expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

02 June 2010

IMAN....



Kaifa imanukunna jami’an…???

Yazid au yankuz…??

Yazid…yankuz.. yazid wa yankuz…


Teringat pertanyaan Kak Wan di musolla khadijah dan musolla muqarabbin sewaktu menuntut di KISAS dahulu. Masih terngiang-ngiang dan segar diingatan saat itu. Sememangnya terasa ukhwah dan betapa islahnya apabila berada di bumi waqafan itu. Ingin sekali diulang kembali zaman itu, zaman dimana diri ana begitu tenang dengan ukhwah para sahabat dan terasa bi’ah solehahnya. Sukar benar untuk mencari tempat yang sebegitu setelah keluar dari bumi tarbiyyah itu. Kadang-kadang terasa mahu menjadi student KISAS kembali dan tidak mahu keluar dari pusat tarbiyyah diri ana itu. Kalau boleh, kurunglah ana disitu, ana sanggup. T_T. Mutiara-mutiara yang berharga di sana begitu indah untuk ditafsirkan dan sukar dicari di tempat lain. Teringat nasihat para murabbinya, terkenang saat budaya hormat menghormatinya, terimbau juga bi’ah solehahnya dan rindu kepada ukhwah sahabat-sahabatnya. Apabila ada yang menegur, diterima dengan hati yang terbuka. Manis sungguh rasanya.



Sejak keluar daripada KISAS, banyak perubahan yang berlaku pada diri ana dan semestinya menduga iman yang ada naik turunnya. Tapi ana selalu merasakan bahawa iman ini semakin hari semakin menurun mengikut pertambahan umur ana. Jika dulu ana tak suka dengar lagu-lagu yang tidak mempunyai value dan cintan cintun. Tapi sekarang dah boleh dengar pulak tu. Jika dulu takut nak berfikir tentang perkara yang bukan-bukan, tapi sekarang ada sahaja perkara yang tak baik terlintas di fikiran ditambah pula dengan pelbagai sajian dan ideology yang entah ape-ape di depan mata. Bagai hilang sebuah permata dalam diri dan ingin ana mencari semula permata itu. Tapi sukar benar ya. Ana selalu termenung dan mengkaji diri yang semakin lama semakin hanyut dan akhlak yang ditarbiyyah dahulu semakin lenyap dalam jiwa. Astaghfirullahalazim…


Kadang-kadang ana termenung dan muhasabah diri. Kenapa ya diriku jadi begini? Betul atau salahkah diriku sekarang? Jika ada alat yang boleh merubah masa, ingin saja ana mencubanya dan melihat kembali bagaimana diri ana dahulu. Jika ada alat yang boleh mengukur hati ini, ingin sahaja ana menggunakannya untuk melihat hati ana yang dahulu dan sekarang. Mesti banyak perbezaannya. Kadang-kadang ana merasakan bahawa ana lebih suka menjadi seorang hamba yang hanya tahu tentang perkara yang baik sahaja di dunia ini. Sebabnya, apabila ana tahu sesuatu yang baru dan mungkin juga perkara itu boleh menyebabkan ana hanyut, ana ingin mencubanya walaupun ana tahu ianya silap. Huh.. jiwa remaja yang suka memberontak ini sangat kuat dalam diri ana. Jika jiwa itu hanya melakukan perkara kebaikan, bukankah bagus. Tapi selagimana ada makhluk yang bernama Syaitan itu, selagi itu lah jiwa yang baik itu tidak akan tenang.



Wahai iman, ana minta agar kamu baik-baik aja. Jangan lah kamu terlalu mahu mendapat markah yang corot sahaja setiap hari. Ku mahu engkau mendapat markah yang cemerlang. Tapi usahanya perlu ada bukan?? Ah!! Usaha ana selalu sahaja terhalang oleh nafsu yang bersahabat baik dengan syaitan itu. Wahai nafsu, jangan kamu berkawan dengan syaitan itu kerana tidak ada gunanya. Lebih baik kamu berkawan baik dengan iman. Dia baik dan akan membuatkan kamu bahagia dunia dan akhirat. Ana janji!!.. Ana, iman dan nafsu, ayuh bersahabat baik ya? Iman boleh mendidik nafsu agar menjadi nafsu yang mutmainnah dan akhirnya boleh mengawal diri ana ini. Sungguh, ana perlukan kalian dalam hidup ana untuk bertemuNya. Jangan berkawan dengan syaitan itu!!. Dia musuh kita!!


Boleh pulak ana bermonolog begitu. Huhu. Tapi benar bukan? Jika kita selidiki diri kita,memang itu yang berlaku. Iman sering tertewas dengan nafsu yang bersahabat dengan syaitan. Kasihan iman kita. Tapi jangan biarkan diri kita terus menerus tertewas dengan persahabatan mereka itu. Perlu usahakan sesuatu untuk menarik nafsu agar menyebelahi diri kita. Diri manusia yang fitrahnya baik dan sukakan kebaikan. Hm2..


Moga iman-iman kita semua yazid sokmo insyaAllah dan selalulah bermuhasabah diri supaya kita tidak terlalu hanyut dengan arus dunia ini. Hidup di dunia ini semuanya serba pantas, tetapi jangan lupa untuk berhenti di lampu merah untuk meneliti kehidupan kita ini. Adakah hidup dalam kelalaian atau pun kesedaran dan dalam keadaan ingat padaNya. Jom muhasabah diri!!


Jom muhasabah diri!!

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum Tika...

Kiter pun rindu sangat dengan TARBIYAH dan BIAH SOLEHAH kat kisas.
Tapi benda tu dah berlalu.Dunia luar mamng mac ni.banyak sekularnyer.pengaruh kawa dan keadaan sekeliling sangat mempengaruhi iman.


Insaf.Iman kiter pun turun naik.Thanks for reminde...

;')

Syirah said...

Salam Ziarah..

Artikel Tika menyentuh hati..

InsyaAllah..tika mampu menjadi insan yang lebih baik..

"org yg mulia,bukan org yg tdk prnah melakukan salah dan silap ttp mrk yg melakukan salah/silap kemudian mrk mngakui salah dan mereka bertaubat"

ingat ujian itu lebih mendekatkan kita kepada Allah

Ujian adalah untuk mengesan sejauh mana keimanan seseorang itu.. hal ini sepertimana yang telah disebutkan dalam al-Quran
"Apakah manusia itu mengira bahawa dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah swt mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta" (surah al-Ankabut : ayat 2-3)

marilah bersama kita membetulkan niat

::Salam Perjuangan::