expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

12 April 2013

Bahagia Bila Diuji


Assalamualaikum kepada semua teman-teman yang diberkati Allah sekalian..

Saya mulakan dengan sekeping doa..

“Ya Allah ampunkan dosaku.. ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. ampunkan dosa adik-beradikku.. ampunkan dosa kaum kerabatku.. ampunkan dosa guru-guruku.. ampunkan dosa sahabat-sahabatku.. ampunkan dosa seluruh umat islam di dunia ini.. amen”

Sahabat-sahabat tersayang..

Mesti kalian biasa mendengar ujian itu tanda Allah sayang.. ujian itu kerna Allah mahu memberikan pahala dan pelbagai lagi hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan kepada hambaNya yang dicntai dan dikasihi.. Dan kita sebagai manusia sememang sukar untuk menjadikan ujian itu sesuatu yang membahagiakan kerana kebiasaannya ujian yang datang itu membuatkan hati terasa sakit, mata mengalirkan air mata dan datangnya ia membuatkan kita dilanda kesedihan dan adakala juga membuatkan kita menyalahkan Allah... nauzubillah…

Saya tertarik untuk mengingatkan diri saya dan juga teman-teman bahawa ujian itu sebenarnya membahagiakan bagi mereka yang berfikir dengan akal yang waras dan juga iman di dada. Adakalanya kita sering terlupa apabila kita mencapai kebahagiaan, kegembiraan yang Allah berikan dan juga mungkin impian kita dikabulkan Allah dan kita fikir itu lah kenikmatan yang paling berharga. Sedangkan apabila kegembiraan itu datang, kita lagi perlu memperkuatkan safety kepada iman kita kerana manusia ini diciptakan dengan sifat lemah dan pelupa. Semakin diberikan nikmat semakin perlunya safety pada diri kita daripada godaan syaitan kerana pada waktu kita gembira, kita lupa siapa musuh kita. Kita fikir kegembiraan yang kita terima adalah segala-galanya. Sedangkan makhluk yang bernama syaitan itu sedang tersenyum dan merancang sesuatu untuk menggoda di saat iman kita lemah.



Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya tentang ganjaran pahala bagi orang yang dalam diuji dan juga orang yang dipermudahkan. Pensyarah tersebut berkata, pahala orang yang mengantuk di dalam kelas itu lebih ganjarannya berbanding orang yang segar bugar di dalam kelas. Saya terkasima. Bagaimana begitu? Pensayarah itu menyambung lagi. Apabila orang itu mengantuk dan cuba memaksa diri untuk ke majlis ilmu, mereka terpaksa berhadapan dengan ujian dan godaan syaitan supaya tidak ke kelas dan mereka berjaya menghadapinya dengan susah payah sekali. Kesusahan yang dihadapinya itulah ujian Allah yang meningkatkan darjatnya tanpa kita sedar. Bagi orang yang segar bugar di kelas, Allah tidak mengujinya dan dia tidak berasa susah untuk hadir ke kelas. Dia mendapat pahala menghadiri majlis ilmu tetapi dia tidak diuji dengan kesusahan yang mana itu merupakan satu advantage kepada kita sebagai seorang hamba. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya dan ujian itu tanda ampunan Allah dan juga sayang Allah. Saya tersenyum dan saya tahu orang yang diuji itu adalah lebih disayangi sekiranya kita melihat mengikut pandangan Allah. Bahagianya!!

Namun, sukar bukan untuk kita melihat dari sudut pandangan ilahi? Kerana itu lah kita harus sentiasa diingatkan bahawa ujian itu bukanlah menyiksakan bahkan adalah untuk keampunan. Bestnye!!




Tak dinafikan saya sangat cemburu melihat teman-teman yang sudah bernikah dan sudah beberapa kali saya menitiskan air mata. Kerana apa? Kerana saya tahu perkahwinan itu menjaga maruah dan nafsu syahwat serta gedung pahala. Buat diri ini yang penuh dosa, saya sangat takut dengan cabaran dan godaan syaitan yang menyuruh pemuda-pemudi melakukan maksiat. Saya khuatir apabila melihat di media-media banyak sungguh program yang menggalakkan maksiat sehingga kebimbangan saya akan terjebak membuatkan saya takut dan risau. Imanku ini hanya senipis bawang.. imanku ini hanya sekecil kuman.. imanku ini mudah dirobekkan.. kerna aku bukanlah Rabiatul Adawiyah.. Yang hanya mengabdikan diri kepada Allah.. Saya takut saya mati dalam keadaan saya pelaku maksiat.. Nauzubillah.. Dunia akhir zaman ini fitnahnya bangun tanpa dikejut dan tanpa dibantu.. Saban hari saya menangis kebimbangan.. bagaimana harusku pelihara maruah dan iman.. Dan saya juga turut ingin bernikah untuk menjaga iman.. Namun, Allah uji dengan halangan manusiawi yang saya tidak mampu mengawalnya.. Manusiawi yang menyatakan “kalau mahu berkahwin mesti ada wang.. mesti ada rumah..” Saya terkasima.. Bagaimana dengan imanku??? Tiada siapa yang memikirkannya.. Kerana iman itu bukanlah barang berharga di akhri zaman ini..  Di akhir zaman ini, orang hanya mampu bicara tentang iman, ihsan, islam dan sebagainya.. tetapi matanya tidak dapat melihat dan merasa itu semua.. Yang dinampaknya hanya wang dan harta.. benar kan??

Lantas saya berfikir tentang ujian itu tanda keampunan.. Membuatkan saya rasa Allah sayang akan hambaNya. Ya.. mereka yang berkahwin itu sudah mendapat pahalanya, sudah terjaga iman dan maruahnya. Namun satu perkara yang menjadi hak milik manusia sepertiku adalah, kasih sayang Allah, keampuanan Allah yang kekal sepanjang diri teruji sekiranya diri bersabar. Indah bukan?? Setiap kali hati sakit, ingatan hanya pada Allah. Kerna fitrah kita manusia hanya akan mudah mengingati Allah saat teruji dan mudah leka apabila diebri nikmat. Maka bersyukurlah bila diuji.

Itu cerita saya. Saya tahu ada adik-adik saya yang sedang belajar sering kecewa apabila usahanya di dalam pelajaran selalu sahaja kecundang. Apabila beliau mendapat keputusan, seringkali diutuskan pesanan kepada saya bahawa dia sedih dan kecewa kerana tidak berjaya seperti teman-teman yang lain. Saya katakana disini. Dik, kamu beruntung kerana diuji kerana Allah sedang mengampunkan dirimu. Kejayaan di dunia hanyalah untuk membuatkan manusia melihatnya. Namun keampunan dan kasih sayang Allah akan membuatkan Allah memandangmu tiap masa. Mana yang kamu pilih? Maka bersabarlah… saya mendoakan adik tersebut berjaya dalam pelajarannya.

Maka sahabat-sahabatku.. bahagialah bila diuji… =) 

4 comments:

Anonymous said...

ngalaika,trima ksih kak...article nie sngt mnyntuh hti sya..smpai jtuh b'cucurn butir2an mutiara d mta nie.. trim ksih buat sya sdar dan b'sykur dgn ujian ALLAH...:')

Anonymous said...

mh0n izin c0py utk letak d fb..hrap ble ya..

Nurul Atika Rosli said...

Silakan di copy.. =)

mummy said...

syukran...