Assalamualaikum…
Bertemu
lagi di ruang NIS dengan post yang agak berbentuk kedewasaan sedikit. Ehem2..
walauapun saya tahu kebanyakan pembaca blog saya di kalangan pelajar yang
sepatutnya focus kepada pelajaran, tetapi disini saya juga ingin menyentuh
mengenai preparation Baitul Muslim buat yang on the right time and the way
untuk kearah gerbang perkahwinan. Buat adik-adik yang masih bertungkus lumus
dengan pelajaran boleh jadikan artikel ni untuk family-family dulu ye. Jangan fikir
manyak2 pasal Baitul Muslim. Nanti pelajaran entah kemana pulak. Huhu…
Lama
jugak la tak buat artikel pasal Baitul Muslim ni dan kali ni kongsikan sedikit
pandangan dan cadangan saya bagi mereka yang inginkan pasangan yang soleh dan
solehah dan berakhlak terpuji. Sebagai
seorang manusia yang mempunyai pelbagai kehendak dan keinginan yang
kadangkala melampaui keperluan kita mesti ada cirri-ciri tertentu bakal
pasangan kita. Kan? Dan adakalanya sampai ada yang fobia dan sangat-sangat
terperinci dalam memilih bakal pasangan sampai semua orang ditolaknya. Adakalanya
juga kita dah istikharah dan kita rasa dah betul dah pilihan kita tapi ade
sesetengah sikap dia tu kita tak berapa berkenan dan kita nak die ade cirri-ciri
yang kite nak.. Ye lah kan nanti dia tu bakal jadi ayah atau ummi pada
anak-anak kita jugak kan? Hm2..
So
nye.. memang kita tak boleh nak ubah seseorang mengikut kehendak kita dan pakar
psikologi jugak ada menyatakan bahawa kita jangan cuba ubah seseorang ikut
kehendak kita dan suruh dia berubah sebab nanti orang tu rasa kita nak kongkong
dia. Dari sudut perspektif islam plak mungkin orang tu akan berubah sebab kita,
bukan kerana Allah. Jadinya perubahan itu bersebabkan makhluk.
Jadi
dekat sini saya nak bawak sahabat-sahabat semua merenungi kekuatan doa dalam
mendidik seseorang menjadi hambaNya yang baik dan taat. Mungkin takdir Allah
jika dijodohkan dengan seseorang yang kita tak berkenan dengan sikapnya atau mungkin juga dalam perspektif family kita
sendiri ada adik-adik beradik kita yang tak solat atau tak jaga aurat. Jadi nak
ubah seseorang dengan menyuruh dia berubah memang satu strategi yang sukar
untuk berjaya. Jadi apakah yang paling berkuasa untuk mengubah akhlak dan
peribadi seseorang?? DOA.. ye.. doa adalah senjata dan kekuatan umat islam.
NI pun nakal jugak kadang-kadang.. huu.. hamba yang banyak khilaf dengan Allah.. |
Dengan
mendoakan agar Allah memelihara bakal pasangan atau mungkin kita tak ketemu
jodoh lagi, kita mintak Allah tolong pelihara akhlak si dia, pelihara iman si
dia dan ketemukan dia dengan sahabat-sahabat yang soleh. InsyaAllah, dengan
niat yang ikhlas dan usaha untuk doa bersungguh-sungguh maka Allah akan
kurniakan pasangan yang baik untuk kita yang buat kita rasa tenang dan senang
denganya. Tak susah.. ^^V…
Untuk
family kita sendiri pun, kalau ada yang nakal sket tu, banyak2 berdoa untuk
Allah perelokkan akhlaknya dan jangan lupa untuk doakan untuk diri sendiri. Bagi
saya tu lah doa pengasih yang mujarab. Doa pengasih supaya kasihkan Allah.
Saya
rasa dalam perspektif baitul muslim pun kene praktikkan doa macam ni. Supaya kita
senang nak deal dengan zauj atau zaujah nanti. Kan? Supaya Allah mudahkan kita
untuk memahami pasangan bila dah berkahwin sebab bukan senang nak bina
persefahaman. Ustaz saya sendiri pun katanya nak faham isterinya amek masa 7
tahun. Hm2..
Akhirnya,
saya cuma nak tekankan kat sini tentang keberkesanan doa tu yang paling utama. Dan
untuk semua sahabat-sahabat yang bakal mendudukan final exam minggu depan
jangan lupa jugak untuk berdoa supaya dipermudahkan Allah. Study-study juga
tapi jaga solat juga. Jaga ibadah jugak. Jangan study sampai lewat pagi tapi
subuh kegajahan. Huhu.. pesan buat diri sendiri dan juga ahli bilik ni jugak.
Kan2?? Kalu study bagai nak rak tapi tak jaga hubungan dengan Allah macam mana
nak dapat keberkatan kan?? Berjaya tu mungkin berjaya sebab Allah dah janji dah
sesiapa yang berusaha akan berjaya. Tapi disisi Allah?? Hm2.. kita pun tak
tahu.. ape-ape saya ucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir ni yek. Saya ni
pun tengah bertungkus lumus (yeke?) jugak untuk siapakn thesis ni dan juga
study yang mana belum disentuh lagi untuk exam nanti.. hehehe…
Najihah say : doakan saya jadi anak yang solehah.. ^^.. |
Ok
ye.. sampai sini dulu.. assalamualaikum..
p/s
: doakan saya dapat menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata dan ummi yang
baik untuk anak-anak.. hihi.. (cewah)