expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

05 November 2008

Baitul Muslim...


" Katakanlah cinta itu nafas hati, yang berputik tiap masa, cukup bergolak tanpa henti.. Akan cinta bertakung tenang, andai dua jiwa disatu dalam dakapan mesra sebuah ikatan yang padanya dibangga Al Amin"

Post kali ini mungkin menarik perhatian sahabat-sahabat ana diluar sana. pasti ada yang akan bertanya "Enti nie, dah berniat nak dirikan baitul muslim ke?" Hai sape yang tak nak menjalankan sunnah Nabi Muhammad yang dituntut dalam islam. Disamping matlamat untuk membentuk generasi muslim yang berkualiti. Hmm.. semoga ana dapat menjadi mujahidah di hati bakal suami ana.( erk.. InsyaAllah)

Hmmm.. dalam diari seorang pendakwah muda, adakah wujud perasaan CINTA itu sendiri? Banyak tazkirah-tazkirah yang ana dengar bahawa dakwah tidak akan berkesan jika seorang da'i itu tidak menjaga hatinya. Namun begitu, adakah kita ini malaikat yang tidak mepunyai perasaan? Allah hadiahkan fitrah suci itu buat hambaNya untuk menikmati nikmat kasih sayangNya. Apakah tanggungjawab kita yang memahami tuntutan syara' ini? Adakah perasaan itu perlu disekat atau dibantu agar seseorang itu dapat menyalurkan perasaan itu ke arah yang digariskan dalam islam yakni nikah. Sesungguhnya dalm surah Ar-Rum ayat 21 sendiri telah menjelaskan bahawa pernikahan itu memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam hati manusia. Dengan pernikahan itu juga dapat memberi semangat kepada pasangan masing2 untuk meneruskan dakwah tanpa dibelengu rasa berdosa jika memendam perasaan diluar nikah. Tetapi, adat semasa pada hari ini yang tidak dapat menerima jika seseorang yang masih muda untuk bernikah kerana takut pelbagai masalah yang akan timbul dengan pernikahan di usia muda. Bimbang kerana masing-masing masih lagi belajar dan takut jika mereka tidak dapat meneruskan pelajaran dan dakwah dengan baik kerana tanggungjawab yang lebih besar terpaksa dipikul.

. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.
(surah An-Nuur:32)

Ayat al-Quran diatas telah menerangkan kepada kita sejelas-jelasnya tentang betapa Allah s.w.t sendiri menganjurkan pernikahan dan kita sebagai muslim perlu membantu mereka yang masih lagi terkapai-kapai dalam dunia cinta yang tidak sah agar mereka dapat menyalurkan perasaan anugerah Allah itu kejalan yang diredhoiNya.

Akhir kata dari ana yang masih lagi bertatih dalam meniti titian hidup dalam memperjuangkan haq2Nya. Janganlah kita membiarkan maksiat hati terus menerus menyerang ruhul jadid ini yang akhirnya meneyebabkan islam itu jatuh. Namun berfikirlah untuk mencari jalan penyelesaiannya kerana kita sebagai khalifah di bumi Allah ini adalah dilahirkan untuk berfikir tentang permasalahan ummat yang berlaku masa kini. Maksiat hati ini, nampak je kecil dalam skop dakwah tapi sebenarnya ia memeberi impak yang besar bagi keseluruhan kerja dakwah. Wallahua'lam. Jika ana ader tersilap bicara, mungkin sahaat-sahabat yang lain dapt memperbetulkan kesilapan ana dalam mencoret idea tang masih lagi lemah. Syukran. salam perjuangan

2 comments:

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Salam. Ana tertarik dengan penulisan enti kai ini. Ana pun kerap kali mengikuti penulisan enti melalui blog. Ana agak setuju dengan pandangan enti berkaitan perkara ini (baitul muslim) dan itulah antara perkara yang sangat ditekankan dalam Islam iaitu memilih isteri /pasangan yang sesuai dengan fitrah masing2. Manusia biasanya akan memilih pasangan masing2 berdasarkan 4 perkara (hadith) paras rupa, harta, keturunan dan agama. Nabi s.a.w. mengesyorkan kita memilih pasangan yang beragama, kelak bahagia.Tambah2 kita sebagai hamba Allah yang bersedia untuk membawa panji2 Islam ini, baitul muslim bukanlah satu perkara yang perlu disembunyikan lagi. Itulah fitrah sebagai manusia dan muslim. Melahirkan ummah yang cemerlang dunia akhirat. Namun, suka bagi ana ingatkan diri ana dan sahabat semua bahawa fitrah itu adalah fitrah, kadang2 akan mengganggu perjalanan dakwah kita andai tidak ditangani dengan betul. Musuh utama kita syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan kita, termasuklah menggunakan proksi fitrah. Ana tak kata perasaan cinta itu salah, ianya juga adalah fitrah. Namun, berdasarkan pengalaman ana sendiri selaku 'kaunselor' bagi teman ana, ana meihat bahawa apabila perasaan cinta ini terlalu diikuti, ana bimbang kita akan mudah hilang arah dalam perjuangan ini, perjuangan dakwah yang suci ini. Teruskan peranan enti sebagai mujahidah, kadang2 dalam perjuangan ini kita perlu menjadi 'dungu dengan persekitaran' iaitu tidak nampak sesuatu pun kecuali jalan hadapan, matlamat kita iaitu Maradhatillah. Ana pun doakan agar enti dan kita semua akan dikurniakan pasangan yang diredhai Allah agar jalan dakwah kita akan lebih teratur dan mendapat keberkatan dari Allah. Sekadar pandangan.

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Kalau enti ada membaca komen ini, ana harap enti boleh mesej no hp enti kepada hp ana. Ana dah terpadam no enti.:)