expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 March 2010

Muhasabah diri..


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Maaf kerana membiarkan blog ana bersawang tanpa di update dan syukran diucapkan buat sahabat ana yang sentiasa melawat blog ana ni yang tak seberapa. Masalah musyaqqah dan kesibukkan yang membataskan waktu untuk menatap laptop dan menulis entry yang terbaru. Bukan tidak ada ilham untuk menulis dan pengalaman untuk dikongsi. Tetapi keterbatasan waktu dengan test, kelas, kelab dan latihan taekwondo yang memenatkan. Laptop ini pun hanya dibuka untuk menyempurnakan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengajian.

Sepanjang ana berdiam diri ini terlalu banyak dugaan yang menimpa diri dan ada juga ujian terhadap jiwa ini yang memang ana sendiri rasa kesal yang teramat. Masih mencari kekuatan untuk menghadapinya. insyaAllah akan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dalam dunia perjuangan ini. Tetapi ujian itu bukanlah datang dari orang sekeliling tetapi dari dalam jiwa ini. Ana diuji dengan apa yang ana nasihatkan pada orang lain. Ya Allah, ana malu nak berhadapan dengan Allah dengan kesilapan yang ana lakukan. Ibarat menjilat ludah sendiri di hadapan Allah Ta’ala. Dalam keadaan diuji itulah ana perlukan teman-teman untuk menasihati. Setiap masalah ana luahkan tanpa segan kerana ana perlukan nasihat dan kata-kata semangat. Alhamdulillah sahabat-sahabat semua memahami.

Adakalanya juga ana merasakan bahawa hidup ana ini tidak bermakna lagi. Ana takut nak menghadapi cabaran dunia yang bila-bila masa sahaja akan mengheret ana bersama-samanya. Ana meminta agar ana dikembalikan ke sisi Allah swt. Tidak sanggup nak hadapi dunia sehingga ana bertanya untuk apa ana hidup jika hidup ini hanyalah untuk menikmati isinya sehingga terlupa dan akhirnya kembali tanpa apa-apa amal yang dapat menyelamtkan diri dari azab Allah. Dunia begitu kejam, zalim dan penuh godaan dan ana tidak mahu terjebak walau sedikit pun. Hebat dugaan Allah kepada manusia didunia ini. Tapi tak semua orang sedar malah menggunakan segala nikmat dunia tanpa bersyukur dan lupa terus padaNya..

Namun tiba-tiba ana tersentak apabila sahabat ana mengingatkan bahawa ana ada misi untuk perjuangan disini. Ya! Memang benar! Tapi kadangkala ana ini mudah kalah juga dengan ujian. Ana perlukan sahabat-sahabat di sisi untuk memberi kata-kata semangat. Kini ana perlu sentiasa muhasabah diri bahawa setiap yang dihidupkan di bumi ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan Allah tidak akan menciptakan ana tanpa sebab yang munasabah. Hm2.. semoga ana sentiasa tabah dalam dugaan dan istiqamaha dalam perjuangan ini.. InsyaAllah….


P/S : Doakan ana untuk final exam 31 march hingga 9 April ini...

1 comment:

Mujahidah Muslehah... said...

Salam...kak.

Bersabarlah ye kak...secara terus terang saya pun kadang2 t'fikir mcm 2..(istighfar byk2) Takut dengan godaan duniawi...
Walaubagaimanapun, kemudian saya teringat nasyid raihan yg berbunyi ' Ujian adalah tarbiyah dari Allah...' kemudian baru saya t'sedar bhwa ujian yg dtimpa kita ni merupakn tarbiyah Allah pada kita, maknaya betapa Allah s.w.t menyayangi kita... Justeru itu, marilah kita sama2 beruhasa kuatkan iman dan hati kita kepada Allah S.W.T..
Insya'Allah akak akn berjaya dlm exam nant..Chayok!! (^_^)
Barakatillah....