expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 June 2010

Katakan tidak kepada UZLAH!!!

Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi Allah swt. Sudah lama ana tidak mengupdate blog ana ini dengan artikel yang lebih bermanfaat. Jika dahulu, saban waktu dan ketika ada sahaja point yang hendak ditulis oleh ana. Kenape la ye semakin hari semakin tumpul minda ini untuk berfikir tentang sesuatu yang menjadi keutamaan pada zaman sekarang. Tentang persoalan masalah ummat dan juga tentang situasi ummat zaman kini. Nauzubillah jauhkanlah ana dengan sikap uzlah daripada perjuangan mata pena ana ni. Semoga ana terus thabat dalam perjuangan ana. Melihat ada sahabat yang gugur setelah sekian lama berjuang membuatkan hati takut dan bimbang jika diri ana termasuk di dalam golongan yang sama. Dahulu kataku begitu berkobar-kobar tentang perjuangan tetapi tiba-tiba kini makin lama makin lesu dan bibir ana kurang pula basah dengan ingatan-ingatan kepadaNya. Lagho dengan kejahilan dunia. Astaghfirullahalazim. Melihat sahabat-sahabat yang semakin hari semakin lantang bersuara dan meneruskan perjuangan sedikit sebanyak member tempias kepada diri ini untuk muhasabah diri dan bangkit menilai diri dan menabur jasa demi agama. Ya Allah jangan jadikan aku hamba yang hanya berkata-kata tetapi tidak melaksanakan apa yang aku sampaikan. Astaghfirullahalazim…

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(surah as-saff ayat 3)

24 June 2010

Family Travel to Terengganu..

Assalamualaikum w.t.b...

Sudah lama ana tak update blog ana ni dengan entry terbaru. Langsung tak di update dan sudah bersawang lebih daripada sawang labah-labah.

Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah yang lepas, ana sekeluarga berjalan-jalan balik kampung ke Terengganu.. Seronok.. Dengan dua buah kereta kami sekeluarga bertolak ke Terengganu. Ini kali pertama kami sekeluarga dapat pulang ke kampung setelah kakak ana yang pertama bernikah. huhu.. jom tengok gambar-gambar nye...


mama, tok cik, kak ida, wan..

abang bain dan kak ila dalam kereta..


Dua kereta berkonvoi ke Terengganu


ika dan kak ida


sawah padi.. dalam loghat terengganu ana lupe dah ape..


wakaf yang cantik











nak balik dah...

03 June 2010

Persada Perjuangan by Zulfan



Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Langkah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.


Dedikasikan lagu ni untuk sahabat-sahabat ana ni.. rindu sudah mahu berjumpa nanti..hehe



Lagu ni ada kenangan yang tersendiri buat ana dan sahabat-
sahabat ana di KIPSAS ni. Kami memang selalu bersama walaupun berbeza jabatan tapi yang penting kami selalu bersama. Bukan tak pilih bulu ye, tapi kami ada sesuatu yang sama lah.. heheh.. hanya kami yang tahu. Kami selalu buat assignment sama-sama dalam keadaan sangat menghiburkan. Huhu.. walaupun kadang2 tu buat last minute, tapi kami tetap enjoy buat kerja tu tanpa memikirkan betapa tensionnye nak mencari idea untuk satu-satu coursework tu. Kami boleh plak sambil-sambil buat kerja sambil menghayati lirik nasyid, sambil melepaskan tension dengan baca blog atau buat benda lain yang tak berkaitan dengan coursework. Sebabnye kami tak mahu tension-tension bila buat sesuatu dan bersama-sama settlekan kerja tu sebaik mungkin. Semua orang tahu peranan masing-masing. kadang-kadang kami ni nampak macam rileks dan cool sahaja tetapi sometimes kami akan jadi seorang yang serius. Dan kadang-kadang orang pun tak sangka kami macam ni atau macam tu.. hehehe.. itu adalah rahsia.. Antara kami ni, masing-masing ada cita-cita sendiri dan masing-masing ada perangai sendiri. Tapi ape nak dikisahkan, semua orang berbeza. Kan?? lagu ni buat ana ingat pada mereka ni sebab kami selalu bernasyid sama-sama bila-bila dan dimana jua jika sesuai. sorang dah start nanti ade la yang menyahut. Nak buat macam mane, dah jadi habit. Huhu.. Dengar cite HELWI nak buat kumpulan nasyid... heheh.. jom join nak?? Geeee... Ape-ape pun, semoga kita selalu bersama dan meneruskan perjuangakn kita bersama saahabat-sahabat yang lain juge... haih.. rindu sudah mahu pulang ke kolej. Kak af, nanti jumpe ye minggu MAS. Kak Af ajk disiplin yang garang.. Heheh..




Tahniah sebab kita semua dapat result yang baik... Sarah, Hanim, Kak af... ni semua student bahasa arab.. ana student syariah undang-undang.. ukhwah itu tak terhalang dengan perbezaan itu..^^V




Ana sekarang.. ade perubahan ke?? huhu.. lebih tabah kot.. insyaAllah..

02 June 2010

IMAN....



Kaifa imanukunna jami’an…???

Yazid au yankuz…??

