expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 February 2010

Aku rindu dia... adakah aku adalah dia?? jauh lagi..


“Mencari wanita solehah itu ibarat mencari gagak putih

Hm2… bagaimana ingin mencari gagak putih itu? Sangat mustahil untuk berjumpa dengan gagak putih melainkan gagak yang terkena cat putih(erk..) Tetapi benarlah memang susah ingin mencari seorang wanita solehah pada zaman ini dan lebih2 lagi di akhir zaman yang terlalu banyak pengaruh maksiatnya kepada umat Islam khususnya. Tapi, bagi ana seorang gadis yang solehah itu masih ada tetapi kita tak tahu mereka dimana. Terjaga rapid ibarat sebuah mutiara yang bersinar di dalam cengkerang di dasar lautan. Susah nye nak jumpe. Hm.. ana berfikir ni seolah-olah ana ni nak caro calon isteri je. Huhu.. ana masih waras tetapi yang ana maksudkan disini ialah ana betul2 ingin berjumpa dengan wanita seperti itu. Ingin menjadi sahabatnya dan belajar dengannya. Ana bukanlah seorang gadis yang solehah dan masih banyak kekurangan dalam diri ini. Terlalu banyak kekurangannya sampai tak tahu nak cakap dah. Tapi ana tetap berusaha untuk kearah itu walalupun jauh sangat ana rasa. Yang penting ana berusaha untuk menjadi lebih baik.


Bila diceritakan tentang gambaran ana mengenai wanita yang solehah, sudah semestinya dia memiliki akhlak yang sangat terpuji sepertimana Saidatina Siti khadijah, seorang yang memiliki kecerdasan akal yang luar biasa seperti Saidatina Siti Aisyah, seorang yang menjaga maruahdan memiliki sifat malu yang sangat tinggi. Tetapi dia juga mempunyai ketegasan dalam diri yang menyerlahkan kecantikan dalam dirinya. Semuanya menenagkan hati setiap orang dan dirinya sentiasa membuatkan orang mengingati tentang akhirat, islam, dan sentiasa ingin hidup dalam islam. Indahnya wanita yang solehah. Diriku masih jauh untuk kearah itu…


Hai, entah kenapa diri ana jadi rindu pula untuk bertemu dengan gadis seperti itu. Ingin diriku menjadikan dirinya teman seperjuangan dalam hidup ini menuju akhirat. Dimanakah dirimu?? Diri ini ingin mencontohi dirimu… Semoga diriku bertemu dirimu disamping diriku jua berusaha untuk menjejaki sifat-sifat yang ada padamu… InsyaAllah…


Diriku ingin menjadi seorang anak yang solehah..

Diriku ingin men jadi seorang sahabat yang solehah…

Diriku ingin menjadi seorang bakal isteri yang solehah..

Diriku ingin menjadi seorang bakal ibu yang solehah..

Diriku ingin menjadi seorang da’e yang solehah…

Diriku ingin menjadi seorang khalifah yang solehah….

Amin…



Warkah Untuk Mujahidah Islam

Disisi mujahid ada mujahidah

Yang berjihad untuk Islam

Yang menyerikan Islam dan tamannya

Dengan Peribadi solehah

Mereka srikandi Istimewa sekali

Mengabdikan diri pada Allah dan suaminya

Mujahidah Islam banyak peranannya

Untuk membangunkan Islam

Tangan mereka bakal menggoncang dunia

Melalui didikannya

Ingatlah mujahidah

Anakmu amanah Allah

Ikutlah Syariatnya

Agar dirimu dalam keredhaannya

Didiklah mereka cara Islamiah

Agar insyaAllah mereka menjadi soleh dan solehah

Islam kini memerlukan mujahidah

Yang beriman sabar redha dan bertaqwa

Agar Islam yang gagah tegak kembali

Bersama mujahidah sejati...

No comments: