expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

31 December 2012

Kerja, UPU dan lain-lain

Assalamualaikum…

Apa khabar kepada semua sahabat yang di kasihi sekalian. Telah lama saya tidak mencoretkan apa-apa disini dan sudah hamper dua bulan saya rasa. Hampir saya terlupa bahawa saya mempunyai blog yang menjadi tempat saya menghibur diri, meluah rasa cetusan idea. Wah ayatnye…

Alhamdulillah Nurul sekarang sudah hampir sebulan menamatkan pengajian Diploma Syariah Undang-Undang di KIPSAS dan sekarang sedang menanti dan menghitung hari dan waktu untuk menyambung ke peringkat ijazah pula. InsyaAllah.. doakan ye teman-teman sekalian.

Jadi apa yang Nurul buat ye sepanjang menyepikan diri daripada dunia maya ini? Bukan di blog saja Nurul menyepikan diri, di “pencicit” bahkan “muka buku” juga. Tapi di muka buku yang berwarna biru tu ade jugak la dua atau tiga kali Nurul update status sikit-sikit. Hm2. Sepanjang menyepikan diri, Nurul sibuk dengan final year Nurul dan menyiapkan thesis nurul dan Alhamdulillah semuanya sudah siap dan resultnye pun udah dapat. Alhamdulillah berjaya menamatkan Diploma Nurul dengan keputusan PNGK yang Alhamdulillah juga. Terima kasih buat semua pensyarah yang banyak membantu dan juga teman-teman yang mendoakan serta keluarga yang tak henti memberi sokongan yang penuh dan jitu.

Lagi.. Nurul sibuk dengan mentarbiyyah diri menjadi anak yang baik serta bakal isteri serta ummi insyaAllah bakal menyusul dan moga dipermudahkan rezeki oleh Allah swt. Nurul sibuk berniaga kuih di waktu pagi dan petang serta menjaga anak buah Nurul di rumah serta membantu mama dan abah Nurul menjaga rumah. Dalam masa ini, Nurul dah banyak belajar memasak dan boleh la kan buat kuih-kuih lama tu sket2 kan.. Alhamdulillah jugak..

Kemudian, Nurul sibuk mencari kerja untuk mencari pengalaman dan juga pendapatan untuk biayai hutang PTPTN dan juga Nurul perlu bayar duit buroq CDD4456 yang merupakan milik family Nurul untuk sementara waktu sebelum Nurul dah kahwin atau sambung study. Alhamdulillah dan insyaAllah juga Nurul bakal bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan semoga itu menjadi peluang buat Nurul untuk timba pengalaman dan member semangat buat Nurul untuk menyambung dalam bidang Syariah Undang-Undang dan bergelar Peguam Syarie insyaAllah…

Sekarang ni Nurul sedang mengusha-ngusha university yang Nurul nak enter dan further Nurul punya study dalam bidang Syariah Undang-Undang. Dan dalam masa yang sama Nurul nak try juga mintak course Pengajian Islam Syariah atau Keunseling Islam as a second choice Nurul.Hm2.. mungkin destinasi seterusnya adalah UKM atau UM atau UIAM atau USIM atau UUM. Kita tengok aje ye yang penting kita merancang dan berusaha yang terbaik. Dan terpulang kepada Allah swt untuk menentukan. InsyaAllah.

Hm2.. beberapa jam lagi akan masuk ke tahun 2013 dan dengan itu Nurul bakal menginjak ke umur 24 tahun jika ikut tahun dan jika ikut bulan tu dan hari tu lagi 16 hari lagi akan berusia 24 tahun. Jadi, harus matang dalam hidup ini dan kehidupan bukan lagi mainan buat Nurul tetapi sesuatu perjalanan bagi kehidupan yang lebih kekal. Hm2.. kahwin.. Kahwin.. teman-teman doakan la yang terbaik ye. Sekarang makin memikirkan untuk create my own life with the babies and my husband too. InsyaAllah semakin bersedia untuk menempuh alam itu. Ape-ape pun doakan sahaja yang terbaik buat Nurul ye.

Okey.. done untuk update bagi akhir waktu untuk tahun 2012 ini. Semoga semua sahabat-sahabat sentiasa di dalam lindungan Allah selalu ye. Amin.. Undur diri dulu… Assalamualaikum..