expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

23 September 2008

Ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah?


Sekadar ingin berkongsi luahan hati yang terpendam kat dalam dri ana nie. Melihat rakan-rakan seperjuangan yang mengambil bidang agama membuat hati ini terusik dan cemburu sekali. Mereka semua dapat mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama dengan lebih dalam yang mana merupakan impian ana sebenarnyer. Ada diantara rakan-rakan yang bergelar hafizah dan hafaizyang di hati mereka terselit ayat-ayat al-quran yang amat indah. Ana tak dapat jadi seperti mereka kerana kesibukkan masa ana terhadap study ana. Ingin sekali diri ini mengabdikan diri bersama-sama kitab-kitab tua karangan imam dan ulama’ terdahulu. Diri ini ingin mengkaji kitab-kitab tua itu. Biarpun tua, namun begitu sangat bermakana sekali. Namun sekarang ana hanya menatap buku-buku karangan mohammad salleh (mat salleh) je. Kadang-kadang rasa sedih and upset sangat sebab bile study English nie, jarang la nak related dengan islam tue sendiri. Banyak yang sekularnyer dan hati nie pedih je terpaksa terima semua tue. Memang lah ilmu itu pun ilmu Allah jugak. Tapi hati nie mendesak diri nak belajar syaria’ah, Qur’an sunnah dan yang seangkatan dengannya. Dengan belajar ilmu-ilmu itu secara automatiknya kita sendiri akan rasa insaf dengan ciptaan Allah tue. Semakin banyak ilmu agama dipelajari semakin bertambah keimanan.


Menuntut ilmu itu jihad..


Ana seronok tengok rakan-rakan ana yang berada dalam iklim dinni. Penuh dengan bi’ah yang solehah. Tenangnya hati kalau dapat duduk dan berada dalam waqi’ yang macam tue. Dulu teringin nak pegi belajar kat Mesir and discover tentang sejarah islam semua. Hmmm…tak tahu lah ana dapat make my dream come true or not. Harapnya ana dapat peluang tue. Tiap kali dengar ceramah agam dari ustaz2 macam Ustaz Jamnur Azhar Mulkan, ana rasa sangat cemburu dengan ilmu-ilmu mereka semua. Dapat mendalami ilmu agama dan jugak ilmu-ilmu kifayah yang lain. Rasa berbangga pun ada sebab mereka saudara se-akidah kiter. Rasa bersemangat nak belajar semua ilmu Allah and kalau boleh nak menuntut ilmu sahaja dan tak nak fikir benda lain. Tapi ana nak belajar ilmu-ilmu agama yang memang ana minat sangat. Bukan ana ni prejudis terhadap English Language tue sebab language juga merupakan salah satu dakwah islam. Tapi sebab waqi’ tue buat ana nak uzlah dari mereka semua dan kadang2 nak berhenti pun ader jugak. Ape-ape pun ana kena relate balik tentang hikmah semua nie berlaku. Sesungguhnya itu semua kehendak Allah ada ada hikmahnya. Mungkin ini ujian buat ana dan InsyaAllah ana akan menempuhinya dengan sabar. Fassobirul jamil. Ana mohon doa dari sahabat2 ana agar ana tetap istiqamah dengan perjuangan ana dan tak rasa lemah lagi. Amin…

22 September 2008

Kehidupan as mahasiswa?Macam mane eik?


Hmm... assignment dah makin berlambak yang tak siap lagi.. Assignment group plak tu. Kadang-kadang ader jugak selisih faham bile time wat assignment. Diri sendiri pun cepat terasa gak. Hmm.. Bile nak siap entah asignment nie. Banyak benda lain yang tengah duk fikir nie. Final exam dah nak dekat tapi study tak mule2 lagi. Bukan tak mule tapi tak concentrate sangat and tak le h nak fokus. Ader je kejer lain yang kena fikirkan.. Huhu.. hmm.. Usrah adik2 pun tak jalan lagi nie. Dorang pun duk tanyer dah kat ana nie. maaflah adik2. Akak agak busy sejak akhir2 nie. Tulis blog nie pun curi2 mase je. Bile nak fokus study nie? Masa dah makin suntuk. Kaadang2 teringat macam mane kehidupan ana kat sekolah dulu. Hmm.. memang seronok belajar sebab kiter just fokus pada belajar je. tapi bile dah duk ipt nie, macam-macam kena fikir. Program sane sini. Lepas tu if kiter dipertanggungjawabkan untuk conduct program, kena fikir jugak tue. Meeting hampir setiap hari untuk permudahkan perjalanan program. Ditaqdirkan Allah, kite terpilih untuk conduct usrah pulak. Hmm.. itu tak pe lah sebagai salah satu bentuk pentarbiahan diri... tapi yang pastinya, bile dah makin dewasa kita akan lagi banyak berfikir untuk pelbagai perkara. Otak nie rase bercabang-cabang. Kalau dulu kite just tension sebab tak dapat score exam and tak dapat catch-up ape yang cikgu ajar. tapi sekarang dah bertambah lagi perkara yang perlu difikirkan. Dah tak de perkataan rehat dalam hidup.. sebab sepanjang masa kita digunakan untuk fokus pader study,program bina insan,assignment, program2 luar, masalah2 dalam and luaran.. Memang pening jugak sebab kite perlu jadi fleksible dan berfikir dengan pantas dalam setiap gerak kerja kita. Bile duduk dalam situasi yang berbeza, mode otak pun kena tukar ikut kesesuaian masa dan tempat. Masalah luar tak leh bawak dalam situasi yang tak berkait rapat dengan masalh kite tue.. ( ape ana cakap nie?huhu)..Ape2 pun. tue lah yang ana rase sekarang nie. tadi ana cakap pasal belajar tapi skang dah termasuk dalam bab masalah plak de.. tak pe la, as a supliment. Tambahan je la tue.. Tapi main pointnyer nak bagitahu, dunia and kehidupan as student kat ipt nie bukan senang seperti yang kite gambarkan masa kite kat sekolah dulu. Dunia as mahasiswa sangat mencabar dan menduga keimanan kite as muslim. Kalau iman tak kuat, mungkin ader diantara kita akan terjerumus ke kancah yang tak bermoral. Tapi sebenanye, kadang2 bile banyak cabaran, itu yang menyeronokkan.Kire macam kite makan nasi la. Kalu tak de lauk, tak best. Ape2 pun istiqamah diri dan try to avoid benda2 yang tak bermoral. nak jaga diri sendiri memang susah sebab kite insan..(pesanan kat diri sendiri nih). Okey la... nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin kat semua kawan2 yang mengenali diri ini. Sesungguhnya diri ini tidak sempurna .. Jika ader tersalah kate, itu memaang kelemahan diri sendiri yang perlu diperbaiki.. Tegur2 la diriku ini.. Yang baik dan buruk itu dari Allah tapi disandarkan kepada ana.. wallahua'alam..

Dan berpesan-pesanlah kamu pada jalan kebaikan...

18 September 2008

Sambut Birthday...


Alkisahnye ana nak citer pengalaman ana sambut birthday kawan-kawan ana pada 16hb yang lepas. Sambut birthdat memang biaser je. Tapi kali nie kami buat sedikit kelainan dengan sambut birthday waktu sahur. ( seronok) Malam sebelum tu, kami dah masak semua makanan untuk sambutan tue. Empunyer diri yang sambut birthday pun tolong masak sekali tapi tak tahu yang makanan tu nak buat sambut birthday dorang esoknye.(hehe..). Keesokkannya kami pun sambut la birthday tu kat satu tempat. Kek dah sedia semuanya. (sedap.... bak kata upin and ipin) Tapi kami nak kena habiskan nasi yang dah masak semalam. Nasi punyer la banyak nak dihabiskan sebab kami makan dalam talam. Jam dah pukul 5.30 a.m tapi nasi tak habis lagi. huhu... Semua sedaya upaya nak habiskan makanan tu. Kek masih lagi tak dijamah.. Wawa... kempunan ni nak makan kek... Akhirnya jam 5.40 am sempat jugak dihabiskan nasi tu sume. so tak membazirla. Ana pun makan la kek tu bersama kawan2 yang lain. Baru je telan kek tu, tiba-tiba..... Allahuakbar...Allahuakbar!!.. Dah azan..... masih ader kek yang tersisa dalam mulut... ana terpaku... Ada di antara rakan2 ana yang baru je nak suap kek dalam mulut.. Lepas tu semua terkasima macam masa dihentikan seketika. Ana meluru masuk bilik air dan berkumur... Huhu.. kempunan ana nak makan kek yang sedap tu... tapi yang pastinya tu pengalaman yang sangat lucu buat ana and teman2 seperjuangan kat bumi perguruan nie. Ade la jugak pengalaman lucu dengan diorang padr bulan ramadhan yang boleh jadi kenangan ana nanti bila dah fly ke UK. InsyaAllah... Kat sini nak quote sahabat2 ana yang sambut birthday ari tue.... Kak Nora, Ima and Laila.... Hehe... Selamat Hari lahir... kak nora dah bertambah tua.. hehe... ok sampai sini dulu eik... Salam..
P/s: Teringin nak sambut birthday waktu hari raya.. tapi ana lahir bulan satu... huhu... hajat tak kesampaian...=(

Inspirasi Hatiku..


Semoga diri ini terus tabah menempuhi hidup bersama teman-teman seperjuangan. Biar tak bertemu di dunia, InsyaAllah bertemu di akhirat kelak...