expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

26 July 2011

Married to increase IMAN


Assalamualaikum…

Di dalam kesibukan bergelar seorang da’ie dan pemimipin tetap memikirkan tentang isu perkahwinan dan lebih-lebih lagi di dalam usia yang bakal menjengah ke umur 23 dalam beberapa bulan sahaja lagi.. Muda lagi.. ya.. itu adalah bait kata bagi mereka yang tidak teruiji dengan perasaan takut dengan kemaksiatan hati yang melanda di dalam hati.. bagi diriku, aku mahu bernikah bagi menjaga imanku yang semakin hari semakin hancur kerana kelalaian dunia.. I wanna get married because I wanna increase my iman dan lebih-lebih lagi menjaga iman, maruah dan juga izzahku sebagai seorang wanita islam.. Mungkin mereka berkata kamu ni gatal mahu bernikah.. Tetapi kalian tidak tahu apakah yang menguji diriku tatkala ini..

Sudah bertahun rasanya air mata ini menitis memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan duniaku demi jaminan buatku di akhirat kelak.. Tapi tidak siapa tahu isi hatiku.. Allah swt sedang mengujiku namun aku takut jika ujian ini membuatkan aku semakin hari semakin jauh dari Yang Esa.. Semakin liar mengejar kenikmatan dunia.. Terasa satu perkara yang menjadi identitiku di hadapanNya hilang dan semakin menghilang.. Ya Allah.. Engkau berikan perasaan ini.. hadirkan jodoh sebaik dirinya buatku.. hadirkan juga perasaan suci ini buatku maka ku pinta halalkan juga dirinya buat diriku.. Jangan sehingga perasaan yang masih tidak halal ini membelengu diriku sehingga aku menjadi ragu-ragu dengan kehidupanku.. ragu-ragu antara adakah aku perlu nikmatinya atau menahannya sehingga waktunya.. Kerana aku wanita yang dhaif dan hatiku mudah berbolak balik…

Biar perkahwinan itu buat diriku mendekati diriMu ya Allah sepertimana Siti Zulaikha dan Nabi Yusof… Biar Perkahwinan itu mampu menjadi jaminan buatku untuk akhiratku kelak…

Pelihara maruahku.. izzahku sebaga wanita muslim… Dan juga imanku yang semakin hari semakin menipis ini ya Allah….

14 July 2011

Izinkan mata ini menangis..

Ya Allah... Apabila Engkau berikan amanah buatku, maka permudahkanlah diriku untuk menjalankan taklifan yang telah dibebankan ke atas ku.. Bukan aku menangis kerana kecewa dengan tanggungjawab yang diberikan olehMu, tapi aku mahu menangis agar hilang sedikit ketegangan dan biar mataku ini segar dan basah dengan air mata ciptaanMu.. Bukan aku mengeluh tetapi cuba mendapatkan kembali kekuatan dariMu..

Ya Allah.. aku serahkan segalanya kepadaMu yang maha mengetahui segala perkara yang aku tidak tahu.. Aku melihat sahabatku terlantar kerana menanggung tarbiyyah sebagai bakal ibu yang kau berikan untuk dirinya.. Aku sedih kerana tidak dapat memberikan kata-kata semangat dan juga menjadi sahabat yang membantu dirinya kerana kesibukkanku.. Maka Ya Allah Kau berikanlah kekuatan buat dirinya.. Kau berikan ujian buat si dia dengan menimpakan musibah buat dirinya.. Aku serahkan kepadaMu untuk menjaga segala kehidupan dan kesihatan dirinya..

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melaksanakan tugas yang Engkau berikan kepadaku.. kurniakan aku sahabat seperjuangan yang sering bantu membantu demi menegakkan agamaMu.. Permudahkan ya Allah.. Ya fattah.. Dan izinkan aku menangis lagi...

05 July 2011

Tabahkanlah hatiku Ya Allah


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

01 July 2011

Khabar Gembira Yang Dinanti



Assalamualaikum....

Setelah hampir 3 minggu bertugas dan bertungkus-lumus bagi menjayakan Minggu Aluan Siswa kali ke -23 bagi adik-adik baru, akhirnya ana punya masa juga untuk menulis serba sedikit penulisan disini..

Masih lagi merasai kepenatan sepanjang mengendalikan MAS kali ini dan ditambah pula semalam menguruskan seorang freshie yang terkena histeria. Hampir jam 3 pagi baru dapat menyedarkan adik tu walaupun ana tertidur kepenatan setelah memegang adik yang meronta-ronta dengan bantuan muslimin yang lain. Dah ada gaya gostbaster aje kami semua. Tapi alhamdulillah semuanya dapat dikawal..

Disini ana ingin bercerita sedikit tentang berita gembira yang Allah berikan setelah kita diuji olehNya dan nikmat itu sangat indah dan tidak tergambar dengan kata-kata. Alhamdulillah bakal dapat merasainya tidak lama lagi dengan izin Allah..

Siapa sangka setelah bertahun-tahun menderita dan menanti berita yang menggembirakan dan akhirnya pintu rahmatNya telah terbuka.. Mudahnya setiap perjalanan yang dirasakan sehinggakan segala pahit getir yang dilalui sepanjang tempoh 4 tahun yang lepas seperti satu kenangan yang sangat manis.

Hasrat hati dihalang, dimarahi, dituduh melakukan perbuatan yang tidak elok dan sebagainya akhirnya hilang setelah mendengar kata-kata bahawa mereka sudah sudi menerima dan gayanya seperti tidak sabar menanti detik itu..

Rasa-rasanya para pembaca seperti tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh ana.. tak mengapa.. InsyaAllah nanti ana akan ceritakan ya.. tapi belum masanya.. Moga kisah hidup ana ini nanti dapat memberi pengajaran buat adik-adik dan sahabat yang lain juga insyaAllah..

Akhir kata.. doakan ana semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di dalam lindunganNya.. Doa ana buat kalian moga Allah sentiasa memelihara anda semua insyaAllah... =)