Assalamualaikum kepada semua
teman-teman yang diberkati Allah sekalian..
Saya mulakan dengan sekeping
doa..
“Ya Allah ampunkan dosaku..
ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. ampunkan dosa adik-beradikku.. ampunkan dosa
kaum kerabatku.. ampunkan dosa guru-guruku.. ampunkan dosa sahabat-sahabatku..
ampunkan dosa seluruh umat islam di dunia ini.. amen”
Sahabat-sahabat tersayang..
Mesti kalian biasa mendengar
ujian itu tanda Allah sayang.. ujian itu kerna Allah mahu memberikan pahala dan
pelbagai lagi hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan kepada hambaNya yang
dicntai dan dikasihi.. Dan kita sebagai manusia sememang sukar untuk menjadikan
ujian itu sesuatu yang membahagiakan kerana kebiasaannya ujian yang datang itu
membuatkan hati terasa sakit, mata mengalirkan air mata dan datangnya ia
membuatkan kita dilanda kesedihan dan adakala juga membuatkan kita menyalahkan
Allah... nauzubillah…
Saya tertarik untuk mengingatkan
diri saya dan juga teman-teman bahawa ujian itu sebenarnya membahagiakan bagi
mereka yang berfikir dengan akal yang waras dan juga iman di dada. Adakalanya
kita sering terlupa apabila kita mencapai kebahagiaan, kegembiraan yang Allah
berikan dan juga mungkin impian kita dikabulkan Allah dan kita fikir itu lah
kenikmatan yang paling berharga. Sedangkan apabila kegembiraan itu datang, kita
lagi perlu memperkuatkan safety kepada iman kita kerana manusia ini diciptakan
dengan sifat lemah dan pelupa. Semakin diberikan nikmat semakin perlunya safety
pada diri kita daripada godaan syaitan kerana pada waktu kita gembira, kita
lupa siapa musuh kita. Kita fikir kegembiraan yang kita terima adalah
segala-galanya. Sedangkan makhluk yang bernama syaitan itu sedang tersenyum dan
merancang sesuatu untuk menggoda di saat iman kita lemah.
Saya teringat kata-kata seorang
pensyarah saya tentang ganjaran pahala bagi orang yang dalam diuji dan juga
orang yang dipermudahkan. Pensyarah tersebut berkata, pahala orang yang
mengantuk di dalam kelas itu lebih ganjarannya berbanding orang yang segar bugar
di dalam kelas. Saya terkasima. Bagaimana begitu? Pensayarah itu menyambung
lagi. Apabila orang itu mengantuk dan cuba memaksa diri untuk ke majlis ilmu,
mereka terpaksa berhadapan dengan ujian dan godaan syaitan supaya tidak ke
kelas dan mereka berjaya menghadapinya dengan susah payah sekali. Kesusahan
yang dihadapinya itulah ujian Allah yang meningkatkan darjatnya tanpa kita
sedar. Bagi orang yang segar bugar di kelas, Allah tidak mengujinya dan dia
tidak berasa susah untuk hadir ke kelas. Dia mendapat pahala menghadiri majlis
ilmu tetapi dia tidak diuji dengan kesusahan yang mana itu merupakan satu
advantage kepada kita sebagai seorang hamba. Allah menguji mengikut kemampuan
hambaNya dan ujian itu tanda ampunan Allah dan juga sayang Allah. Saya tersenyum
dan saya tahu orang yang diuji itu adalah lebih disayangi sekiranya kita
melihat mengikut pandangan Allah. Bahagianya!!
Namun, sukar bukan untuk kita
melihat dari sudut pandangan ilahi? Kerana itu lah kita harus sentiasa
diingatkan bahawa ujian itu bukanlah menyiksakan bahkan adalah untuk keampunan.
Bestnye!!
Tak dinafikan saya sangat cemburu
melihat teman-teman yang sudah bernikah dan sudah beberapa kali saya menitiskan
air mata. Kerana apa? Kerana saya tahu perkahwinan itu menjaga maruah dan nafsu
syahwat serta gedung pahala. Buat diri ini yang penuh dosa, saya sangat takut
dengan cabaran dan godaan syaitan yang menyuruh pemuda-pemudi melakukan
maksiat. Saya khuatir apabila melihat di media-media banyak sungguh program
yang menggalakkan maksiat sehingga kebimbangan saya akan terjebak membuatkan
saya takut dan risau. Imanku ini hanya senipis bawang.. imanku ini hanya
sekecil kuman.. imanku ini mudah dirobekkan.. kerna aku bukanlah Rabiatul
Adawiyah.. Yang hanya mengabdikan diri kepada Allah.. Saya takut saya mati
dalam keadaan saya pelaku maksiat.. Nauzubillah.. Dunia akhir zaman ini
fitnahnya bangun tanpa dikejut dan tanpa dibantu.. Saban hari saya menangis
kebimbangan.. bagaimana harusku pelihara maruah dan iman.. Dan saya juga turut
ingin bernikah untuk menjaga iman.. Namun, Allah uji dengan halangan manusiawi
yang saya tidak mampu mengawalnya.. Manusiawi yang menyatakan “kalau mahu
berkahwin mesti ada wang.. mesti ada rumah..” Saya terkasima.. Bagaimana dengan
imanku??? Tiada siapa yang memikirkannya.. Kerana iman itu bukanlah barang
berharga di akhri zaman ini.. Di akhir
zaman ini, orang hanya mampu bicara tentang iman, ihsan, islam dan sebagainya..
tetapi matanya tidak dapat melihat dan merasa itu semua.. Yang dinampaknya
hanya wang dan harta.. benar kan??
Lantas saya berfikir tentang
ujian itu tanda keampunan.. Membuatkan saya rasa Allah sayang akan hambaNya.
Ya.. mereka yang berkahwin itu sudah mendapat pahalanya, sudah terjaga iman dan
maruahnya. Namun satu perkara yang menjadi hak milik manusia sepertiku adalah,
kasih sayang Allah, keampuanan Allah yang kekal sepanjang diri teruji sekiranya
diri bersabar. Indah bukan?? Setiap kali hati sakit, ingatan hanya pada Allah.
Kerna fitrah kita manusia hanya akan mudah mengingati Allah saat teruji dan
mudah leka apabila diebri nikmat. Maka bersyukurlah bila diuji.
Itu cerita saya. Saya tahu ada
adik-adik saya yang sedang belajar sering kecewa apabila usahanya di dalam
pelajaran selalu sahaja kecundang. Apabila beliau mendapat keputusan,
seringkali diutuskan pesanan kepada saya bahawa dia sedih dan kecewa kerana
tidak berjaya seperti teman-teman yang lain. Saya katakana disini. Dik, kamu
beruntung kerana diuji kerana Allah sedang mengampunkan dirimu. Kejayaan di
dunia hanyalah untuk membuatkan manusia melihatnya. Namun keampunan dan kasih
sayang Allah akan membuatkan Allah memandangmu tiap masa. Mana yang kamu pilih?
Maka bersabarlah… saya mendoakan adik tersebut berjaya dalam pelajarannya.
Maka sahabat-sahabatku..
bahagialah bila diuji… =)
4 comments:
ngalaika,trima ksih kak...article nie sngt mnyntuh hti sya..smpai jtuh b'cucurn butir2an mutiara d mta nie.. trim ksih buat sya sdar dan b'sykur dgn ujian ALLAH...:')
mh0n izin c0py utk letak d fb..hrap ble ya..
Silakan di copy.. =)
syukran...
Post a Comment