expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

31 October 2008

GOOD LUCK IN EXAM!!!!



Ana tak sempat nak post pape pun, so.. testi card ni pengganti diri buat sahabat2 semua.. Ganbate kundasai fi al imtihan.. InsyaAllah.. Ma'attaufiq wannajah

22 October 2008

Sahabat Sejati...


Dedikasi lagu buat sahabat ana,

FARAHIN~<@
HAFIZA~<@
AIRIN~<@
SUE~<@
ARAH~<@


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


p/s: Berbanggalah korang sebab nama dah dicapapkan disini. Hehe.. Gurau jer.. ika sayang sangat kat korang. Kiranya kau tahu..
Jika aku pergi dulu,
kupohon serangkap doa dari kalian,
kalamullah buatku,
semoga aku dan dikau akan sentiasa dalam redhoNya..
Amin..
Err.. gambar kucing tu takder kena mengena. Cuma sebagai hiasan. Hehe

19 October 2008

Allah amat menyayangiku...



" Assalamualaikum mam.. ustazah want to see wif Atika".... Junior ana, tiba-tiba datang mengetuk pintu kelas. Ana yang sedang melayan perasaan sendiri akibat mengantuk di dalam kelas,(huhu.. contoh tak baik), terkejut."There's many Atika in this class. Which one Atika?" Rakan-rakan ana menyaport dari dalam kelas terutama sahabat ana yang sememangnye suke menyakat ana. " Don't know. but ustazah want to meet her". Hmm... kalau dah ustazah nak jumpe memang tak der orang lain dah. Ana la tue. huhu.. Selepas meminta kebenaran dari madam, ana keluar ke pejabat ustazah. dari jauh ana dah nampak ustazah duk memanggil ana. Comform kena pegi. Huhu... Ana perlu mewakili maktab untuk jadi standby tilawah. Adus!! Assignment nak kena hantar next week. Presentation dengan Mr. Suhaimi. Pertandingan plak next week. Macam maner nie? Ana beritighfar panjang dalam hati. Puas ana cakap dekat ustaz and ustazah tentang assignment yang bakal dibuat. Ustazah suruh ana mintak postpone dari lecturer. Huh.. berpeluh ana duk fikirkan perkara nie. Bukan senang nak mintak dengan Mr. Suhaimi. Ana plak jenis pendiam and takut sket kat lecturer nie. BI den tak tererr. Agak hancus jugak la.. Kepala duk berputar cari jalan penyelesaian. Ana memang nak pegi jugak pertandingan tu untuk pengalaman walaupun tak terer and suare pun tak la sedap maner. Tapi assignment pun penting jugak. Memang ana tersepit maser tue. Diantara ustazah and assignment ana. Yang maner satu jadi pilihan. Dua-dua penting. Ya Allah... Ana balik ke kelas dan capai tafsir ana. Cari ayat untuk tenangkan hati walaupun hati tengah duk gundah gulana. A'la bizikrallah tathma'il qulub.. hmm.. denga berzikir, hati akan jadi tenang. Ustaz ader bagi surat nie untuk mintak kebenaran dari Mr. Suhaimi. Berat kaki nie nak melangkah ke pejabat hep. Aa ajak sahabat ana untuk teman ana. al maklum lah.. ana nie penakut sket walaupun nampak cam berani. Sekali orang sergah and marah, hilang terus ketegasan tue. Nangis la ape lagi. memang tak kuat hati nie. Nie la dialog ana and Mr. Suhaimi.
Ana : Assalamualaikum sir...
Mr.Suhaimi: Waalaikumsalam. yes..
ana: Sir, when the presentation for our assignment will be held?
Mr. suhaimi : Next week. Why?
Ana : (dengan nada sedih) Sir, i've been chosen as the representative for this maktab in majlis tilawah. (sambil memberi surat tersebut padanya. Bahasa rojak tue).
Mr. Suhaimi : (meneliti surat tue dan bertanye plak pader mr. yusni yang ade kat situ) Yusni, how?
Mr. Yusni : You must let her go because she represents you and this maktab.
Ana : ( agak gembira and lega sambil memandang mereka) So, how sir?
Mr. Suhaimi : You can go but regarding the presentation, you must do it later after the deepavali.. Just tell your group that your group presentation will be postponed.
Ana : Tq sir..

Ana memeng gembira lepas tue. Dua- dua dapat diperolehi. Hmm.. syukur ya Ilahi. Begitulah aturan allah buat hambaNya. Dia begitu mengasihi umatNya. Dugaan atau belaian Allah itu sebenarnya adalah kerana Dia ingin memeberi satu kebahagiaan buat kita semua. Alhamdullah ana dapat merasakan kasih sayang Allah yang tak berbelah bahagi itu. Yang penting kita janga putus asa dengan rahmat Allah.
P/s: Ana pergi isnin nie.. doaka ana. Walaupun jadi standby, takut jugak tetibe kena. Dah la melawan kakak sendiri.. ok. ma'attaufiq wannajah buat sahabat yang view this blog k...

06 October 2008

Jauhi Cinta Terlarang

Siapakah yang tidak mahu cintanya sampai ke syurga. Pakar-pakar psikologi mendapati wanita yang mampu memeberikan tumpuan penuh dan cemerlang dalam kerjaya ialah mereka yang stabil dalam hubungan cintanya terutama dalam rumah tangga. Betulkah begitu? Lihatlah ke dalam diri sendiri dan nilailah dengan jujur. Pakar psikologi adalah manusia biasa yang mungkin tersilap… tetapi jika kajian mereka benar, perkara ini perlu diusahakan. Mampukah cinta menjangkau bahagia dari dunia hingga akhirat? Jawapannya ya, namun mana mungkin kita dapat memiliki sesuatu yang berharga secara percuma –jika percuma, sahlah ia ‘barang tiruan’-bukan cinta murni yang sejati.

Jiwa Perlukan Cinta

Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap manusia. Jiwa memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. Cinta ibarat api yang menjadi tenaga kepada kehidupan. Ia menyinarai manusia sebagaimana matahari menyinari alam. Dengan kekuatan cinta manusia sanggup dan mampu menempuh pelbagai rintangan-gunung sanggup didaki, lurah dituruni, lautan sanggup direnangi- semata-mata untuk memiliki cinta. Allah menghadiahkan perasaan cinta dalam keadaan yang cukup murni. Namun jika kemurniaannya tercemar, jadilah ia api yang membakar hangus- bukan lagi sebagai sumber kehidupan tetapi pemusnah yang menghancurkan, tidak lagi menyinari alam tetapi menjadikan alam hitam kelam seperti arang.

Cinta Murni Mampu Merentas Alam

Kehidupan di dunia hanyalah sebahagian dari siri perjalanan yang panjang seorang manusia. Bermula dari alam roh, kita berpindah ke alam rahim sebagai janin yang berkembang sehingga dilahirkan ke dunia sebagai bayi. Kini kita berada di alam dunia- menghabiskan usia sehingga proses kematian membawa kita berpindah ke alam barzakh. Di barzakh kita menunggu sehingga kiamat untuk semua manusia dikumpulkan di alam mahsyar. Di mahsyar proses pengiraan amal berlaku membawa kepada perhentian terakhir kita – syurga atau neraka. Alam yang paling kritikal adalah alam dunia di mana kita diberi ‘kebebasan’ untuk ‘memilih’ jalan hidup.Disinilah penentuan sama ada cinta yang dikurniakan Allah ini membahagiakan sehingga merentasi barzakh,mahsyar dan akhirnya ke syurga abadi di mana kemuncak kebahagiaan cinta akan dinikmati atau menuju ke neraka yang seksanya tiada batasan.

Patuhi Peraturan Pencipta Cinta

Dia yang mencipta cinta telah mencipta juga ‘peraturan bercinta’ demi untuk menjaga kemurnian cinta itu sendiri. Cinta yang mematuhi peraturan ini sahaja yang akan mampu merentas alam sehingga ke syurga. Malangnya peraturan ini kerap dilanggar oleh manusia yang sedang bercinta. “Cinta apa namanya ini jika tidak ada datting, tidak ‘bergayut’ di telefon, tiada surat cinta yang membuai rasa, tiada sentuhan tangan dan tiada kerlingan dan senyuman?” Ada suara dari dalam diri kita mungkin merungut begini. Yakinlah tidak ada keindahan dan kebahagiaan dalam melanggar perintah Tuhan. Putus cinta, frust menonggeng.- fenomena cinta yang begitu popular di kalangan manusia adalah disebabkan cinta yang tercemar kemurniannya. Banyak cinta bukan sahaja hancur sebelum mencecah alam perkahwinan malah membawa dendam yang membara. Inilah cinta terlarang- cinta yang tidak mampu merentas alam malah mati sebelum kematian manusia itu sendiri.

Cinta Terlarang Destinasinya Adalah Neraka.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah berlaku ‘cinta terlarang’- cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah itu telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah itu tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup, menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksa. Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumannya dilanggar tanpa rasa bersalah, tetapi dengan rasa manis dan megah, malah loyar buruk mengatakan ‘Allah kan Maha Pengampun?’. Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk mundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja. Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang-pahit,masam,beracun dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai label yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup dalam rupa monster yang menakutkan… kerana ia memberi pengalaman yang cukup menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang ‘menabur janji kosong’, ‘manis kata di bibir mulut, tapi hati lain bicara’- malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkana ‘cinta suci’ antara dua insane. Cinta terlarang begini, bukan sahaja destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisan hanya dapat dirasai dititik permulaan!.

Hukum Cinta Dan Kasih Sayang Murni

Rasa cinta yang murni sangat inginkan kebahagiaan untuk yang dicintai. Dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai terluka sedikit pun. Dia akan melakukan apa sahaja demi untuk kebahagiaan yang dicintai tanpa mengharapkan balasan. Hukum cinta ialah, beri dahulu pasti kita akan memtik hasilnya. Cinta paling murni dari Allah untuk hamba-Nya. Dia yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memberi dan terus memberi kepada hamba-Nya. Hubungan cinta yang menuntut ‘penyerahan diri’ sebelum ikatan sah melalui akad nikah pastinya bukan cinta yang murni kerana ia bukan sahaja meminggirkan Allah yang mencipta cinta malah mengetepikan soal mempertahankan maruah dan harga diri pasangan yang kononnya dicintai sepenuh hati! Jika benar seorang lelaki mencintai seorang wanita dengan cinta murni, mana mungkin dia sanggup merobekkan kehormatan wanita. Seorang lelaki yang mencintai seorang wanita pastinya mahu melindunginya dari sebarang kerosakkan. Dia tidak akan sanggup membakar kekasihnya walau dengan puntung rokok sekalipun, tetapi kenapa sanggup menempah api neraka dengan membiarkan sentuhan terlarang berlaku.


Syurga-Destinasi Cinta Yang Mampu Merentasi Alam!

Untuk memastikan cinta yang kita jalin mampu merentas alam, hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah… cinta yang kita berikan semata-maya mengharapkan keredhoan Allah dan boleh menghampirkan diri kepada-Nya.Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan untuk memiliki cinta Allah. Tapi bagaimana ya? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah S.A.W:

“Apabila seseorang itu berkahwin sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disepurnakan”

Jangan sekali-kali bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan
.

Mencintai Allah- Benteng Cinta Terlarang

Mematuhi syariat adalah benteng terkuat daripada terjebak ke dalam jurang cinta terlarang. Kekuatan dan kemampuan untuk mematuhi syariat pula hanya dapat dimiliki hati meletakkan Tuhan sebagai cinta teragung. Hati yang mencintai hanya kerana Allah. Perasaan cinta adalah amanah dari Allah,maka pastikan ia hanya diberikan kepada yang akan sama-sama menjaga amanah ini. Maka pohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang menciptakan cinta agar cinta yang kita jalinkan tidak membawa kita menjauhi-Nya dan sekali gus tidak membawa kita ke neraka.

Doa Mencintai Allah

“Ya Allah… Kurniakanlah untukku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu

“Ya Allah… Segala pemberian-Mu yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintai-Mu. Segala yang Engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cinta-Mu dalam diriku.

“Ya Allah… Berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cinta-Mu berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.

“Ya Allah… Berikanlah aku kekuatan untuk mencintai-Mu, para malaikat, Nabi-nabi-Mu dan hamba-hamba-Mu yang soleh.

“Ya Allah… Hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku hamba-Mu yang Engkau cintai.

“Ya Allah… Berikanlah aku kekuatan untuk mencintai-Mu sepenuh hatikudan redho kepada-Mu dalam setiap usahaku…. Amin…


Dipetik dari majalah NUR,
September 2004,
Sofiah Rasin