expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 January 2009

BERNIKAHLAH...

Jika dilihat pada tajuk di atas, mungkin ada sahabat-sahabat ana yang bertanya. Hmm? Nikah? Kenape enti suruh bernikah jika mahu selamat? Sebenarnye ana tujukan cadangan ini buat remaja-remaja yang semakin asyik dengan budaya atau trend couple pada masa kini. Bukannye ape, ana jadi pelik bile melihat ader dikalangan student2 yang bercouple yang mana pasangannya adalah satu tempat belajar dengan mereka. Ada juga diantara mereka yang telah mendapat restu dari kedua belah pihak keluarga. Alhamdulillah kerana restu telah diperolehi. Namun bagaimana dengan restu Allah? Hmm.. nasihat buat diri ini juga.. manalah tahu jika ana juga diuji begitu.. tetapi yang peliknye ibu bapa mereka bagi pulak ye mereka berpacaran kesana sini tanpa hubungan yang sah. Berjumpa dan berhubungan seolah-olah seperti sepasang suami isteri. Jika benar, alangkah manisnyer wahai sahabat-sahabat sekelian… Bukan ana menolak fitrah yang telah Allah kurniakan itu, namun kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan iman perlu menyalurkan ia kearah yang lebih betul. Jangan berlaku zalim terhadap diri sendiri dan juga menzalimi fitrah cinta yang telah dikurniakan. Bagi ana jika ibu bapa telah merestui dan tiada halangan buat satu pasangan ini untuk bernikah, kenapa tidak bernikah? Betul tak? Ana pun tak berapa fasih dan memahami sebab atau reason golongan seperti ini tidak mahu melaksanakan perintah Allah namun lebih selesa menikmati hubungan tanpa ikatan… Mungkin mereka ade reason yang ‘munasabah’. Takut pada tanggungjawab? Tapi waktu couple tu boleh plak buat cam suami isteri.. (pedas tu)..Hmmm.. takut terikat? Tapi waktu couple tu tak terkongkong ke?.. huhu.. nak enjoy dulu? Hmm kalau kahwin lagi boleh enjoy.. Tak kisah la. Sekadar pendapat yang kurang matang dari ana nie. Yang penting, tepuk dada tanya iman kiter kan? Tapi ana rasa bagi yang dah dapat restu mak ayah, yang memang dah ader komitmen untuk bernikah, bernikah lah kerana itu lebih memelihara diri anda.. Lagi-lagi yang belajar satu kolej, lagi bagus. Kewangan tue memang akan jadi masalah tapi percayalah, Allah akan mencukupkan rezeki mu bagi mereka yang ingin memelihara diri.. Wallahualam.. kalau ana ader tersilap kate, minta maaf sangat2. Huhu..
P/S : Kalau ader pasangan tu nak bernikah, tapi yang sorang kat oversea and sorang kat tanah air camne eik?Hmm.. Sape nak jawab?

"Allah matlamatku"

23 January 2009

Exam mode.. huhu

Assalamualaikum... sudah lama ana tak mengepost di blog ni. Busy bangat.. huhu.. Sekarang nie ana dah masuk final sem untuk foundation kursus b.ed tesl. Wawa... hidup memang agak tak terurus sangat. Huhu.. Tak dinafikan ana begitu tension tahap hiper tension walaupun baru minggu pertama semester nie. Hai... kuat betul ana dan sahabat2 ana diuji. dalam masa dua minggu kami dah dapat assignmnet bagi semua subjek. ok la tue kan sebab memang dah biasa ngan assignmnet. tapi yang lebih membuat hati nie remuk sangat bile sources kat library tak cukup and wireless connection tak leh pakai selama 3 bulan. huhu.. hidup ana memang disaster sangat. Entah la.. mungkin Allah nak uji ana dengan semua cabaran nie. Lebih2 lagi kami semua nie merupakan perintis b.ed tesl student kat sini yang terpaksa belajar dalam serba kekurangan bahan. huhu.. Sabar je la.. Tapi ana pada mulenyer tak lah patah semangat. tapi sejak dah berumur 20 nie, ana tak dapat nak kawal emosi la plak. so jadilah penyakit hypertension yang melampau.. Ish2. tak baik betul sebab macam dah putus asa dari rahmat Allah plak. Bukan ana sorang je yang mengalami problem macam tue. Kawan2 semua pun mengalami masalah yang sama. Jadi, ana pun refleksi diri balik. Teringat pulak bagaimana Rasulullah diuji semasa ingin mengembangkan islam dahulu.. lagi la diuji. baru lah kita dapat merasai nikmat islam sekrang nie. Alhamdulillah. Nak dapat syurga bukan mudah. sesungguhnya Allah akan uji terlebih dahulu hamba2Nya yang disayangi. Samalah jugak dalam belajar. Nak dapat kejayaan bukan mudah dan perlu menempuh onak dan duri dan juga kegagalan yang akan lebih membuatkan kita kuat untuk menempuhi kehidupan yang bakal datang. kan? So, mujahidah asrar.. jangan sedih2 kerana Allah telah menjanjikan kejayaan buat hamba2Nya yang sentiasa menjadikan Allah itu sebagai tempat pergantungan. InsyaAllah. Faight! Faight! Ganbante kundasai Nurul islam sensei!!!!
P/S: Cuti tahun baru cina pun tak balik nie.. huhu.. Fokus study (^_^)!
"Allah matlamatku"