfaatkan masa.. Buku-buku fikrah dan dakwah banyak.. internet ada.. paper plak setiap hari abah belikan untuk tatapan seisi keluarga dengan berita terhangat masa kini.. Yang bagusnya sekarang ni dapat apply apa yang dipelajari tentang macam mana sumpah menurut islam, fitnah dan sebagainya.. Bila baca kes yang berlaku kat Malaysia ni plak boleh refer back subjek TORT dan jugak KONTRAK.. kan best tu.. dan Alhamdulillah juga ramai yang sedar tentang hukum-hakam Islam sekarang ni.. Tetapi perlu berguru ya.. kita nak laksanakan hukum-hakam Islam perlulah menyeluruh dan bukan sekadar untuk melepaskan diri sahaja.. Hm2.. terlebih sudah.. payah la kan kalau dah memang minat kepada politik Islam ni.. huhu.. Sensasi habis.. just my opinion yang belajar tentang sistem perundangan Islam serba sedikit.. Buat sahabat-sahabat yang belajar tetapi antum semua tak nampak lagi apa masalahnya , hm2.. koreksi diri balik ye.. kot-kot belajar hanya kerana segulung diploma bukan kerana ilmu yang sangat-sangat bermanfaat tu…

Sedar dan tidak sedar bila meletakkan jari di atas keyboard ini membuat jari jemari NURUL ISLAM menari dengan lincah sekali.. huhu.. memang tak dapat berhenti.. bercakap belum tentu lagi… hm2.. hari ni Nurul Islam tinggal dirumah keseorangan selepas mama dan abah pergi mencari rezeki membuat pekerjaan sunnah nabi (berniaga). Dan tadi petang juga, dengan tiba-tiba terdengar suara lelaki member salam.. kujenguk ke tingkap kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian kurta serta berserban.. owh.. mereka itu karkun-karkun tabligh..huhu.. takut juga diri ni.. awal-awal lagi udah ditutup semua tingkap kerana rumah ana ni ditepi jalan.. bahaya kalau ana sorang-sorang aja di rumah.. kan?? Huhu.. mereka mengajak agak ke masjid dengar tazkirah.. ku bilang insyaAllah.. lagipun abah tiada di rumah.. hm2.. walaupun tabligh, mereka lelaki dan ramai.. timbul juga kebimbangan di hati ini.. huhu.. moga usaha dakwah mereka berjaya.. ameen..

Hm2.. sudah 3 perenggan entry ini.. kan ku sudah bilang jika daku menulis sangat sukar berhenti.. huhu.. seperti berbicara di laman maya mungkin.. Aish.. kenapa bicara ana seperti orang sasterawan?? Huhu.. Mungkin sudah terbiasa sebab kadang-kadang bergurau dengan sahabat-sahabat menggunakan bahasa baku dan ala-ala sasterawan.. hihih.. ok la… rasanya setakat ini dahulu.. insyaAllah Nurul sedang berjuhud untuk merajinkan diri membaca buku.. huhu.. ok ye.. jaga diri semua.. moga dalam rahmat Allah selalu.. assalamualaikum…

No comments: