Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih Maha Penyayang…
Di suatu petang yang damai,
teratak Baitul Muslim milik dua insan. Si isteri menangis tak henti-henti
sehingga hampir meraung. Si suami mula mencari-cari kekuatan untuk memberi
semangat kepada si isteri.
Suami : Sayang.. jangan
menangis.. bersabar dengan dugaan Allah yang diberikan kepada kita..
Isteri : Abang.. Ita rasa sunyi..
Ita cemburu melihat pasangan yang punya anak-anak.. Ita rindu dengan kehadiran
anak disisi kita. Ita rasa Allah tidak berlaku adil dengan kita. Ita rasa Ita
tak nak hidup. Kenapa Allah menyiksa Ita macam ni…
Si suami merenung dalam wajah si
isteri. Nafas ditarik panjang dan kalimah Allah keluar dari bibirnya yang lesu.
Kepalanya ligat berpusing memikirkan cara memujuk isteri yang mulai patah
semangat kerana sejak berkahwin selama 7 tahun masih belum dikurniakan
cahayamata. Sudah dibuat pemeriksaan dan kedua-dua pihak tidak bermasalah.
Hanya kerana Allah mahu menguji hati dan iman hamba-hambaNya. Ternyata
isterinya patah semangat. Isterinya bukan begitu dan dia percaya isterinya
seorang muslimat yang kuat.
Suami : Sayang.. jangan berkata
begitu.. bersabarlah Ita.. Allah berhak menguji hambaNya. Kerana kita adalah
hambaNya dan kita hanya mampu bersabar dan bersangka baik dengan ujian yang
diberikan. Ita jangan berkata begitu ye sayang..
Si isteri makin kuat menangis dan
air mata mencurah-curah ke pipi. Si suami memegang erat tangan si isteri dan
memandang wajah isteri penuh pengharapan agar isteri mula rasional dan sedar
dengan pengucapannya.
Isteri : Abang.. kalau ujian ini
tanda Allah sayang, kenapa Dia menyiksa Ita dengan perasaan ini. Ita tak mintak
untuk diberikan fitrah dan perasaan keibuan ini. Ita jaga ibadah Ita.. Ita jaga
hubungan Ita dengan Allah.. Ita laksanakan semua perintah Dia.. kenapa Dia tak
mahu kabulkan permintaan Ita..
Suami : Ita.. Jangan Ita
menyalahkan Pencipta kita sedemikian rupa. Dimana rasa ikhlas Ita melaksanakan
perintahNya. Dimana rasa redha Ita dengan ketentuan Allah. Ita adalah seorang
muslim yang baik yang abang kenal. Kenapa Ita berfikir begitu. Allah telah
berikan pelbagai nikmat buat Ita tanpa Ita sedar. Dari Ita lahir sampai
sekarang. Allah masih teguhkan kasih sayang abang dengan Ita sampai ke saat ini
walaupun kita tidak dikurniakan Allah dengan cahayamata. Cuba Ita fikir.. Allah
melahirkan Ita ke dunia ini dan Ita telah berjanji sejak sebelum dilahirkan
akan ikut perintah Allah dan menjadi khalifahNya.. Ita tahu kan semua tu?? Ita
jangan salahkan Allah… daripada Ita salahkan Allah, Ita salahkanlah abang yang
tak mampu memberikan kegembiraan kepada Ita sebaiknya. Itu lebih baik Ita.
Abang sayangkan Ita..
Si isteri mula menunduk dan
tersedu-sedu. Mulai rasional sedikit demi sedikit. Si suami menyambung bicara.
Suami : Ita.. bila saatnya tiba
dan kita dikurniakan cahaya mata, saat Itu Ita akan rasa malu dengan kata-kata
Ita sebelum ini yangf menyalahkan Allah. Ita ingat tu.. Jangan berkata tidak
baik begitu.. Abang sentiasa ada disisi Sayang.
Isteri : Abang… Maafkan Ita.. Ita
tak berniat lukakan hati abang.. Ita rasa penat dengan ujian ini.. hati Ita
sakit.. Ita rasa lemah nak hadapinya.. Maafkan Ita..
Suami : Ita tak salah dengan
abang.. Hurmm.. mungkin Ita jadi macam ni sebab ibadah kita kurang..
pergantungan kita kurang dengan Allah.. Ita.. lepas ni kita kuatkan hati dan
iman kite ye.. Kuatkan pergantungan dengan Allah.. Ita janji dengan abang ye..
Jangan menyalahkan Allah lagi… Jangan buat hati abang susah lagi.. Kita tempuhi
ujian Allah bersama-sama. InsyaAllah.. Boleh ye Sayang??
Isteri : Baik abang… Ita malu
dengan Allah apa yang Ita cakap tadi…
Allah.. Iman Ita lemah abang…
Si suami memandang mata isterinya
yang mula membengkak… Diseka air mata si isteri.. Hatinya masih risau dengan
keadaan isterinya.. Si suami berazam akan menjaga iman dan akidah si isteri
sebaik mungkin kerana sayang bukan kerana fizikal si isteri tetapi sayang si
suami hingga akhirat isterinya jua. Dalam diam si suami juga berdoa agar
dikuatkan imannya untuk membimbing si isteri agar menjadi isteri yang solehah..
Isteri : Abang… terima kasih atas
kasih sayang abang..
Si suami hanya tersenyum dan
mengangguk sambil menenangkan si isteri yang menahan sedu..
Si isteri mulai sedar Allah telah
kurniakan seorang suami yang baik buat dirinya dan bersitighfar panjang. Isteri
mulai berazam untuk kembali kepada Allah dan memelihara iman dan akidahnya. Di
benaknya terlintas Ayat 7 surah Ibrahim. “Sekiranya kamu bersyukur, akan Aku
tambahkan nikmat ke atasmu.. Sekiranya kamu kufur maka tunggulah azab yang akan
ditimpakan ke atasmu”.. Si isteri menangis dan memohon ampun kepadaNya sambil
mengharapkan Allah memberkati kehidupan suaminya. Terima kasih ya Allah.
Moral of the story:
- Ujian bukanlah untuk menyiksakan bahkan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih untuk mengingkatkan keimanannya.
- Menjadi seorang suami bukanlah bertanggungjawab menjaga zahir isterinya dan juga keperluan batinnya, bahkan menjaga iman dan membimbing isterinya.
- Bersyukur dengan apa yang Allah kurnikan kepada kita walaupun sedikit nikmat yang diberikan.
- Sayangi pasangan untuk dunia dan akhiratnya juga…
No comments:
Post a Comment