expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 February 2010

Baitul Muslim Idaman..




“Oh mama, saya mahu kahwin”

“Wahai emak kahwinkan aku”

Kahwin? Nikah? Baitul Muslim?


Assalamualaikum buat bakal-bakal zauj dan zaujah dan mungkin juga buat yang dah bergelar zauj dan zaujah semua. Heheh.. Kenape pula ana nak bincang pasal baitul muslim nih? Ade pape ke? Erk.. erm… tak salah kot kalau planning. Huhuh.. Takpe lah abaikan yang tu ok. Masih banyak perkara yang ana perlu belajar sebelum ke alam itu walaupun ramai yang cakap ana ni memang layak. Huhuhu.. Kalau ana layak, Allah dah izin lama dah. Jadi maksudnya ana belum bersedia lah tu.


Ok lah, sebenarnye bukan nak bincang pasal diri ana ni atau bile ana nak nikah. Kite off topic tu k. Tunggu je lah ye. Yang ana nak highlightkan disini adalah tentang erti pernikahan itu sendiri. Walaupun diri ini masih bujang dan tidak ada pengalaman langsung pasal dunia pernikahan ni, tapi ana tetap nak share sesuatu yang ana faham mengenai pernikahan ini. Kalau salah, betul-betulkan lah ye. Hai dah masuk umur 21 ni makin pelik ana ni.(ehem2.. dah2 jangan nak mengarut cik Nurul).


Jadi apakah pernikahan itu sebenarnye? Pernikahan itu menurut apa yang saya belajar bab munakahat waktu tingkatan 5 untuk Sijil Khas Kolej atau SKK dulu ialah:

“Suatu akad yang menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan menimbulkan hak serta kewajipan antara kedua-dua pasangan”


Sabda Nabi Muhammad saw :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فانه اعض للبصر واحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فانه له وجاء

Bermaksud : Wahai pemuda sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah ia berkahwin kerana ia dapat mengawal mata dan kemaluan, barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya

(Hadis riwayat Bukhari)



Jadi kita dah tahu lah kan dalil yang berkaitan dengan pernikahan atau perkahwinan ni. Perkahwinan itu kadangkala disalah ertikan oleh masyarakat zaman sekarang sebagai hanya sesuatu yang indah, pengabadian cinta antara dua insan dengan akad yang menghalalkan semuanya, Untuk melaksanakan pernikahan itu lautan api sanggup diredahi, Sungai Golok juga sanggup diredahi. (hehe..jangan kahwin lari ye). Tetapi jarang sekali masyarakat berfikir tentang pernikahan itu adalah suatu tanggungjawab yang sangat besar. Jika fikir tentang tanggungjawab pun, just fikir tentang tanggungjawab pada pasangan. Diingatkan, setelah kita bernikah, kita bukan sahaja bernikah dengan pasangan kita sahaja bahkan dengan seluruh anggota keluarganya. Jadi adakah kita bersedia untuk menjalankan tanggungjawab as menantu, ipar, mak saudara, cucu dan yang berkaitan dengannya dengan keluarga di pihak pasangan? Huh.. itu merupakan sesuatu yang mencabar juga sebab kita bukan kenal pun mereka. Huhuhuu… Camne ye nak jalankan tanggungjawab semua tu?? Huhu.. Banyak nyeeee… mampu tak ni??? Wawawa… jika kita terfikir tentang itu semua mesti kita akan cuba untuk belajar dan prepare diri kita sebaiknya. Huhuh.. Diriku tak mampu lagi..


Hai, nak fikir pasal diri sendiri pun macam huru hara, apatah lagi nak fikir pasal orang lain??? Kalau kita sendiri bangun subuh pun lewat, bangun pagi bukak tudung saji, tak belajar ilmu rumah tangga, tak bercampur dengan orang yang lebih tua, buat hal sendiri, macam mane plak bile dah jadi suami atau isteri nanti? Jadi isteri mesti bangun awal2 untuk prepare semua perkara, yang suami pulak kena belajar banyak ilmu pasal wanita ni nanti kalau isteri tanye guane nak jawab tuh?? Ilmu penting…Nanti mak mertua mintak tolong kupas kelapa ke, mesin kelapa ke, camne nak buat kalau masa bujang dulu tak penah pun nak sentuh benda alah tu. Ye lah, yang tahu semua orang dah prepare. Macam mane nak jadi menantu yang mithali gitu?? (diingatkan ana belum ade pengalaman. Heheh)


Kadang-kadang tu kita just fikir yang kita nak bersama-sama bina bahtera hidup bersama pasangan kita sahaja tanpa memikirkan perkara yang lebih jauh(adakah penulis berfikiran jauh?..GULP) Bagi ana jika ingin melihat sama ada kita dah bersedia atau belum untuk memegang tanggungjawab as suami atau isteri itu adalah dengan menilai tanggungjawab kita kepada family kita macam mana. Itu adalah penanda aras bagi ana la. Hehehe.. Hubungan antara family kita macam mana dan kita jalankan tak tugas kita tu betul2. Itu sebagai satu bentuk tarbiyyah untuk kita ni sebelum kita dapat family baru. Betul tak?.. erm.. betul lah kot. Ni teori ana berdasarkan pemerhatian sendiri. Kadang-kadang kita mintak pada mak ayah kita yang kita nak bernikah dan mak ayah kita tak bagi dan ada tu mak kita lah selalunya akan termenung panjang. Yelah, memikirkan sama ada anaknya itu mampu atau tak pegang tanggungjawab. “hai, Ali ni nak bernikah, tapi bangun pagi lewat selalu, solat pun lewat waktu. Macam mana nak didik anak dara orang nanti?” Itu lah antara persoalan-persoalan yang menjengah ke minda ibu bapa kita. Betul ke?( nanti try tanye mak ayah antum semua ). Tapi if ana, tak tanye pun ana rase itu lah yang mak ayah ana fikirkan. Tapi, mak ana just tak bagi sebab belajar je. Makne nye ade can lagi ni( Yes! Green light). Ape lah ana ni. Wahai Cik Nurul, kamu masih tidak mampu kawal emosimu. Jadi jangan berangan lagi. Heheh..



Hm2.. Bile dah chek diri tentang tanggungjawab dan hubungan dengan family tu macam mane, kita check plak emosi kita dan kematangan diri kita. Sebabnye pernikahan tu bukan semua indah ye. Kita bakal bersama dengan seseorang yang asing walaupun kita kenal waktu tempoh pertunangan. Bila dah bernikah, akan berlaku proses perkenalan luaran dan dalaman.(Erk, ana takde pengalaman ye.. tapi ana banyak bace dari buku). Dalam proses perkenalan itu lah akan berlakunye perselisihan faham antara pasangan dan jika tak tangani dengan baik, maka akan berlakulah kes penceraian disebabkan pasangan masak nasi hangit, pasangan tak wish bufday dan lain-lain.(ape hal masalah remeh camtu pun jadi isu). Semua perkara tu Nampak macam tak logik je kan? Tapi sebab kawalan emosi yang tak matang, perkara yang tak logik boleh jadi realistik .haih.. Bila dah bernikah, bersedia lah untuk merasa dilukai sebab pasangan kita pun manusia biasa jugak. Mungkin dia tak sedar ke ape ke kan. Tapi kalau kita tak sedia untuk dilukai dan tak dapat kawal emosi, jadilah penceraian(benci cerai berai nih). Sesiapa yang dapat kawal emosinya dalam tempoh pernikahan itu bagi ana akan dapat kebahagiaan. Sebabnye, bila masing2 kawal emosi, kita takkan cakap sesedap hati kita. Takkan memendam rasa(terkena batang hidung sendiri) dan kita dapat control bahtera kita tu yang sedang dipukul ombak. Take it as ujian dan hikmahnya kita akan dapat kenal pasangan kita tu macam mane dan at the same time kita dapat belajar untuk menerima setiap baik buruk pasangan tu. B ila dah gaduh, dapat control diri, belajar untuk memaafkan dan dimaafi, mengakui kesilapan diri, berbincang dari hati ke hati dan itulah masanya kita nak kenali pasangan kita ni macam mane. Dan mungkin jugak dapat suburkan kasih sayang antara pasangan. (hm.. ana takde pengalaman lagi ye. Teori je ni)



