expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 January 2010

Hari-hari dalam hidupku..


Assalamualaikum semua.. kali ini ana just nak coretkan mengenai hari-hari ana sepanjang minggu2 di KIPSAS ni. Tajuk entry macam tajuk buku Imam Hasan al Banna tapi tak la setaraf itu apa yang ana nak citer ni. Jauh bebenor la nak dibandingkan dengan beliau yang merupakan ulama’besar.

Kehidupan di awal semester agak senang dan boleh dikatakan nak lenggang kangkung pun boleh lagi. Tapi bile dah masuk weeks 7 dan keatas ni, baru terasa betapa penta nye jadi student ni. Dengan bilik kuliyahnye yang memang tak tetap macam kat maktab dulu.(ye la kat maktab just room 5 tu jela bilik kami) but now, kena panjat tangga and turun tangga. Huhuh.. Nak2 bile kelas kat tutorial 3. Wawa.. memang kadang2 kena bantuan pernafasan lah kot. Tingkat 4 dan memang tercungap2 jugak lah kan. Tapi lame2 dah biase. Alah bisa tegal biase. Selalunye ana akan pegi awal (please be punctual ye) sebab tak sedap lah kalau datang kelas tibe2 lecturer dah ade kat depan. Adab dalam menutut ilmu dengan guru ni kena jaga. Barulah ada keberkatan. InsyaAllah mudah je nak dapat ilmu tu. Kelas plak selalunye ade 4 sesi dan bermula dari 8.30 hingga la yang paling lewat pun jam 7 petang. Tapi ade la break nye. Kadang2 tu, ade kelas yang dibatalkan. So kena be alert sentiasa dengan announcement.


Tingkat paling tinggi ialah tingkat 4.. huhu.. penat..

Kadang2 tu bila dah habis kelas, tak semestinya dah boleh rehat ye. Kebanyakan masa ana dihabiskan diluar daripada duduk di bilik ni. Malam je duduk kat bilik dan itu pun after jam 11 malam. Selalunye cam tu lah. Sebabnya, kadang2 tu ade program pada sebelah petang nye. Kadang2 tu bile dah habis kelas jam 4 atau 5, balik bilik untuk prepare pegi masjid plak. Ade aktiviti di masjid plak. Makan malam pun kat masjid dengan sahabat2 ana yang comel lagi baik. Heheh.. Di sebelah malamnye pulak kadang2 ade diskusi dengan sahabat-sahabat dan perjumpaan kelab ape semua. Kadang2 tu jugak ade latihan taekwando pada waktu malamnya sampai jam 11. Huhuh.. sangat penat ye kena menyepak dan menendang ape semua. (best masuk taekwando ni.. heheh). Kadang2 tu jugak lecturer buat kelas ganti dan kelas intensif pada sebelah malamnya. Memang rugi kalau tak join. Daripada duduk bilik tak buat pape, baik pegi majlis ilmu. Dapat ilmu dan pemamahan juga kan.


Jom pegi masjid....

Makan malam di masjid dengan sarah, hanim dan kak af yang tiada dalam gambar.

kelas intensif b.arab .. ustazah hanim yang sabar melayan karenah kawan2nya.hehe..


taekwando yang memenatkanku... baro! huh..


After aktiviti2 di malam hari, kadang2 tu memang tak boleh nak rehat lame2. Nak tidur pun tak boleh lagi sebab memikirkan test2 dan kuiz untuk hari esoknya. Maka bermulalah sesi metelaah kitab2 dan note2 didepan mata. Adakalanya mengantuk menguasai diri, tapi kalau tak bace nak jawab camne nanti??? Huhuh… maka diteruskan semangat untuk membaca. Dan kadang2 juga melayari FB melebihi dari membaca. Heheh….(jangan tiru cara ini dirumah). Tak baik untuk kesihatan ye. Sebelum study tu, kena lah buat air Nescafe secawan dulu kan. Baru lah cerah sket mata ini, tapi ini adalah tabiat study yang tidak sihat ye. Sila rujuk kepada yang lebih pakar. Heheh… Tapi memang agak mengantuk la bile bangun pagi esoknya. So, kalau dah mengantuk hari tu, malamnya kena lah tidur awal supaya diri ini masih stabil system pentadbirannya. Kalau tak, memang shut down la. Huhuh.. If takde kelas waktu hari kite dah ngantuk sangat tu, ana akan amek time tu untuk kumpulkan tenaga balik. Baru boleh belajar kalau tak nanti pening kepala.


Study time.. huhu...

Hm2.. jadi begitulah kehidupan ana hampir setiap hari. Hari ni pun ade test bahasa arab jam 5 petang nanti. Jadi, sahabat2ku sekalian, ana mohon doakan ana dan kawan2 dapat jawab ye. Markah test ni merupakan carry mark untuk ana bile dah final sem nanti. Hope dapat buat yang terbaik. Baiklah, sampai sini dahulu… nak study plak… salam

24 January 2010

Mencari potensi diri melalui pengalaman baru..


Salam semua. Kaifa halukum wa kaifa imanukum? InsyaAllah semua baik-baik sahaja kan. Kali ini ana ingin menceritakan pengalaman pertama ana yang mengujakan diri ana dan ana pun tak sangka dengan pengalaman pertama ana ini, ana dapat kejayaan dengannya. Pengalaman apa ya? Hm… pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Heheh.. Ketua pembangkang? Nak masuk politik plak ke ana ni? Tak de lah… Semalam pada 23 Januari 2010, bertenpat di bilik tutorial 2 KIPSAS berlangsungnya pertandingan Bahas Ala Parlimen bagi pemilihan pelajar untuk menjadi pembahas KIPSAS. So, ana ni mulenya tak nak pun masuk sebab banyak kerja dan malas nak involve. Huhuhu.. Tapi entah kenape lah kan, tibe2 rase macam nak masuk je. So, ana ajak la adik2 ana dalam Jabatan Syariah dan Undang-Undang untuk masuk. Kami bertiga pun bersepakat untuk join. Tak sangka plak ada budak muslimin kelas kami pun masuk jugak. Wah, ini sudah baik. Mungkinkah kami akan berhadapan dengan mereka?? Hheheh..


Selepas sesi undian di buat, kami terpilih untuk menjadi pihak barisan pembangkang. Heheh.. suke aje ana kalau jadi pembangkang nih. Sahabat kami yang muslimin tu pun di barisan pembangkang, jadi mereka takkan berhadapan dengan pasukan kami. Mereka beetanding untuk team A dan kami team B. Usul bagi perbahasan pada hari tersebut ialah,

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA BERPUNCA DARIPADA KEPINCANGAN KELUARGA.

Hm… tajuk ni Nampak macam biase je, tapi ana ni tidur sampai jam 5 pagi duk wat teks. Huhu… Cari bahan, cari format perbahasan and teks perbahasan. Yelah, mane pernah join bahas. Hanya pengalaman dari adik sahaja yang ana ambil sebagai rujukan. Dari segi gaya nada, cara semua tu ana belajar dari adik ana yang berkaliber mengalahkan Yang Berhormat. Huhu.. Lepas tu, ana bukak youtube untuk melihat cara-cara perbahasan di peringkat IPT. Need a lot of effort for doing this. Huhu.. lebih2 lagi buat ana yang memang tak tahu ape2 tentang bahas ala parlimen ni.


So, dipendekkan cerita, kami mendapat kemenangan pada hari tu selepas berentap dengan para senior kami yang salah seorang daripada mereka memang budak bahas.(tak aci betul), Senior kami yang muda dari ana sebenarnye dapat pembahas terbaik dan ana pun tak kisah sebab he deserve to get it. Tak pe lah yang penting usul ditolak dan pengalaman yang ana dapat dengan menceburi perbahasan ana ni. Semua orang boleh jika mereka berkehendak dan buktikanlah. Seorang yang pendiam macam ana waktu sekolah dulu, dah boleh cari keyakinan diri untuk berhadapan dengan semua orang. Alhamdulillah dan semua ini adalah kekuatan yang Allah bagi buat ana. Yang pastinya dengan cara ini ana dapat menambahkan keyakinan diri ana. Ana masuk bukan nak nama, nak menang atau nak test market bak kate segolongan pelajar kelas ana. Tapi ana nak dapatkan ilmu. Sepanjang ana hidup dibumi Allah ini, ana harap ana akan sentiasa mencari ilmunya dan berjuang demi agamaNya walaupun saat diri ini dah tak larat sekali pun.



Barisan pembangkang... ana hujung sekali.. khusyuk mendengar hujah lawan


Diri ana bahagia tatkala diri ini sibuk kerana mencari ilmu, dan sibuk untuk agama Allahi yakni Islam. Diri ini tenang pabila bersama sahabat-sahabat yang bersama-sama ingin perjuangkan islam. Diri ini sangat menyayangi perjuangan islam dan mati untuk menegakkannya walau apa cara sekalipun kerana matlamat diri ini hanya satu yakni redha Allah. Jika kita hidup di bumi ini tanpa redha Allah, maka celakalah kita. Nauzubillah. Usah dipedulikan kata-kata orang yang mencerca, usah dipedulikan perkara-perkara yang membawa kita berpaling dari agamaNya. Bangkit walaupun diri kita rebah berkali-kali.


Hm.. nampaknya ana out off topic ni. Heheh.. tak pe lah. Same-same la kita mencari potensi diri untuk member manfaat kepada islam itu sendiri. insyaAllah.. ok.. sampai sini dulu ye.. Salam ukhwah fillah, salam jihad, salam perdebatan… =)

17 January 2010

Semakin hampir detik itu..

Pada 17 January 1989 telah lahir seorang puteri di sebuah hospital di Pahang pada detik 9.48 a.m. Dan sekarang, puteri itu telah pun berusia 21 tahun. Pelbagai kisah suka dan duka yang telah ditempuh dalam kehidupan di dunia ini. Siapa puteri tu? Ana lah… huhuh… Ya Allah, sudah 21 tahun hamba menumpang di duniaMu, menghirup udaraMu dan diberi nikmat Islam olehMu. Tanpa ana sedari semakin hampir ana kepada kematian. Semakin bertambah umur, semakin hampir kematian dan pertemuan ana dengan malaikat maut.

Semalam, di tengah malam ana keseorangan didalam bilik. Tiba-tiba rasa sesak nafas dan itu adalah perkara biasa bagi ana yang selalu jugak ditindih oleh “makhluk”. Hai tidur tak amek wudu’, memang lah senang kena.Dalam sesak nafas tu, ana teringat pada kematian dan dalam hati ni hanya Allah sahaja yang disebut. Allahuakbar… Itu sahaja yang ana sebut dalam hati. Terasa seperti seseorang yang berjubah hitam datang menemui ana. Allah, umur ana hanya sehingga 21 ini sahaja kah? Ya Allah, amalku sedikit. Ya Allah, aku belum bersedia.. Ya Allah, aku penuh dosa. Mata ana menjeling ke arah pintu bilik. Ana tidak mampu bergerak dan perasaan sangat bimbang dan berdebar-debar. Siapa yang akan datang? Ana teringat-ingat video2 mengenai sakaratulmaut. Saat itu rasa macam nak menangis. Terasa ada yang memegang ubun-ubun. Ya Allah, adakah rohku akan bercerai dari badan pada saat ini??? Ana terdengar bunyi yang silih berganti. Dalam dengar dan tidak. Bunyinya seperti orang melibas sesuatu atau mungkin bunyi kipas tapi kenapa sekejap berbunyi sekejap tidak?.. Ana hanya menyebut nama Allah. Disaat itu ana tidak pasti sama ada ana membuka mata atau tidak.

Beberapa minit kemudian, ana tersedar dan berada di dunia nyata kembali. Semua itu bukan mimpi dan ana mengalaminya. Ana takut untuk menutup mata dan tidur selepas itu. Tapi, selang beberapa minit, ana tertidur juga.

اللهم حسبنى حسبا يسرا

Suatu pengalaman yang buat ana sedar diri ana ni bila-bila sahaja akan pergi meninggalkan dunia ini. Ya Allah… Tetapi kita ini manusia, dan sentiasa lupa dan terleka dengan keseronokkan dunia. Kenapalah ana sering lupa akan diriMu Ya Allah. Ana pohon agar Allah sentiasa meredhoi kehidupan hambaNya yang kerdil ini.

Buat sahabat-sahabat sekalian, kita sering menyambut hari ulangtahun kelahiran kita dengan penuh kegembiraan, tetapi jangan kita lupa bahawa, umur itu bertambah dan kita semakin hampir kepada detik kematian. Bersediakah kita untuk menjadi bakal mayat? Tepuk dada Tanya iman antum…

Setakat ini dahulu dari ana… Wallahua’alam

P/S : Syukur masih diberi nikmat kehidupan ini untuk bertaubat kepadaNya. Subhanallah…



14 January 2010

Kenali Mad'u anda....


“Enta tidak mahu berjumpa dengan Ainul Mardhiah ke? Di syurga nanti, bagi sesiapa yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan dapat berjumpa dengan Ainul Mardhiah” Kata Alif yang memakai serban di kepala kepada beberapa orang pemuda yang melepak di tepi jalan. Terkebil-kebil mata mereka mendengar kata-kata Alif tersebut. “Ainul Mardhiah tu sapo?” Kata Ali sambil mengerut dahi. “Ainul Mardhiah tu artis ke? Single lagi? Hahahah” Pekik Zakwan sambil gelak tawa memecah suasana. Sebenarnya pemuda-pemuda tersebut adalah antara kutu rayau yang ada di kampung tersebut. Setiap hari, kerja mereka hanya melepak, mengacau perempuan yang lalu lalang dan selalu lah jugak membuat persembahan secara tak bertauliah di tepi jalan bersama gitar cabuk.Jadi seorang pemuda yang baru balik dari Mesir iaitu Alif cuba memberi nasihat kepada pemuda-pemuda itu. Tapi, dia plak yang ditertawakan. Kenape ye? Apa yang diberitahu salah ke? Atau adakah ianya sesuatu yang lawak? Atau…. Dakwah yang disampaikan tidak berkesan? Tidak berkesan? Sebab? Hm?


Okey lah, situasi diatas di’create’ oleh ana sendiri yang mungkin berlaku di sekekeliling kita. Atau mungkin berlaku pada diri kita sendiri. Ana tak arif sangat untuk membincangkan bagaimana cara untuk kita berdakwah kepada mad’u-mad’u yang sememangnya tak pernah ambil tahu tentang agama islam itu sendiri. Kalau mereka ambil tahu,mestilah mereka akan faham apa yang islam tegah dan apa yang islam anjurkan. Kan? Berbalik kepada peristiwa diatas. Apakah kekurangan dakwah yang disampaikan oleh saudara Alif dalam penyampaian beliau? Maklumat tak sampai dan apa yang diberitahu oleh Alif tu, langsung tak difahami oleh kaki-kaki lepak tu. Disini la peranan da’I atau naqib/naqibah untuk mempelajari ilmu psikologi atau mungkin jugak pedagogi untuk berdakwah kepada mereka yang tidak faam tentang islam. Mereka ini adalah individu yang hanya islam pada surface sahaja. Tidak menyeluruh kerana tak memahami dan menghayati konsep السلام نيظام الحياة iaitu islam itu sebagai cara hidup kita. Jadi, cakap la tentang Ainul Mardhiah ke, tentang perjuangan kea tau tentang sirah nabi ke, mereka tidak akan faham dan menjadi tanggungjawab kita untuk memahamkan golongan seperti ini. Caranya bagaimana?


Ana bawakan suatu keadaan untuk kita fikir-fikirkan bersama. Sewaktu kita mula-mula masuk sekolah dahulu, adakah kita terus pandai mengeja, membaca dan mengira? Kita hanya tahu sekolah adalah tempat untuk belajar dan kena pegi sekolah. Lepas pegi sekolah, balik sekolah. Dapat buku-buku yang cantik, dapat kawan yang ramai dan boleh main. Itu adalah the first impression kita tentang sekolah. Kemudian, guru kita akan mula mengajar kita dengan mengenalkan kita dengan huruf-huruf, nombor-nombor. Bile cikgu sebut, kita ikut. Kadang-kadang tu berkali-kali kita kena sebut dan ikut kata guru kita. Tengok pula bagaimana guru yang mengajar kita tu. Macam-macam bahan dan alat bantuan mengajar yang mereka buat dan sediakan untuk kita. Kadang-kadang tu kalau kita tengok cikgu-cikgu prasekolah kena beli kad a,b,c lah nombor lah. Nampak macam kebudak-budakkan tapi itulah yang diperlukan untuk memastikan anak murid dapat memahami dengan mudah mengikut level masing-masing.


Jadi… apa pulak kaitan dengan dakwah? Cubalah aplikasikan apa yang ana ceritakan diatas dengan method dakwah kita. Kita sebagai seseorang yang ingin menyampaikan islam kepada orang lain harus mengenali dan mengkaji terlebih dahulu siapa golongan mad’u kita. Adakah mereka kaki rempit? Bohsia? Kaki lepak? Budak ponteng sekolah, dan sebagainya. Penting bagi kita untuk membuat research terlebih dahulu mengenai kegiatan mereka. Ini adalh sebagai pemudah cara buat kita untuk masuk dan menyesuaikan diri dengan mereka dan senang cerita untuk menjalinkan ukhwah diantara mereka. Jangan kita merasakan mereka ini adalh golongan yang hina atau kita tak layak u

ntuk dekati mereka. Dakkwah lah secara berhikmah dan bijaksana. Bukan semua orang dapat menjadi seorang yang fleksible dan dirinya mudah diterima dalam masyarakat. Jangan jadi seorang individu yang hanya berada didalam kelompok kita-kita sahaja. Dekati sahabat-sahabat yang semakin hanyut dan menjauhi islam. Kadang-kadang kita sibuk menyalahkan orang lain yang menyatakan bahawa golongan yang kaki masjid, join usrah, naqib dan naqibah adalah golongan yang conservative , tak bercampur dengan orang dan pasif. Sebab ape? Tanye diri sendiri bagaimana pergaulan kita dengan mereka yang sepatutnya kita rapati da dekati. Jangan kita menunding jari kepada orang lain jika mereka menuduh kita dengan pelbagai tohmahan tetapi jadikan ianya sebagai suatu teguran yang membina yang dapat membuatkan kita muhasabah diri dan berusaha untuk membaiki kekurangan yang ada.



Sememangnya menjadi seorang da’I yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya adalah suatu tugas yang berisiko. Kerana apa? Sebab sama ada kita terikut mad’u kita atau mad’u yang ikut apa yang kita nasihat pada mereka. (Itu adalah pandangan peribadi ana dan sekiranya ada teguran tentang hal ini, amatlah dialu-alukan.)Kalau kita sendiri tak kuat nak hadapi cabaran daripada mad’u yang pelbagai latar belakang, kita mungkin boleh terbabas. Jadi peranan sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam satu barisan untuk saling bantu membantu. Dakwah ini tidak boleh dijalankan secara bersendirian. Kita perlukan sahabat-sahabat disisi untuk membantu . Iman kita ni, yazid wa yankuz. Berkurang dan bertambah dan memerlukan teguran dan peringatan setiap masa supaya kita dapat memperbaiki diri kita setiap masa. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur sahabat yang lain kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sahabat yang menggalakkan kita berbuat kemaksiatan itu adalah sahabat yang dibawah pengaruh syaitan. Jadi berhati-hati lah dalam memilih sahabat ye…


Okeylah, berbalik kepada method penyampaian dakwah yang berkesan ini perlulah dipelajari oleh para da’I sekalian. Nabi Muhammad pun berdakwah secara berhikmah dan bijaksana. Ana sebenarnya tidak lah terlalu arif tentang perkara ini tetapi sekadar perkongsian daripada apa yang ana perhatikan disekeliling ana. Kenapa dakwah tidak berkesan? Banyak berpunca daripada cara penyampaian yang tidak berkesan. Mungkin pendekatan yang lebih baik seperti berusaha untuk menjalinkan ukhwah terlebih dahulu sebelum memberi kefahaman kepada mereka tentang islam sedikit demi sedikit adalh suatu method yang berkesan. Biar lambat asalkan berkesan dan dapt diterima. Dakwah Nabi Muhammad pun berlangsung dalam tempoh yang lama sebelum syiar islam itu tumbuh bagai cendawan di seluruh dunia. Mungkin juga ada dakwah yang disampaikan dengan level atau tahap yang tinggi kepada mad’u berkesan kerana kaedah penyampaian yang berkesan. Bergantung kepada cara penyampaian kita kepada golongan yang masih mencari-cari erti islam itu sendiri.


Hm2… dah banyak ana berceloteh disini dan bimbang juga kalau tulis panjang-panjang nanti ke laut plak. Huhuhu.. Kesimpulannya disini, kita sebagai golongan yang memahami tanggungjawab seorang khalifah itu iaitu berdakwah dan menjalankan tanggungjawab amar ma;ruf nahi munkar ini perlu meneliti dan mengkaji bagaimana method dakwah yang berkesan bagi para mad’u kita demi untuk menjaga kesejahteraan islam itu. Kita menyampaikan kerana Allah taala dan sebab atas dasar kasih sayang kita sesama mukmin. Islam itu agama persaudaraan. Akhirnya, ana barharap kita semua dapat menjadi para da’I dan pejuang Allah yang tebaik. Jalankan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan sabar. InsyaAllah… wallahua’alam..


P/s : Sebarang komen2 untuk dikongsi, amtlah dialu2kan.. Syukran.. (^_^)