Hidup ini bukan mudah,
Kadangkala manusia merancang seolah-olah semuanya mudah,
Manusia merasakan kehidupan mereka indah dan penuh dengan kesenangan,
Tatkal ditimpa ujian, baru tersedar dari lamuan,
Oh, hidup ini sukar rupanya…
Manusia berusaha untuk mengejar kejayaan,
Tidak pernah dirasakan bahawa kegagalan itu suatu halangan
Yang terdoktrin dalam fikiran, kiranya aku berusaha, aku akan beroleh kejayaan,
Tapi pernahkah kita fikirkan Allah mendatangkan ujian
Yang menyebabkan kita terpaksa bermula dari langkah sifar
Setelah kita berjaya mendaki setiap tangga dan telah hampir sampai ke puncak
Telah ku daki puncak itu sehingga menghampiri penamatnya
Namun, kerana batu yang kecil,
Telah membuatkan aku tersungkur, tergelincir dan rebah hingga ke kaki bukit
Terpaksa aku melangkah semula biarpun dengan penuh kepayahan
Dengan penuh kesedihan.
Melihat rakan-rakan hampir ke puncak
Biarpun begitu
Masih ada tangan-tangan yang masih menyokongku
Mereka-mereka yang meminjamkan bahu untuk tempatku berteduh
Mama, abah, adik beradik dan sahabat handai yang masih teguh disiku
Alhamdulillah…
Biarpun payah dan mengambil masa..
AKU TETAP AKAN TERUSKAN LANGKAHKU…
Dan buktikan pada semua yang aku masih berupaya menggapai kembali apa yang telah dirampas dari ku…
LA TAHZAN WA LA TAKHOF INNALLAHA MA ANA!!!
1 comment:
perjalanan yang jauh..........bermula dari langkah pertama
Post a Comment