Hm2.. ana bercerita panjang lebar ni seolah-olah ana dah ade pengalaman plak ye. ANA MASIH TAKDE PENGALAMAN DAN MUNGKIN TAK SEDIA LAGI. Ana cume bagi pandangan dari kaca mata ana yang sudah berusia 21 tahun dan dikelilingi oleh adik beradik yang semakin matang dan juga hasil perbincangan dengan mama ana, nenek ana dan juga beberapa orang ibu yang ana jumpe.( ana suke dengar pengalaman orang tua-tua tapi bukan pasang telinga ye. Ini memang conversation between me and them). Dari situlah ana membuat penilaian dan mengambil nasihat-nasihat berguna daripada mereka. Sangat tenang bila berbicara tentang kehidupan dengan orang yang veteran ni. Boleh belajar erti hidup ni macam mane. Kadang-kadang duduk kat dapur pun boleh borak2 ngan mak bersama kakak2 ana yang lain. Anak-anak Encik Rosli dan Puan Rodziah ni memang macam ni. Tapi kalau dengan ayah ana, ana suke borak tentang isu semasa je. Ayah ana macam maklumat bergerak. Tu yang best. Heheh.. abah yang power dan mamaku yang hebat.


Ape yang ana berceloteh panjang-panjang ni?? Huhuh.. dah out of topic dah. Jadinya kesimpulan yang boleh disimpulan disini ialah, jadikanlah kehidupan kita bersama family kita sebagai penanda aras untuk kita tarbiyyah diri sebelum dapat family baru, persiapkan diri dengan ilmu, belajar untuk bertanggungjawab ke atas semua perkara dan belajarlah untuk mengawal emosi kita sendiri. Ape-ape pun diingatkan perkahwinan itu bukan sekadar ikatan suci dua insane yang bercinta kerana Allah tetapi juga merupakan tanggungjawab. Bukan nak takut2kan sahabat semua tetapi sebagai persediaan sahaja supaya kita dapat bina baitul muslim yang Allah berkati. Ilmu agama itu adalah yang paling penting untuk manjadikan sebuah baitul muslim yang cemerlang. Usahakan diri untuk menjadi seorang individu muslim yang soleh dan taat perintah agama kemudian binalah baitul muslim dari diri individu muslim itu disamping diri individu itu sentiasa perbaiki diri untuk menjadi muslim yang terbaik. Selepas dapat bina baitul muslim, kta bina pula masyarakat muslim dan seterusnya daulah islamiyah insyaAllah. Ok lah setakat ini dahulu dari ana. Jika ada tersalah kata, harap dapat dibetulkan dan ditegur lah ye. Ok. Wallahua’lam. Salam..

2 comments:

Anonymous said...

salam alayk~

Alhamulillah.. sudah memikirkan mengenai baitul muslim. X salah pun.

btw, harapan ana bukanlah setakat daulah islamiyyah sahaja.. Tetapi untuk ke ustiazatul alam.. Bukankah Islam ini rahmat bagi seluruh alam bertepatan dengan pengutusan rasulullah saw sebagai agennya? Juga melalui pewaris2nya dan kekasihnya.. Justeru, pembinaan individu yang menjadi asas kepada penyebaran rahmat ini sangat2 dititik beratkan kerana panjangnya dan beratnya ujian yang bakal ditempuh ini. berlanjutan ke proses2 seterusnya..

just a piece of thought from me. Mohon perbetulkan jika salah. Nice blog. :)

Nurul Atika Rosli said...

to lil Biruny

Ana setuju dengan enta.. ahsanta.. syukran drop ur comments here