Assalamualaikum…
Apa khabar kepada semua sahabat yang di kasihi sekalian.
Telah lama saya tidak mencoretkan apa-apa disini dan sudah hamper dua bulan
saya rasa. Hampir saya terlupa bahawa saya mempunyai blog yang menjadi tempat
saya menghibur diri, meluah rasa cetusan idea. Wah ayatnye…
Alhamdulillah Nurul sekarang sudah hampir sebulan
menamatkan pengajian Diploma Syariah Undang-Undang di KIPSAS dan sekarang
sedang menanti dan menghitung hari dan waktu untuk menyambung ke peringkat
ijazah pula. InsyaAllah.. doakan ye teman-teman sekalian.
Jadi apa yang Nurul buat ye sepanjang menyepikan diri
daripada dunia maya ini? Bukan di blog saja Nurul menyepikan diri, di
“pencicit” bahkan “muka buku” juga. Tapi di muka buku yang berwarna biru tu ade
jugak la dua atau tiga kali Nurul update status sikit-sikit. Hm2. Sepanjang
menyepikan diri, Nurul sibuk dengan final year Nurul dan menyiapkan thesis
nurul dan Alhamdulillah semuanya sudah siap dan resultnye pun udah dapat.
Alhamdulillah berjaya menamatkan Diploma Nurul dengan keputusan PNGK yang
Alhamdulillah juga. Terima kasih buat semua pensyarah yang banyak membantu dan
juga teman-teman yang mendoakan serta keluarga yang tak henti memberi sokongan
yang penuh dan jitu.
Lagi.. Nurul sibuk dengan mentarbiyyah diri menjadi anak
yang baik serta bakal isteri serta ummi insyaAllah bakal menyusul dan moga
dipermudahkan rezeki oleh Allah swt. Nurul sibuk berniaga kuih di waktu pagi
dan petang serta menjaga anak buah Nurul di rumah serta membantu mama dan abah
Nurul menjaga rumah. Dalam masa ini, Nurul dah banyak belajar memasak dan boleh
la kan buat kuih-kuih lama tu sket2 kan.. Alhamdulillah jugak..
Kemudian, Nurul sibuk mencari kerja untuk mencari
pengalaman dan juga pendapatan untuk biayai hutang PTPTN dan juga Nurul perlu
bayar duit buroq CDD4456 yang merupakan milik family Nurul untuk sementara
waktu sebelum Nurul dah kahwin atau sambung study. Alhamdulillah dan insyaAllah
juga Nurul bakal bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan semoga itu
menjadi peluang buat Nurul untuk timba pengalaman dan member semangat buat
Nurul untuk menyambung dalam bidang Syariah Undang-Undang dan bergelar Peguam
Syarie insyaAllah…
Sekarang ni Nurul sedang mengusha-ngusha university yang
Nurul nak enter dan further Nurul punya study dalam bidang Syariah
Undang-Undang. Dan dalam masa yang sama Nurul nak try juga mintak course
Pengajian Islam Syariah atau Keunseling Islam as a second choice Nurul.Hm2..
mungkin destinasi seterusnya adalah UKM atau UM atau UIAM atau USIM atau UUM.
Kita tengok aje ye yang penting kita merancang dan berusaha yang terbaik. Dan
terpulang kepada Allah swt untuk menentukan. InsyaAllah.
Hm2.. beberapa jam lagi akan masuk ke tahun 2013 dan dengan
itu Nurul bakal menginjak ke umur 24 tahun jika ikut tahun dan jika ikut bulan
tu dan hari tu lagi 16 hari lagi akan berusia 24 tahun. Jadi, harus matang
dalam hidup ini dan kehidupan bukan lagi mainan buat Nurul tetapi sesuatu
perjalanan bagi kehidupan yang lebih kekal. Hm2.. kahwin.. Kahwin.. teman-teman
doakan la yang terbaik ye. Sekarang makin memikirkan untuk create my own life
with the babies and my husband too. InsyaAllah semakin bersedia untuk menempuh
alam itu. Ape-ape pun doakan sahaja yang terbaik buat Nurul ye.
Okey.. done untuk update bagi akhir waktu untuk tahun 2012
ini. Semoga semua sahabat-sahabat sentiasa di dalam lindungan Allah selalu ye.
Amin.. Undur diri dulu… Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment