expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

14 August 2018

CARA DAPATKAN PROSEDUR RAWATAN KESUBURAN HOSPITAL KERAJAAN

Assalamualaikum warga dunia siber..

Saya ada join group Doakan Kami Hamil 2015 dan juga group support untuk PCOS Malaysia di facebook dan Alhamdulillah banyak sangat ilmu dan bantuan yang saya dapat melalui group support tu dalam tempoh usaha untuk mendapatkan zuriat.  Tapi tak kurang juga banyak pertanyaan tentang macam mana nak mulakan prosedur rawatan kesuburan? Ade yang tanya tu yang dah TTC bebrapa tahun dah. Kerugian jugak la bila kita start lambat kan... sebab kita tak tahu apa masalah dan cara nak merawat kenapa kita sukar dapat zuriat. 



Ok.. untuk dapatkan rawatan kesuburan ni ada dua tempat iaitu sama ada nak dapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau nak dapatkan rawatan di klinik atau Hospital Swasta. Boleh pilih mana-mana ya. Tapi dua-dua ade kekurangan dan kelebihannya la. Untuk swasta, memang proses dia cepat dan kita tak perlu nak menunggu untuk step demi step yang kita kena tempuh sepanjang proses rawatan tu. cumanya, akan melibatkan kos yang tinggi sebab nama pun swasta kan. =). Kalau memang berkemampuan, boleh lah start rawatan kesuburan di hospital swasta. Lagi satu kalau hospital swasta ni tak ade la syarat perkahwinan perlu satu tahun dan ke atas baru boleh buat rawatan kan. Untuk hospital kerajaan pulak, proses dia memang agak lambat sebab ramai yang prefer untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan sebab kos yang jauh lebih murah. Cuma kena beratur je la.. Que memang panjang. So untuk entry ni, saya cuma fokus rawatan kesuburan di Hospital Kerajaan sahaja sebab saya pun memang proceed rawatan di hospital kerajaan iaitu Hospital Putrajaya. Saya cuma pernah scan TVS untuk kenal pasti punca sukar untuk hamil di Klinik Pakar Dr Hamid Arsyad. Sekali scan RM70 tak termasuk ubat. Nama pun swasta kan.. hehe..

ok.. jom start.. Saya akan share step by step untuk dapatkan rawatan kesuburan di hospital kerajaan dan untuk dapatkan rawatan ni biasenye mereka akan terima bagi pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh setahun dan ke atas yang masih belum dikurniakan zuriat. Tapi saya tak pasti jika ada yang menerima bagi pasangan yang kurang daripada setahun atau mesti lebih daripada setahun atau macam mana. Boleh hubungi dahulu hospital kerajaan yang anda ingin di rujuk tu ye.

LANGKAH PERTAMA

Ok, untuk step yang pertama sebelum dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang terdekat dengan anda, adalah dapatkan surat rujukan atau refer letter daripada Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Kerajaan yang berhampiran. Anda boleh tanya dengan pegawai yang menjaga kaunter di klinik jika tak pasti proses nak dapatkan surat tu macam mana. Tapi macam saya sendiri, saya ke Klinik Kesihatan Sg Besi yang mana berhampran dengan rumah saya dan kemudian ambil no giliran untuk jumpe dengan Doktor. So, memang kena jumpa dengan doktor dulu sebab doktor tu akan cek dulu history background kita. Jadi anda kena pastikan anda tahu tarikh LMP atau tarikh hari pertama anda period yang latest dan maybe doktor akan tanye juga macam mana keadaan period atau haidh kite. Teratur ke tak.. simptom-simptom yang berkaitan.. pernah pregnant ke tak.. pernah gugur ke tak.. ada sejarah kena operate ke atau macam mana.. kemudian kalau okay, doktor tu akan bagi la surat untuk kita direfer ke bahagian Pakar Sakit Puan atau bahagian Gyneceology untuk rawatan lanjut. Macam saya, saya mintak di refer ke Hospital Putrajaya sebab pernah operate untuk Ectopic Pregnancy atau Kehamilan Luar Rahim di situ. Kiranya saya ni bekas patient kat hospital situ dan senang sikit la kan sebab hospital dah alert pasal masalah saya ni. 

LANGKAH KEDUA

Bila dah dapat surat rujukan daripada Klinik Kesihatan Kerajaan, terus bawa surat tersebut ke hospital kerajaan yang ingin dirujuk atau yang kalau dalam surat tu dah tulis hospital yang perlu dirujuk, boleh ke tempat tersebut. Jangan simpan-simpan tau surat tu. Sebabnya lagi lama kita tangguh untuk daftar bagi rawatan kesuburan ni, lagi lambat la nak dapat date untuk first appoinmnet. Pengalaman diri sendiri, lepas dapat surat tum terus ke Hospital Putrajaya bahagian OnG tu dan nurse ambil darah untuk cek hormon. Maybe setiap hospital, prosedur dia lain-lain untuk part ni. Tapi yang penting kena bawa surat tu ke Hospital Kerajaan untuk pendaftaran dan dapatkan tarikh untuk first appoinment. 


STEP SELANJUTNYA

Okay untuk step selanjutnya ni, just follow sahaja tarikh-tarikh untuk appointment bagi rawatan kesuburan anda. Biasenye untuk first appoinment tu dalam sebulan jugak la daripada hari kita hantar surat tu ke hospital. Tapi tunggulah dengan sabar ye.. jangan merungut.. hehe.. emosi terganggu pun tak bagus untuk TTC.. Biasenye untuk first appoinmnet doktor akan cek dan buat Tranvaginal Scan atau TVS atau senang nak faham scan ikut bawah untuk tengok keadaan rahim dan juga ovari. Doktor akan tanya balik macam mana dengan cycle period kita, berat badan, kekerapan bersama, suami merokok ke tak dan lain-lain yang berkenaan. Macam saya, saya dah tahu saya ada masalah PCOS lepas pergi scan dekat Klinik Dr hamid Arsyat dan saya dah start jaga makan dan buat research tentang PCOS. So i know what PCOS is dan juga antara treatment-treament untuk PCOS ni. Maybe juga lepas first appoinmnet tu Doktor suruh kita cek hormon pada CD 2 dan CD 21 untuk tengok hormon Progestron dan LH dalam badan kite. Untuk treatment seterusnya, semua adalah berdasarkan apa masalah yang kita hadapi. Setiap orang tak sama.

InsyaAllah next entry saya akan share ape treatment yang saya dah jalani untuk setakat ni. Untuk rujukan anda semua insyaAllah. Oh ye.. untuk bayaran setiap kali jumpe pakar hanyalah RM5 setiap sesi. Sebab jumpe pakar kan.. kalau tak RM1 je.. hehe.. Saya buat scan HSG baru ni kena RM1 je berbanding swasta ade sampai beratus-ratus. Cuma cepat je la kan.. InsyaAllah saya akan share juga pasal HSG tu nanti. Doakan saya rajin update ye.. =)

saya doakan anda yang sedang ber TTC dikurnikan zuriat yang soleh dan juga diberikan kesabaran dalam menempuhi ujian zuriat ini. =)

bye... assalamualaikum..

I'M BACK (UPDATE DIRI SENDIRI)


Assalamualaikum.. MasyaAllah.. tak tahu la dah berzaman-zaman kot tinggal dunia blog yang pernah saya ciptakan sejak tahun 2008 ni.. 10 tahun dah rasenye kan? Jarang sangat dah nak menulis sejak dah berkahwin dan bertambah umur. Mungkin kerana zaman sekarang semua orang termasuk diri saya sendiri banyak menghabiskan masa dengan sosial media seperti Facebook, Instagram, Wassup dan sebagainya.. adakah blog sudah tidak lagi relevan pada zaman sekarang? Masing-masing jawab la ye,,

Alhamdulillah terlalu banya perkembangan diri sendiri yang tak di update di ruangan blog ku innih. Entah ade yang baca entah kan tidak.. tak mengape lah..sekurang-kurang boleh mengisi masa yang masih ada ini untuk kembali menulis dan mengembalikan nostalgia zaman-zaman muda yang sangat rajin menulis. 

Jika dulu Cik Nurul Islam banyak menulis tentang dunia belajar, ujian diri dia sendiri, bab hati,perasaan dan perkara yang berkaitan dengan jiwa seorang yang masih mencari jati diri atau mungkin usia emas di mana kita semua sedang mencari arah untuk membentuk diri kita ni macam mana. Sekarang, Puan Nurul Islam sudah mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas dan sedikit sebanyak cara berfikir dan bertindak juga sudah mulai berubah dan moga perubahan itu menghala ke arah yang lebih baik insyaAllah.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. update terkini tentang diri ini.. Pada 28 Juun 2018 yang lepas saya telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan walaupun saya masih belum mendapat tempat untuk chambering dan kalau ada orang suruh bawak kes pun memang den tak berani lagi nak bawak hak orang melainkan hanya untuk dapatkan beberapa nasihat yang mungkin membantu. Saya pun tak sangka lulus exam untuk tauliah ni sebab kita mohon hanya sekadar untuk dapatkan pengalaman dan nak tahu selok belok macam mana nak mohon. Tapi, jangan kufur nikmat. Itu semua rezeki. Sekurang-kurang satu hajat dan impian telah tercapai iaitu bergelar Peguam Syarie walaupun tidak lah daku berani untuk beramal lagi tanpa pengalaman dalam bidang ini. 

Seterusnya, saya baru sahaja tamat pengajian bagi Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam di UKM dan insyaAllah akan berkonvo buat kali ketiga pada 13 November 2018. Mungkin kah akan ade konvo yang ke empat, kelima pula? Kita sama-sama nanti kan. Bab sambung diploma ni pun ada ramai yang keliru. kan dah sambung degree, kenapa pi sambung diploma balik? Haaa.. lepas tu saya kena explain la semua sekali dari A to Z. InsyaAllah saya akan kongsikan tentang DAIJ atau Diploma Pascasiswazah Pentadbiran kehakiman dan Guaman Islam UKM ni jika di izinkan Allah. InsyaAllah akan update juga tentang cara nak mohon tauliah peguam syarie bagi Wilayah Persekutuan ni ya.. doakan saya rajin selalu untuk update blog.. Saya malas nak share dekat Facebook sebab terlalu open untuk di update di situ. So, kalau awak terjunmpa dengan blog saya ni, dan jumpa plak post pasal tauliah peguam syarie tu, kira rezeki awak la ye.. Hihi.

Then.. bab kerja.. alhamdulillah masih menanam anggur dengan lebatnya. Tapi dalam masa yang sama saya ada buat permohonan di beberapa agensi dan juga firma guaman syarie untuk chambering. Doakan saya ye.. moga dipermudahkan urusan kerjaya ni.membayar hutang PTPTN. Hihi. Sekarang ni saya dan suami dah start menjaga pemakanan dan untuk rekod kami dah berjaya pun turunkan 10kg dan suami 20kg. nak tengok my new look? Tunggu la sampai berat dah ideal. InsyaAllah kalau saya rajin lagi, saya update pasal penjagaan makanan tu ye. 

Dan untuk urusan TTC atau Try To Conceive atau cuba untuk hamil, saya baru sahaj selesai buat HSG test di Hospital Putrajaya dan alhamdulillah tiub tak ade blocking dan after this saya akan start dengan Clomid 50mg. Doakan saya ya..\

ok.. itulah perkembangan saya setakat ini dan saya rasa banyak benda yang saya nak kongsikan dengan awak semua jika ada yang sudi membaca. InsyaAllah saya akan kongsikan tentang jurnal TTC saya, tentang Peguam Syarie dan juga hal-hal berkaitan dengan motivasi diri dan sebagainya.

Saya ucapkan terima kasih sekiranya ada yang baca blog saya yang dah bersawang ni. Moga-moga ada kebaikan dan manfaat buat pembaca. Sesungguhnya sebaik-sebaik manusia adalah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

ok.. doakan saya rajin update okay.. InsyaAllah.. salam ukhwah fillah.. wassalam..

05 April 2018

Bukan Selamanya Kuat

Assalamualaikum..

Sometimes terdetik dekat hati macam mana rasanya mengengdong perut yang ada baby dalam perut.. Sometimes tu terasa juga nak rasa peluk anak sendiri..
Sometimes terdetik keinginan nak jaga anak sendiri..
Yup.. itu semua naluri seorang yang sudah bergelar isteri yang menanti hadirnya zuriat dalam womb dia sendiri..

Kadang-kadang bukan tak rasa kenapa aku yang pelik.. tak normal.. sedangkan begitu ramai yang normal..
Kadang-kadang tu tanya diri sendiri why bukan aku yang dapat khabar gembira bila UPT naik double line walaupun aku pernah rasa sekejap..
Bila tengok orang up gambar baby, rasa sayu dekat lubuk hati..yeah..i'm not normal like you.. rasa cemburu tu biasa.. rasa macam orang yang ada anak ni kenapa tak nak faham orang yang sedang usaha nak anak ni.. macam-macam la..

But.. why aku kena rasa macam tu kan dah itu rezeki Allah pada dia.. normal la bila excited ada anak sendiri.. itu pun aku tak tahu macam mana mencabarnya dia nak jaga anak tu siang malam pagi petang.. maybe dia sendiri pun ada masalah yang aku tak tahu tapi aku tak ade masalah tu..

Aku yakin Allah tu maha berkuasa dan maha penyayang.. Dia takkan pernah dengan sengaja uji hambaNya dan Dia akan bagi ujian dan nikmat pada hambaNya dengan seadilnya.. aku kena ingat tu.. kena selalu ingat.. Sometimes kita rasa ujian kita ni teruk dah.. sampai rasa tak normal.. tapi sebenarnya ujian orang lain pun entah-entah mereka pun rasa macam ape yang kita rasa..

Ada orang ada anak tapi suami jenis tak bertanggungjawab..ada orang ada anak tapi terpaksa PJJ sampai dorang terpaksa ikat perut, cari duit siang malam sampai sakit untuk biaya kehidupan seharian.. Ade orang walaupun dia dapat kerja, tapi jodoh dia tak sampai-sampai.. dan dia pun dah jadi stress dan tertekan dek pertanyaan orang.. Ada orang nak kahwin tapi belum sampai rezeki.. 

so, semua orang ade ujian masing-masing kan?

Aku walaupun still tak ade rezeki untuk bekerja macam kawan-kawan lain yang dah ada kereta, duit semua, tapi aku ada suami yang sangat sayang pada aku.. yang jadi bestfriend aku.. orang lain ada yang berkahwin tapi suami tak heran.. akhirnya bercerai.. siap suami buat perangai.. so bersyukur.. ada orang dah ada anak tapi masa kualiti dengan suami dah tak ade.. lama-lama sorang ke timur sorang ke barat... so bersyukurlah..


Kalau semua Allah bagi dengan mudah dan senang, macam mana Allah nak nilai hamba-hamba Dia yang mana kuat usaha dan sabarnya. Kan?

kat sekolah pun ada ujian sebab nak tengok pencapaian kite,, ape lagi kalau dalam kehidupan..