expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

25 November 2008

Niqab's Gurlz...

Assalamualaikum.. Hmm.. mesti ader yang terkejut dengan post ana yang terbaru nie. Ok, just sebagai pembuka minda bagi sahabt2 ana diluar sana tentang pemakaian niqab atau purdah nie. Sebenarnye ana sedang and still membuat kajian tentang kasahihah dalil yang berkaitan dengan pemakaian purdah nie. Kesian kat sahabat2 ana yang terpakasa melayan karenah ana nie. Duk mencari no phone ustaz. Maaf sangat sebab mengacau anda semua yang sedang menikmati cuti semester nie. Huhuhu..Ana kekurangan sumber rujukan untuk tanye tentang niqab nie. So, maser sekarang la baru tercari-cari guru-guru agama yang pakar. Cuba bayangkan kalau suatu saat nanati semua ilmuan agama telah pergi menghadap ilahi? Wah! gamat dunia nie.. Tak tahu la umat islam semua nie akan jadi ape. Zaman kegelapan. So, kite kena sentiasa dengan ulamak2 islam ni dalam memperjuangkan agama Allah yang tercinta. Ok.. Kat bawah nie ana sertakan dalil yang berkaitan dengan pemakaian purdah. Ana ambil dari blok ukhti hayati. Syukran kak yati sebab bagi tika copy kat sini. Hehhe.. Arigato..

Karangan Habib Salim Asy-Syatiri(Sultan Ulama‘) dari Yaman yakni Kitab Nailu Roja’ yang mensyarahkan kitab Safinatun Naja..adalah kedua-dua kitab ini membincangkan tentang masalah fiqh Mazhab Syafie, dari pendapat Ibn Hajar dan Sheikh Ramli dan juga beberapa pendapat ulama’ muktabar yang lain.

Kitab Nailu Roja’ amat dikenali di kalangan para ulama’ dunia, kerana kitab ini diantara kitab yang paling ringkas tapi amat padat isinya, dan digelar sebagai Kiblat para Ulama’.

Di dalam kitab ini, dijelaskan bahawa dalam mazhab Syafie, terdapat dua pendapat berkenaan aurat wanita..

Pendapat pertama(pendapat yang kuat):-Seluruh badan wanita adalah aurat, termasuk muka dan tangan, melainkan ketika solat..

Pendapat kedua(pendapat yang lemah):-Seluruh badan wanita adalah aurat, kecuali pada muka dan tapak tangan.

*Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas’ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii’ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Dalil mereka yang mengatakan berpurdah tidak wajib:-

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.
: Hadis Rasul SAW yang bermaksud ” Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).
: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.
dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Begitu juga pendapat ulama’ muta’akhirin, yakni Ali Jadul Haq R.H, bekas Sheikhul Azhar, mengatakan dalam fatwanya yang berbunyi,”adalah wajib bagi wanita akhir zaman sekarang ini memakai purdah”. ini adalah kerana lemahnya iman para golongan adam yang mudah rosak kerana fitnah yang dilemparkan oleh para hawa akhir zaman. Dan beliau ada dalil yang tersendiri, dan kenyataan ini keluar selepas kenyataan Sheikhul akhbar, Yusuf al-Qaradhawi, yang menyatakan hukum berpurdah ini hanyalah harus, berdasarkan dalil beliau yang tersendiri.

Adalah perkara ini adalah perkara khilafiah sahaja..orang yang tidak mahu pakai, maka ianya tidak bersalah. Moga itu memang diizinkan Tuhan.

Orang yang mahu pakai, maka ianya juga tidak bersalah, bahkan ini lebih bagus dan lebih sopan disisi Islam.

Adapun orang yang tidak memakai purdah, maka tidak patut mereka mencaci golongan yang berpurdah, kerana golongan ini lebih dikira wara’ di sisi syara’(secara zahirnya).

Dan adapun orang yang memakai purdah, perlulah mengajak mereka yang tidak memakai purdah dengan cara lembut, dan penuh kesopanan agar mereka terbuka hati untuk beramal.

Insya Allah. Wallahua’lam.

Yang kat atas ni, ana copy dari blog sahabat ana. Itu sahaja untuk hari nie. Doakan ana dapat berpurdah suatu hari nanti ye. InsyaAllah..


"Allah matlamatku"

No comments: