expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 April 2010

Menrjah ke zaman silam

Assalamualaikum…

Usai solat tadi, ana mengimbau kembali saat-saat ana belajar dan menuntut ilmu mulai daripada sekolah rendah hinggalah sekarang.. Terlalu banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup ana dan satu perkara yang baik telah lama ana tinggalkan. Lalu ana mengajak fikran ana ininuntuk menerjah kenangan silam.. terbayang-banyang nota kuning yang pernah dicatatkan diatasnya suatu catatan yang menguatkan semangat ana untuk berjaya dalam pelajaran. Nota yang pernah terbang sewaktu perhimpunan pagi pada hari Isnin di dewan besar KISAS. Dan terbayang-bayang juga catatan lama dalam buku tazkirah ana sewaktu di SMKAP dahulu. Buku tazkirah digunakan untuk mencatat tazkirah di perantaraan waktu solat maghrib dan isya’. Namun buku itu juga tempat ana meluahkan perasaan dan segala kehendak yang ana inginkan. Juga terdapat contengan-contengan sahabat-sahabat yang menggelikan hati di saat mahu menghilangkan mengantuk di waktu sesi tazkirah. Ana juga terbayang catatan kecil sewaktu ana di SKP(Sekolah Kebangsaan Panching) pada buku pengawas yang ada tercatat padanya nama-nama pelajar yang membuat kesalahan sewaktu di sekolah rendah dahulu. Apakah catatan itu? Itulah catatan yang padanya tertulis segala matlamat ana dalam kembara mencari ilmu. Namun sekarang, ana tidak mengamalkan lagi. Kenapa? Adakah masa silamku itu terlalu kolot untuk dikenang dan adakah ana terlalu besar dan telah mencapai segala matlamat hidup ana sehingga tidak memerlukan catatan remeh seperti itu lagi?

Setiap daripada kita mempunyai matlamat dalam hidup dan as well as me. Tapi sekarang ana seolah-olah sedikit hilang arah dan kadang-kadang seperti lalang dalam menetapkan matlamat dalam hidup ini. Teringat sewaktu sekolah rendah dahulu, ana telah mencatatkan ke mana arah ana selepas ini. Ana ingin memperolehi keputusan 5A dalam UPSR dan meneruskan pelajaran ke SMKAP (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang) untuk mengikut jejak langkah kak ida ana. Namun ana mendapat keputusan 4A1B dalam UPSR dan ana tidak menerima tawaran untuk ke sekolah tersebut. Perasaan teramatlah sedih dan oleh itu ana terpaksa ke sekolah menengah biasa berdekatan dengan rumah. Ana tidak mahu ke sekolah itu dan hati ana memberontak kerana matlamat yang ana inginkan tidak tercapai. Ana tetap menunggu panggilan seterusnya untuk ke SMKAP. Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan ana menunggu, abah ana memberikan khabar berita yang gembira bahawa ana menerima tawaran untuk ke SMKAP.Itu pun setelah abah ana berulang alik ke PPD untuk membuat rayuan.Akhirnya ana di SMKAP dan mula membentuk sahsiah diri sebagai pelajar muslimah.

Di SMKAP, ana catatkan pula bahawa ana ingin mendapat keputusan 9A dalam PMR dan ingin sekali belajar di KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Setelah berhempas pulas selama 3 tahun di sana, ana memperolehi keputusan 8A1B (Keputusan B tu tetap subjek English seperti UPSR dulu..huhu). Hm.. waktu itu sudah hilang bayangan KISAS sebab ana tahu kalau nak masuk KISAS mestilah dapat keputusan 9A. Jadi ana lupakan impian untuk ke KISAS dan teruskan perjuangan di SMKAP. Waktu itu sorang demi seorang pelajar yang cemerlang mendapat tawaran ke SBPI dan seorang demi seorang juga yang keluar untuk ke sana. Namun ana tetap tidak mahu berpindah andai ana mendapat tawaran ke SBPI melainkan ke KISAS. (sesungguhnya ana memang seorang yang demanding..heheh). Memang dah tak fikir nak bertukar sekolah waktu tu. Tapi entah kenape pada satu hari tu, hati teringin nak call mak dan tanye pasal tawaran SBP. Dengan yakinnya ana bertanya “mama, ika dapat SBPI mane?” Yang ditanye bukan SBP tapi SBPI sebab confident memang takkan dapat KISAS. Tibe-tibe mak ana cakap ana dapat KISAS. Huhuh.. ana sangat terkejut dan masa tu jugak ana setuju untuk pindah. Heheh.. sekelip mata pendirianku berubah kerana KISAS.

Setelah berada di KISAS, ana catatkan lagi matlamat dan hala tuju ana. Ana nak dapat keputusan 11A1 dalam SPM. Memang mencabar belajar di KISAS ni.. Terasa kerdil pun ade bile belajar di tempat semua pelajarnya hebat-hebat belaka. Berendam air mata lah jugak..T_T. Semasa di KISAS ana berangan-angan nak masuk UIAM untuk amek Undang-Undang Syariah. Dipendekkan cerita, ana dapat keputusan yang melayakkan ana untuk menyambung pelajaran ke Matrikulasi UIA dalam jurusan Undang-Undang. Tetapi ana hanya sempat jadi law’s student just for a week because I got B.Ed TESL. Nak citer pasal macam mane ana boleh tukar course tu agak panjang lebar citernye. Tapi yang pasti semuanya itu adalah ketetapan daripada Allah yang membuatkan hati ana tergerak ke situ. Dan sekarang ana telah kembali ke pengajian Undang-Undang Syariah di KIPSAS tempat pengajian ana sekarang. Sirih pulang ke gagang nampaknya.


Hmm.. begitulah rentetan daripada kisah hidup ana yang bagi ana memang mengikut apa yang ana telah catatkan sebelum-sebelum ni. Matlamat ana tercapai namun bukan mudah ye kawan-kawan. Terlalu banyak kesukaran yang ana hadapi untuk berada di peringakat itu. Dan sekarang juga ana telah diuji dengan ujian yang buat ana rasa tergolek-golek juge. Tapi takpe lah. Mungkin Allah nak ana dalami jugak Undang-Undang ni. Hehehe.. ape2 pun just nak higlightkan kat sini, as a human we should arrange our life carefully. Matlamat hidup perlu ade dan bagi ana perlu dicatat supaya matlamat itu tidak lari dari apa yang kita inginkan. So, kite pun takkan bertindak seperti lalang.. jadinye, selepas ni ana akan kembali menulis apa yang ana inginkan dalam hidup ana. Matlamat perlu dicatat supaya kita ada hala tuju.. ok.. mari mencatat!!.. (^_^). Tangan dah penat menaip nih.. hehehe.. jumpe lagi di lain entry.. wassalam..



1 comment:

Dx said...

merenungi zaman silam...........
muhasabah