Assalamualaikum…. Semua sihat?
InsyaAllah Ika doakan semuanya sihat Alhamdulillah ye. Ika kat tempat keje ni..
hehe.. ambil masa sket nak update blog.. huhu.. ini bukan curi tulang, tapi
mengisi masa yang ada untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat dan adik-adik yang
disayangi sekelian.
Ika bukanlah seorang yang punyai
pengalaman yang banyak mengenai kehidupan. Tetapi hanya ingin berkongsi
mengenai sesuatu yang mungkin membantu sahabat-sahabat di luar sana. Tarikh
permohonan UPU bakal melabuhkan tirainya pada 14 April ini. Adakah adik-adik
semua dah membuat pilihan yang tepat?
Dulu, ika pernah membuat
permohonan UPU selepas SPM pada tahun 2006 dan Alhamdulillah ika dapat course
pengajian yang Ika nak. Tapi dah ketetapan Allah ika keluar dari Matrik UIAM
dan masuk maktab.. dan sekarang…. I’m here continue my life after the nightmare
yang dah berlaku pada ika. Ika GAGAL untuk meneruskan pengajian di maktab.
Hm2.. But.. it’s ok and I’m still countinue my life happily and I know that
Allah dah tetapkan jalan ika macam ni and Ika bersyukur dengan jalan yang Allah
atur ini sebab ika dapat belajar banyak benda dan pengalaman yang mematangkan
ika dalam hidup ni.. hehe.. matang ke saya?? InsyaAllah.. tapi tak semua
perkara la…^^
Dalam perjalanan ke tempat keje
tadi, sempat lah berborak-borak dengan akak kat sebelah (teman sekerja) tentang
pemilihan course pengajian ni. Hm2.. Kalau kita imbau kembali zaman kita nak
mohon UPU lepas SPM dulu kan, agak2 nye kenapa kite pilih kursus pengajian tu
ye?? Ni spesel question untuk yang seangkatan dengan Ika la.. hehe.. Ika dulu
pilih nak amek kursu Syariah Undang-Undang tau. Kenapa ye?? Seingat Ika sebab
Ika nak tegakkan Undang-Undang Islam, then ika nak jadi orang yang arif dalam
politik Islam, Ika nak jadi peguam, Ika rasa jadi peguam syarie ni sesuai
dengan watak Ika yang serius ni. Yang simple, yang sangat-sangat mementingkan
fakta, yang suke pakai baju dua warna
je(hehe.. ye tak tu..). Dan lagi satu, waktu sekolah dulu Ika ni memang pelajar
yang mengikut undang-undang walaupun bukan pengawas, waktu kat KISAS dulu
selalu didedahkan dengan masalah sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia
yang huru-hara. Dan lagi satu, ika geram bila ade yang cakap hudud ni ganas!!
Yang cakap tu orang Islam sendirik plak tu.. Haih!!.. May Allah Bless You..
So, sebab tu la ika pilih Syariah
Undang-Undang pada mulanya, waktu zaman tengah terpinga-pinga dengan kehidupan
sebenar. Biase la.. baru pas habis sekolah lagik… hehe.. Then, Ika dapat TESL
yang mana actually ika tak berapa minat tapi disebabkan Ika ni memang tak tahu
menahu sangat tentang pilihan sendiri, so I just follow the flow… dimana orang
pilih untuk ika, disitu la ika pegi.. sangat tak de pendirian.. Huhu.. Itu
selepas sekolah la.. tapi ika masih simpan lagi niat nak sambung syariah
undang-undang tu. Ika tak tahu pun yang TESL tu program oversea.. hak hak
hak!!.. Dan sangat-sangat tak berniat nak pegi oversea.. hik hik hik.. Ika cume
menurut kata orang-orang disekeliling ika.. because I don’t know how to make my
own decision.. Huhu… ( sangat menyedihkan) Then, dengan takdir Allah ika tak
dapat sambung TESL dan pegi oversea. Ika nangis bukan sebab sedih tak dapat
sambung tapi sedih sebab mama dan abah ika.. Hm2.. Kalau boleh ika ni just nak make
my parents happy je… Tak kisah la kalau impian sendiri tak tercapai. Kalau
dapat gembirakan mak ayah pun dah sangat-sangat gembirakan ika ni. But then,
ika suke jugak la sebab tak payah sambung TESL.. ade juga la sedikit kelegaan
tapi tak bermakna ika tak usaha tau untuk TESL tu.. I’v learnt lots there.. And
thank you for those yang dah bantu ika ni untuk minat English.. hehe.. Ika
memang minat dah English dan sangat suke nyanyi lagi Bruno Mars sebab suke
sebut2 perkataan omputih tu sampai terbelit lidah..Mungkin ika ni tak sesuai
jadi teacher kot.. jadi Allah berikan yang lebih baik.. Huhu.. Tapi sedih sebab
fikir aku nak sambung belajar mane plak ni?? Dipendekkan cerite ika diilhamkan
Allah dan ditakdirkan Allah untuk sambung Syariah Undang-Undang Di KIPSAS.
Sekarang ni ika tengah usaha untuk mohon sambung degree plak.. Maknanya ni kali
kedua la ika mohon UPU.. (bertuahnye..^^).
Ika sangat berharap dapat sambung
Syariah Undang-Undang Di Universiti Malaya. Ika mohon juga kat UKM, USIM,
UNISZA.. Tapi I prefer untuk masuk UM sebab bagi ika kat situ cabaran lagi
banyak kot. Kat mane-mane tempat pun ade cabaran, cume Ika nak masuk UM jugak..
hehe.. nak tengok situasi baru.. UKM ramai sangat dak KIPSAS.. Hehehe…
UNISZA just like KIPSAS jugak… USIM plak
memang dah ade iklim dinni kat situ.. Ika nak keluar dari kepompong dan nak uji
diri dan cube survive kat tempat yang lagi survival dan bagi ika UM adalah
tempatnye.. hehe.. Lagipun UM la tempat mula-mula kebangkitan mahsiswa
berlaku.. Kan2?? Hehe.. kalau salah betulkan eik.. Dan sekarang ika pilih nak
sambung Syariah Undang-Undang bukan lagi disebabkan personality, popularity,
atau hanya semangat semata-mata. Alhamdulillah ika belajar sket-sket dengan
pengalaman bekerja di Firma Guaman Syarie untuk dapatkan kefahaman tentang
bidang perundangan Islam ni. Ika pilih bidang ni sebab keperluan ummah dan ika
rasa ika ada kelebihan dalam bidang ini. Ika dah tahu matlamat ika dan Alhamdulillah
tahu membuat keputusan sendiri dengan bantuan Allah swt. Ika menuntut ilmu dalam bidang ini dengan hati
dan seluruh kehidupan ika. Bukan semata-mata gelaran peguam syarie yang popular
dan juga hasil yang lumayan. Tapi semata-mata untuk menegakan Undang-Undang
Allah dan membantu untuk memahamkan masyarakat tentang hukum-hakam dan juga
hikmah Allah hadirkan syariat itu kepada umat manusia. (tibe-tibe ayat ika jadi
sangat formal dan serius..-_-!!). Ika juga nak bantu mereka-mereka yang
teraniaya dari segi hak mereka tak kira lelaki atau perempuan kerana
kedua-duanya berpeluang membuat kesilapan. Bak kata lecturer ika, ini adalah
fisabillah.. duit nombor dua. Tak tahu kenapa ika ni tak pandang sangat duit ni
asalkan apa ika buat tu yang Allah redha.
Ok2… dah panjang melebar ni.. tu
hanya pengalaman ika.. dan ika cume nak nasihatkan adik-adik dan sahabat yang
bakal membuat pilihan nak sambung belajar tu, buat pilihan sebaiknya ye.. Tanya
diri sendiri kenapa memilih sesuatu kursus tu. Bukan sebab mudah, sebab dapat
pi oversea, sebab popularity, sebab minat semata-mata atau sebab KAWAN atau
BuayaFriend atau GeliFriend anda!!.. Hak hak hak!!. Pilih kerana anda tahu apa
matlamat anda, apa yang anda ingin sumbangkan dengan membuat pilihan tersebut
kepada Ummah dan pilih sesuatu menurut pandangan Allah.. InsyaAllah Ika atau kak ika doakan semoga urusan anda
dipermudahkan Allah.. Yang adik-adik
lepas SPM dan STPM tu rajin-rajin la jumpe dengan kaunselor untuk bantu anda
buat pilihan. Pegi bilik kaunseling tak bermakna anda bermaalah. INGAT TU!!! Penting untuk adik-adik tahu tentang kelebihan
dan keupayaan adik-adik. Akak cadangkan agar adik-adik buat research dulu
tentang sesuatu Kursus Pengajian sebelum buat pilihan dan hantar boring UPU tu
ye… hehe…
Ape-ape pun Ika harap semua dapat
doakan ika eik?? Ika harap dapat sambung UM tu.. tapi ika redha kalau Allah
beri yang lain sebab mungkin itu yang terbaik untuk hambaNya ini.. kan2?? Dan seblum berserah tu kene doa dan usaha
dulu la eik…
Ok la.. sampai sini dulu la ye
semuanya… hehe… bye… Wassalam…
P/s : Ika rase kat sekolah kena buat
lagi banyak program tentang pendedahan
kerjaya dan juga program-program pengajian yang bersesuai kepada pelajar sekolah.. kasi bukak sket
minda pelajar tersebut… kan2?? Hehe.. Dan tambah juga dengan pengisian tentang
mengenali dan mencorak personality diri menurut Islam yang betul untuk budak2
ni.. hm2.. TERBAIK!!!
No comments:
Post a Comment