expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 February 2010

Sweet love story.(^_^)



Pagi itu ana termenung. Memikirkan assignment, presentation, tasmi’ hafalan,test pengajian islam dan ape yang ana nak buat hari ni. Apa nak buat ye? Haih.. sepatutnye dah tahu nak buat ape. Buat kerja-kerja yang ana tengah fikirkan tu lah. Tapi tak tahu nak mula yang mana satu dulu. Bunyi sayup-sayup burung berkicauan di luar diselangi bunyi kipas di atas kepala. Ana bangun dan melihat yang tersayang disisi. Dirinya seperti dipinta untuk dibelai dan ditatap wajahnya. Apa lagi kalau bukan lappy ana ni lah. (macam ape je sayang kat laptop..adeih)


Ana buka laptop kemudian tiba-tiba bersin dan bila dah bersin ianya tidak akan berhenti sehingga 10 kali bersin tanpa henti. Huhu..dan akhirnya ana mendapat flu dengan mudahnya. Tapi takpe Allah suka orang yang bersin dan tak suka pada perbuatan menguap kerna menguap itu dari syaitan. Alhamdulillah.


Ana fikir lagi ana nak buat apa depan lappy ni. Kemudian mata ini melilau dari kiri ke kanan di desktop, kursor bergerak dan klik dari satu page ke satu page, dari satu website ke satu website dan dari satu negara ke satu negara. Melihat blog sahabat-sahabat yang belajar jauh sambil ditemani muzik melodi Kristal yang berentak balada (ana memang berjiwa romantik.huhu) serta diselangi lagu nasyid muhasabah cinta yang juga berentak slow tetapi tidak bermakna diriku juga slow. (adeih..)


Melihat dan menbaca hasil tulisan sahabat-sahabat membuatkan diri ini dijentik perasaan cemburu yang memberontak di jiwa. Lalu berkumandanglah persoalan yang disukai amat oleh syaitan yang perosak jiwa manusia itu. “Kenapalah Allah uji diri ini macam ini?” (kamu memang jahat syaitan wa iblis. Dah memang keje mereka pun. Cis..) Lalu iman mula sayup-sayup bersuara dan menyeru jiwa yang memang lemah ini. “Wahai ika sesungguhnya Allah menguji kerana Di sayang kepadamu dan Dia nak bagi sesuatu yang lebih membahagiakan dirimu. Jangan mengeluh kerna jika kamu mengeluh sia-sia sahaja usaha dan kesabaranmu ini. Biarkan Allah mengujimu jika itu tanda Dia ingin mengampunkan dirimu dan menambahkah ganjaran buatmu jika kamu dikalangan orang-orang yang bersabar”. Huh.. betul dan tepat sekali. Syaitan itu memang sengaja memujukku untuk mengeluh supaya kesabaranku jadi sia-sia. Dah2, jangan kacau jiwaku lagi. Pi main jauh-jauh. Godaan syaitan itu ana sepak, kick, flying kick, side kick, dan semua jenis kick yang ade dalam taekwando tu dengan ber “block” kan iman yang tipis ini. (huhuh).


“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai Sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

Surah Al-Baqarah :216



Jadi, jika tidak mahu sesuatu perkara itu menjadi sia-sia, redha lah dengan ujian Allah kerana Allah tak pernah biarkan hambaNya dalam kesusahan dan ujian yang diberi itu adalah mahar untuk mendapatlan sesuatu nikmat yang disimpan untuk kita. Lagi lama diuji, lagi sayang Allah pada kita tetapi andai kita di pihak yang sentiasa bersabar dan redha dengan ujianNya. Biarlah Allah menguji ana sebanyak mana yang Dia inginkan asalkan Allah redha dengan apa yang ana lakukan didunia yang diberi pinjam buat ana ini. Ana hambanya dan Dia amat-amat berhak ke atas ana secara mutlak. Ujian itu tanda kasih sayangNya. (best nye dicintai Allah lebih ni.. heheh.. jangan jelous ye).


Dulu ana pernah tertunggu-tunggu dugaan dan ujian Allah yang sangat berat buat ana dari aspek akademik dan pelajaran ana. Ana dapat akhirnya dan bersabarlah wahai jiwaku yang mulus ini. Ini lah perjuangan yang bukan semua orang dapat menikmatinya. Sunnah berjuang itu payah dan penuh berliku. Jika dulu ana mudah untuk mendapat segala yang ana inginkan, dan ana rasa macam mudah sangat Allah bagi ana kejayaan dan macam ada yang tak kena je.(huhuh). Akhirnya terbukti Allah sentiasa berada bersama ana dan diberi pula ujian untuk ana tempuhi bersamaNya.(romantik betul cintaNya. Heheh..)


Ujian ni memang perit tapi ingatlah Allah ada bersama jiwa yang diuji. Alangkah seronok jika nyawa diambil disaat jiwa ini diuji dan redha dengan ujianNya. Bimbang juga apabila sudah habis tempoh ujian yang ini, ana lupa nikmat ujianNya. Huhu… ya Allah tempatkan diri ana dikalangan orang-orang yang bersyukur.


Ok lah. Stop kat sini dulu, perut sudey lapar. Buku-buku pinta untuk ditatap dan diriku perlu buat ulangkaji untuk test nanti. Ok ye sahabat-sahabat sekalian. Semoga kalian juga sabar dan redha dengan ujian yang ditimpakan Allah buat kalian.

No comments: