expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

26 March 2013

Berhenti Berduka Wahai Hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasih Allah sekalian...

Dah hampir 3 Bulan jugak la saya tak update apa-apa di sini. Kesibukan dengan kerja dan juga melayan perasaan sendiri. Perasaan gembira, duka dan pelbagai lagi. Sehingga membuatkan diri saya lupa bahawa saya punyai blog yang dah lama bersawang ditinggalkan tanpa khabar berita dari empunya blog ini.


Mahu bermadah kata tapi rasa seperti otak ini sudah mulai membeku dan kaku untuk merungkai bait-bait kata. Sudah berkarat agaknya. =). Mahu tidak mahu, saya cuba jugak menaip sesuatu disini. InsyaAllah sedikit curahan rasa dan pengisian yang memberi manfaat kepada pembaca. Mudah-mudahan.

Dalam minggu ini jiwaku asyik berduka. Mungkin juga disebabkan perubahan hormon di dalam diri yang sentiasa berubah-ubah. Dan adakalanya perubahan itu membawa kepada kerosakan pada diri dan hati yang kegersangan dengan iman. Ya Allah moga diampunkan dosa hamba ini yang penuh dosa dan gelap hatinya.

Kadangkala rasa berduka itu datang bukan kerana perbuatan orang lain terhadap diri tetapi ianya adalah mainan perasaan sendiri yang diciptakan oleh emosiku yang tidak stabil ini. Kesannya?? Ya.. Dia dan mereka semuanya bersedih dengan perbuatan dan sikapku yang dingin tak bertempat. Maafkan diriku wahai insan yang ku sayangi. Sehingga pengorbananmu kupandang hanya sebelah mata.

Bukan saya berniat untuk bersikap demikian. Tapi apabila perasaan berduka tak bertempat menguasai diri, segala tindak tanduk menjadi tak kena dan hanya menyebabkan orang lain kecewa. Lalu mula lah dirasakan diri ini useless dan hanya tahu menyusahkan orang lain semata-mata. Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang memberi kegembiraan kepada mahklukMu yang lain.

Entah bagaimana dan apa yang perlu saya lakukan supaya saya dapat mengawal emosi saya tatkala angin monsun ini tiba. Ya Allah.. tolonglah hambaMu ini.. Tidak diminta sikap dan perasaan berduka ini hadir kerana gangguan emosi yang tidak stabil ini. Wahai hati.. berhenti berduka wahai hati... Bergembiralah dan jadikan orang disekelilingmu gembira dengan kehadiranmu.. Maafkan juga wahai Pemilik diri ini akan kata-kataku yang melampaui batas. Gantikanlah hati yang lebih baik buat hambaMu ini. Berikan hati yang tenang dan gembira buatku.. Amin.. (pen OFF)


p/s : Maafkan Ika... =(

No comments: