Assalamualaikum…
Dah hampir
seminggu lebih saya tak update apa-apa entry dekat blog ni. Kesibukkan dengan
schedule dan juga urusan study yang lain menyebabkan saya tak mampu nak menaip
sesuatu di sini. Semalam ada seorang sahabat bertanya bila lagi nak update
blog? Dah seminggu tak diperbaharui. Lalu saya memberikan beribu alasan. Huhu. Bukan
tidak mahu update tapi masa itu sangat mencemburui saya. Sekarang lagi busy
dengan menyiapkan script untuk mock trial dan preparation yang lain. Mock trial
hari selasa ni. Mohon doa agar semuanya dipermudahkan.
Kali
ni saya hanya ingin menulis berkenaan dengan dream, impian atau cita-cita.
Setiap orang mempunyai cita-cita masing-masing. Cuma bergantung kepada individu
tersebut dalam mengatur strategi on how to achieve their dream. Saya juga
mempunyai cita-cita yang saya pendam dan inginkan sejak saya berada di
tingkatan 1 lagi yakni bergelar seorang peguam syarie. Saya letakkan matlamat
saya dengan jelas untuk mengarahkan diri saya ke arah cita-cita saya tersebut
tanpa berpaling lagi. Saya masih ingat saya pernah membuat lakaran mengenai
impian dan apa yang saya inginkan dalam hidup. Saya tulis bahawa saya ingin
mendapat 9A dalam PMR kemudian diikuti dengan SPM dengan mendapat 11A1 dan
akhirnya ke UIAM untuk mengambil jurusan Syariah Undang-Undang. Itu perancangan saya dan saya berusaha kearah itu tanpa memikirkan perkara lain. Namun
lain pula perancangan Allah dimana saya hanya memperolehi 8A1B di dalam PMR
pada tahun 2004 dan 9A2B dalam SPM pada tahun 2006. Itu perancangan Allah buat
saya dan saya terima kerana itulah yang setimpal dengan doa dan usaha saya
selama masa tersebut. Allah itu maha adil dan memberi mengikut apa yang
diusahakan oleh hambaNya. Seterusnya dalam permohonan UPU saya tetap letakkan
jos pengajian syariah undang-undang sebagai target utama dan Alhamdulillah saya diterima masuk ke Pusat
Matrikulasi UIAM dalam bidang Undang-undang. Namun perancangan Allah sekali
lagi kerana hati saya yang pada masa itu masih tak keruan dan dilemma dengan
keinginan ibu bapa yang inginkan saya menjadi pendidik membuatkan saya keluar
dari UIAM untuk berada di IPGM. Saya tidak salahkan sesiapa bahkan itu adalah
perancangan Allah yang terbaik buat saya kerana dengan kepergian saya ke IPGM
membuatkan saya memperolehi pelbagai hikmah yang telah membentuk diri saya
sekarang. Iu adalah tarbiyyah Allah buat saya dan saya amat mensyukuri nikmat
tersebut.
i will achieve my dream.. |
Saya
masih lagi mencintai bidang perundangan islam dan hati saya tak pernah henti
untuk mencapai impian itu. Allah bersama-sama dengan sangkaan mahlukNya dan
saya diuji dan tidak dapat meneruskan pengajian di bidang perguruan. Saya tidak
bersedih walau sedikit dengan kegagalan itu Cuma saya sedih kerana melihat
kepada ibu bapa saya. Bukanlah bermakna saya sengaja menggagalkan diri saya
tetapi dek kerana konspirasi dan birokrasi dan juga aturan Allah telah
menjadikan ianya begitu. Sememangnya saya sendiri telah jatuh hati dengan
bidang perguruan namun tidak kesampaian. Sejak kegagalan tersebut saya tidak
patah hati untuk menyambung pengajian saya walau di mana saya berada, walau
sepayah mana pun dan akhirnya saya dapat menyambung kembali cita-cita saya
dalam bidang Syariah Undang-Undang disini. Ibarat bulan jatuh ke riba. Tetapi masih
lagi rindu bidang perguruan yang ditinggalkan hingga saya juga bercita-cita
untuk menjadi seorang guru satu hari nanti. Namun buat masa ini, saya
menetapkan matlamat saya untuk berkhidmat sepenuhnya di dalam profession
perundangan islam kerana saya memikirkan tahap kemampuan saya sendiri. Mungkin
saya hanya menjadi seorang guru kepada anak-anak permata hati keluarga sahaja
dan tak lupa kepada anak-anak saudara saya yang comel-comel belaka.
Begitulah
aturan Allah yang sangat cantik jika kita pandang dari sudut hikmah. Berbalik kepada
Achieve Your Dream, saya nasihatkan adik-adik dan juga sahabat-sahabat saya
agar berusaha sehabis baik untuk mencapai impian anda. Jangan pernah rasa lemah
dan rasa diri tidak mampu untuk mencapainya. Achieve your goal selagimana masa
masih ada dan anda mampu untuk mencapinya. Each of us have our own ability that
given by Allah and it’s just up to us to find it and manage it for our life. Masih belum terlambat untuk kita merancang dan
bergerak kearah itu. Namun dalam merancang juga perlu letakkan rasa redha
kerana kita perlu ingat bahawa kita merancang, Allah juga merancang dan
perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
each person have their own ability.. search for it and use it to achieve what do you want in this life and for akhirat.. insyaAllah.. |
Satu
formula yang ingin saya kongsikan disini buat sahabat-sahabat yang ingin
mencapai impian masing yakni
Pertamanya, tetapkan matlamat jangka pendek
dan jangka panjang anda atau matlamat dalam setiap stage kehidupan anda.
Sebagai contoh bagi pelajar diploma seperti saya, selepas diploma ini saya mahu
menyambung ke dalam bidang Undang-Undang
Syariah.
Kedua, berusaha untuk mengenalpasti bagaimana caranya untuk anda mencapai matlamat tersebut. Contohnya dengan bertanya kepada pensyarah apakah aspek-aspek yang diperlukan bagi megambil bidang tersebut. Contohnya kalau nak sambung Undang-Undang Syariah, uni mana yang bagus, kemudian search tentang requirement untuk ambil bidang tersebut di uni yang dirasakan bagus.
Ketiga, tulis matlamat anda setelah anda pasti bahawa anda ingin mencapainya mengikut kemampuan masing-masing. Jangan jadi seseorang yang hanya bercerita di atas awan ye.. Buat sesuatu mengikut tahap kemampuan kita. Kenapa kene tulis?? Sebab supaya kita jelas dan tahu matlamat kita disamping motivasi buat diri.
Keempat, bergerak atau berusaha mengikut apa yang telah anda aturkan bagi kehidupan anda disamping berdoa kepada Allah dan bertawakal dengan apa yang dirancangkan.. Jangan lupa hubungan dengan Allah itu kene jaga dan yakin dengan kehendak Allah..
Kedua, berusaha untuk mengenalpasti bagaimana caranya untuk anda mencapai matlamat tersebut. Contohnya dengan bertanya kepada pensyarah apakah aspek-aspek yang diperlukan bagi megambil bidang tersebut. Contohnya kalau nak sambung Undang-Undang Syariah, uni mana yang bagus, kemudian search tentang requirement untuk ambil bidang tersebut di uni yang dirasakan bagus.
Ketiga, tulis matlamat anda setelah anda pasti bahawa anda ingin mencapainya mengikut kemampuan masing-masing. Jangan jadi seseorang yang hanya bercerita di atas awan ye.. Buat sesuatu mengikut tahap kemampuan kita. Kenapa kene tulis?? Sebab supaya kita jelas dan tahu matlamat kita disamping motivasi buat diri.
Keempat, bergerak atau berusaha mengikut apa yang telah anda aturkan bagi kehidupan anda disamping berdoa kepada Allah dan bertawakal dengan apa yang dirancangkan.. Jangan lupa hubungan dengan Allah itu kene jaga dan yakin dengan kehendak Allah..
Hm2..
ini hanya sekadar perkongsian yang saya lakukan buat diri saya yang dhaif ini. Buat
adik-adik dan sahabat yang lain mungkin ada cara masing-masing.^^…
^^.. Ma'attaufiq wannajah everyone!!.. |
Akhirnya,
saya mendoakan kejayaan sahabat-sahabat saya dan juga saya mohon doa kalian
juga untuk kejayaan saya juga.insyaAllah 15hb Oktober akan bermulanya exam week
di kampus saya. Saya ucapkan Ma’attaufiq wannajah buat semua sahabat-sahabat
yang bakal menduduki peperiksaan. insyaAllah ini merupakan peperiksaan saya
yang terakhir di sini sebelum memulakan langkah untuk ke peringkat degree
pula.. ^^.. Doakan.. wallahualam..
No comments:
Post a Comment