Yazid…yankuz.. yazid wa yankuz…


Teringat pertanyaan Kak Wan di musolla khadijah dan musolla muqarabbin sewaktu menuntut di KISAS dahulu. Masih terngiang-ngiang dan segar diingatan saat itu. Sememangnya terasa ukhwah dan betapa islahnya apabila berada di bumi waqafan itu. Ingin sekali diulang kembali zaman itu, zaman dimana diri ana begitu tenang dengan ukhwah para sahabat dan terasa bi’ah solehahnya. Sukar benar untuk mencari tempat yang sebegitu setelah keluar dari bumi tarbiyyah itu. Kadang-kadang terasa mahu menjadi student KISAS kembali dan tidak mahu keluar dari pusat tarbiyyah diri ana itu. Kalau boleh, kurunglah ana disitu, ana sanggup. T_T. Mutiara-mutiara yang berharga di sana begitu indah untuk ditafsirkan dan sukar dicari di tempat lain. Teringat nasihat para murabbinya, terkenang saat budaya hormat menghormatinya, terimbau juga bi’ah solehahnya dan rindu kepada ukhwah sahabat-sahabatnya. Apabila ada yang menegur, diterima dengan hati yang terbuka. Manis sungguh rasanya.



Sejak keluar daripada KISAS, banyak perubahan yang berlaku pada diri ana dan semestinya menduga iman yang ada naik turunnya. Tapi ana selalu merasakan bahawa iman ini semakin hari semakin menurun mengikut pertambahan umur ana. Jika dulu ana tak suka dengar lagu-lagu yang tidak mempunyai value dan cintan cintun. Tapi sekarang dah boleh dengar pulak tu. Jika dulu takut nak berfikir tentang perkara yang bukan-bukan, tapi sekarang ada sahaja perkara yang tak baik terlintas di fikiran ditambah pula dengan pelbagai sajian dan ideology yang entah ape-ape di depan mata. Bagai hilang sebuah permata dalam diri dan ingin ana mencari semula permata itu. Tapi sukar benar ya. Ana selalu termenung dan mengkaji diri yang semakin lama semakin hanyut dan akhlak yang ditarbiyyah dahulu semakin lenyap dalam jiwa. Astaghfirullahalazim…


Kadang-kadang ana termenung dan muhasabah diri. Kenapa ya diriku jadi begini? Betul atau salahkah diriku sekarang? Jika ada alat yang boleh merubah masa, ingin saja ana mencubanya dan melihat kembali bagaimana diri ana dahulu. Jika ada alat yang boleh mengukur hati ini, ingin sahaja ana menggunakannya untuk melihat hati ana yang dahulu dan sekarang. Mesti banyak perbezaannya. Kadang-kadang ana merasakan bahawa ana lebih suka menjadi seorang hamba yang hanya tahu tentang perkara yang baik sahaja di dunia ini. Sebabnya, apabila ana tahu sesuatu yang baru dan mungkin juga perkara itu boleh menyebabkan ana hanyut, ana ingin mencubanya walaupun ana tahu ianya silap. Huh.. jiwa remaja yang suka memberontak ini sangat kuat dalam diri ana. Jika jiwa itu hanya melakukan perkara kebaikan, bukankah bagus. Tapi selagimana ada makhluk yang bernama Syaitan itu, selagi itu lah jiwa yang baik itu tidak akan tenang.



Wahai iman, ana minta agar kamu baik-baik aja. Jangan lah kamu terlalu mahu mendapat markah yang corot sahaja setiap hari. Ku mahu engkau mendapat markah yang cemerlang. Tapi usahanya perlu ada bukan?? Ah!! Usaha ana selalu sahaja terhalang oleh nafsu yang bersahabat baik dengan syaitan itu. Wahai nafsu, jangan kamu berkawan dengan syaitan itu kerana tidak ada gunanya. Lebih baik kamu berkawan baik dengan iman. Dia baik dan akan membuatkan kamu bahagia dunia dan akhirat. Ana janji!!.. Ana, iman dan nafsu, ayuh bersahabat baik ya? Iman boleh mendidik nafsu agar menjadi nafsu yang mutmainnah dan akhirnya boleh mengawal diri ana ini. Sungguh, ana perlukan kalian dalam hidup ana untuk bertemuNya. Jangan berkawan dengan syaitan itu!!. Dia musuh kita!!


Boleh pulak ana bermonolog begitu. Huhu. Tapi benar bukan? Jika kita selidiki diri kita,memang itu yang berlaku. Iman sering tertewas dengan nafsu yang bersahabat dengan syaitan. Kasihan iman kita. Tapi jangan biarkan diri kita terus menerus tertewas dengan persahabatan mereka itu. Perlu usahakan sesuatu untuk menarik nafsu agar menyebelahi diri kita. Diri manusia yang fitrahnya baik dan sukakan kebaikan. Hm2..


Moga iman-iman kita semua yazid sokmo insyaAllah dan selalulah bermuhasabah diri supaya kita tidak terlalu hanyut dengan arus dunia ini. Hidup di dunia ini semuanya serba pantas, tetapi jangan lupa untuk berhenti di lampu merah untuk meneliti kehidupan kita ini. Adakah hidup dalam kelalaian atau pun kesedaran dan dalam keadaan ingat padaNya. Jom muhasabah diri!!


Jom muhasabah diri!!

E-WAR... Do not keep silent..