expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

11 June 2012

TEBARAN UKHWAH ^^

Assalamualaikum...

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah taala.. Saya sekarang sedang berehat sebelum menantikan waktu untuk lead usrah jam 3 nanti. Sambil-sambil tu sempat membelek-belek muka buku dan blog sahabat-sahabat tersayang tempat kasih kasihku tertumpah. 

Apabila meneliti setiap muka buku dan blog sahabat-sahabat membuatkan saya sungguh bahagia melihat perjuangan mereka yang masih tidak henti-henti dan dengan perkongsian kami dahulu jugalah menyebabkan diri saya ini juga masih cuba melangkah menyebarkan apa yang kami kongsi di awalnya. sahabat-sahabat bertebaran ke celah-celah kelompok masyarakat dan memberi dengan sebaik mungkin kepada sahabat-sahabat yang lain.

Disitu nilaian ukhwah kami. Ukhwah yang disandarkan kerana aqidah dan perjuangan. Selagimana kaki kami melangkah dalam perjuangan ini selagi itulah ukhwah ini terus berjalan walaupun kami jauh sehingga benua dan banjaran yang memisahkan kami. Saya mengucapkan syukran yang teramat-amat kepada mereka-mereka yang memeperkenalkan kami dengan ukhwah dan perjuangan ini.. Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada Allah swt atas kurniaan ini.

Untuk sahabat-sahabatku yang berada di Ipoh dan juga di United Kingdom.. saya bangga memperoleh sahabat seperti kalian dan moga kita ketemu di pintu jannah nanti.. insyaAllah...

No comments: