expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

05 April 2010

Saya...Ana...Me...


Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan semua. Asif liannahu telah lama tidak update blog ana yang agak bersawang ini. Sekadar post entry lirik-lirik lagu yang best ni sahaja sebagai syarat update blog. Maaf la ye. Kekangan masa dan juga idea menyebabkan penulis agak sukar menulis sejak akhir-akhir ini. Menerjah ke blog2 sahabat membuatkan diri ini kekaguman yang amat. Sungguh hebat sahabat-sahabat ana sekarang dengan pelbagai program yang semakin hari semakin membuatkan diri begiru bersemangat untuk teruskan perjuangan islam. Diri ana sekarang agak kekeliruan dan kadangkala terpaksa berhadapan dengan perkara yang sepatutnya tidak menjadi keutamaan bagi ana. Entah lah… terasa hidup ini tidak manis dan hambar tanpa kesibukkan sepertimana ana dahulu. Ya Allah ampunkan ana jika hati ana ini menyatakan sesuatu yang Engkau murkai. Sungguh ana cemburu melihat sahabat-sahabat seperjuangan ligat dan sibuk dengan gerak kerja islam. (terasa ingin pulang ke Perak..huhuh)

Sebenarnya ana ada exam Akidah jam 2.30 petang ni dan belum habis ulangkaji lagi. Tetapi kehendak hati untuk update blog ini yang meronta-ronta membuatkan ana menutup buku buat sementara waktu.(sekejap lagi ana sambung). Bukan ana tidak study lebih awal tetapi kerana kesuntukkan masa sebagai pelajara ipt yang sangat berbeza dengan keadaan sewaktu ana menjadi pelatih guru dahulu. Jika dahulu sibuk dengan gerak kerja islam itu lebih banyak berbanding dengan masa untuk ke kuliyah dan kelas. Tapi berbeza dengan kehidupan di ipt yang sememangnya memenatkan. Kuliyah bermula dari jam 8.30 a.m sehingga adakalanya sehingga jam 7.00 pm. Ditambah pula dengan meeting persatuan, latihan taekwondo, kelas ganti di waktu malamnya. Kepenatan yang menjengah pada setiap hari membuatkan mata ini tidak mampu bertahan lagi di waktu malamnya. Begitulah kehidupan ana. Oleh sebab itu, waktu sesi pengajaran bersama ustaz dan ustazah amat penting bagi diri ana untuk memberikan tumpuan sepenuhnya. Kadang-kadang tak dapat tumpukan perhatian juga kerana fikiran melayang-layang dengan masalah di luar kelas yang sepatutnya dilupakan buat seketika.(kelemahan diri ana lah ni).

Walaupun diri ana sibuk dengan study, tetapi tidak sama dengan sibuknya study dan bergerak kerja untuk islam. Tetapi insyaAllah ana akan temui nilkmat kesibukkan itu. Biarpun orang pelik dengan kehendak ana, ana tak kisah sebab inilah diri ana. Jalan dakwan dan perjuangan yang berliku itu mampu membuatkan diri seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaNya dan hamba itu akan menjadi seseorang yang mempunyai pergantungan pada Allah yang sangat tinggi. Hidup ini hanya ada dua pilihan yakni sama ada kita menjadi seorang yang memperjuangakan agama atau mati sebagai syuhada dan tidak ada pilihan untuk menjadi insane biasa yang bersenang-lenang di atas muka bumi Allah ini. Ini adalah prinsip hidup ana yang insyaAllah ana akan pegang sampai bila-bila.

Dalam tak ade idea untuk menulis ini tibe2 macam banyak pulak yang ana dah tulis. Bimbang jugak kalau ana mengarut2 disini sebab kepala sedang memikirkan tentang exam yang akan tiba beberapa jam lagi. Study pun tak habis lagi. Hm2.. 2 hari berada dirumah tidak mampu untuk ana memfokuskan diri untuk study. Tanggungjawab sebagai seorang anak perlu dilunaskan terlebih dahulu walaupun kepala sedang memikirkan note2 yang belum dibaca. Dan apabila mempunyai masa untuk membaca pula, diri agak kepenatan untuk membaca ditambah pula kesakitan pada jasad ini.(sakit tergelincir dalam bilik air…huhu). Sengaja meluangkan masa untuk pulang ke rumah pada minggu lepas kerana memikirkan pertanyaan mama ana tentang kepulangan ana. Bukan senang nak jalankan tanggungjawab as student dan anak ini. Menuntut pengorbanan dan kesusahan. Ibu bapa memang mengerti yang anaknya ingin belajar tetapi takkan lah kite as anak tidak mahu menolong ibu bapa kite dan memang itu tanggungjawab pun. Hm2.. ana tak tahu apa yang ana tulis sekarang ini. Macam luahan perasaan sahaja.

Ada sahabat ana menyatakan ana ni nampak tenang je nak hadapi exam ni. Huhuh.. itu hanya luaran kerana yang berserabut di fikiran ini. Banyak perkara yang hendak difikirkan dan diselesaikan. Takut jugak sebenarnya nak hadapi exam ni dengan note2 yang masih belum sempat dibaca tetapi oleh kerana diri ini tidak suka membuatkan diri ini Nampak masalah itu sesuatu yang besar, jadi diri ana hanya berlagak cool dan steady. Tapi membaca tetap membaca.. exam tetap kena usaha jugak…Dan sekarang pun sedang memikirkan masih banyak yang belum dibaca tetapi masih boleh menaip entry disini. Huhu.. Mungkin cara belajar yang berbeza-beza buat sahabat ana cakap diri ana ini tenang(hanya diluar).

Ok lah.. ana rasa mungkin ana sudah taip sesuatu yang mengarut dan insyaAllah selepas tamat exam week ana pada 9hb ni ana akan taip entry yang terbaru dan lebih padat isinya. insyaAllah. Heheh.. hadiah buat diri ana selepas bertungkus lumus dengan exam weeks ni. Hm!!.. Maaf andai ana ada tersilap kata dan tersilap bahasa dan kekurangan dalam penulisan ana kali ini. Doakan ana dan sahabat-sahabat ana disini dapat menempuhi exam weeks ini dengan penuh ketenangan dan memperolehi kejayaan.. InsyaAllah…Salam imtihan..



No comments: