expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 September 2008

Sambut Birthday...


Alkisahnye ana nak citer pengalaman ana sambut birthday kawan-kawan ana pada 16hb yang lepas. Sambut birthdat memang biaser je. Tapi kali nie kami buat sedikit kelainan dengan sambut birthday waktu sahur. ( seronok) Malam sebelum tu, kami dah masak semua makanan untuk sambutan tue. Empunyer diri yang sambut birthday pun tolong masak sekali tapi tak tahu yang makanan tu nak buat sambut birthday dorang esoknye.(hehe..). Keesokkannya kami pun sambut la birthday tu kat satu tempat. Kek dah sedia semuanya. (sedap.... bak kata upin and ipin) Tapi kami nak kena habiskan nasi yang dah masak semalam. Nasi punyer la banyak nak dihabiskan sebab kami makan dalam talam. Jam dah pukul 5.30 a.m tapi nasi tak habis lagi. huhu... Semua sedaya upaya nak habiskan makanan tu. Kek masih lagi tak dijamah.. Wawa... kempunan ni nak makan kek... Akhirnya jam 5.40 am sempat jugak dihabiskan nasi tu sume. so tak membazirla. Ana pun makan la kek tu bersama kawan2 yang lain. Baru je telan kek tu, tiba-tiba..... Allahuakbar...Allahuakbar!!.. Dah azan..... masih ader kek yang tersisa dalam mulut... ana terpaku... Ada di antara rakan2 ana yang baru je nak suap kek dalam mulut.. Lepas tu semua terkasima macam masa dihentikan seketika. Ana meluru masuk bilik air dan berkumur... Huhu.. kempunan ana nak makan kek yang sedap tu... tapi yang pastinya tu pengalaman yang sangat lucu buat ana and teman2 seperjuangan kat bumi perguruan nie. Ade la jugak pengalaman lucu dengan diorang padr bulan ramadhan yang boleh jadi kenangan ana nanti bila dah fly ke UK. InsyaAllah... Kat sini nak quote sahabat2 ana yang sambut birthday ari tue.... Kak Nora, Ima and Laila.... Hehe... Selamat Hari lahir... kak nora dah bertambah tua.. hehe... ok sampai sini dulu eik... Salam..
P/s: Teringin nak sambut birthday waktu hari raya.. tapi ana lahir bulan satu... huhu... hajat tak kesampaian...=(

No comments: